Sepet (2005): sebuah filem nasional Malaysia

Sepet (2005) adalah filem pertama Yasmin Ahmad. Filem ini telah memenangi anugerah di festival filem tempatan dan antarabangsa. Sepet juga telah diangkat sebagai subjek kajian dan dikaji dalam pelbagai konteks oleh para sarjana filem. Namun begitu, setakat ini Sepet masih belum diteliti sebagai s...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fatimah Muhd Shukri, Nur Afifah Vanitha Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12257/
http://journalarticle.ukm.my/12257/1/26165-78648-1-PB.pdf
_version_ 1848812953195773952
author Fatimah Muhd Shukri,
Nur Afifah Vanitha Abdullah,
author_facet Fatimah Muhd Shukri,
Nur Afifah Vanitha Abdullah,
author_sort Fatimah Muhd Shukri,
building UKM Institutional Repository
collection Online Access
description Sepet (2005) adalah filem pertama Yasmin Ahmad. Filem ini telah memenangi anugerah di festival filem tempatan dan antarabangsa. Sepet juga telah diangkat sebagai subjek kajian dan dikaji dalam pelbagai konteks oleh para sarjana filem. Namun begitu, setakat ini Sepet masih belum diteliti sebagai sebuah filem nasional Malaysia. Sehubungan itu, persoalan artikel ini adalah, apakah kandungan filem Sepet melayakkannya sebagai sebuah filem nasional Malaysia? Data artikel ini diperoleh daripada penyelidikan asas dengan reka bentuk kajian kualitatif. Analisis kandungan diaplikasikan sebagai kaedah untuk menganalisis bahan kajian dalam artikel jurnal, tesis, akhbar, majalah dan filem Sepet. Selain itu, konsep filem nasional oleh Cooke Lez (1999) diaplikasikan untuk meneliti aspek ikonografi dan pengucapan atau bahasa. Dapatan kajian dalam artikel ini adalah, Sepet layak diangkat sebagai sebuah filem nasional Malaysia. Dari sudut ikonografi, Sepet telah mengemukakan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum sebagai lambang identiti bangsa Malaysia. Ikonografi bangsa Malaysia ini dipaparkan melalui mise-en-scene filem ini dari sisi latar, pakaian dan props yang ditonjolkan sebagai sebahagian daripada ceritanya. Manakala dari sudut bahasa pula, Sepet telah menggunakan bahasa perbualan harian yang digunakan oleh masyarakat Malaysia iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Keistimewaan filem ini adalah penggunaan ketiga-tiga bahasa yang dituturkan sebagai medium komunikasi antara karakter-karakter filem Sepet. Keistimewaan ini adalah identiti utama, terutamanya, dalam mengasingkan filem nasional Malaysia dari filem-filem nasional negara lain. Oleh itu, filem Sepet memiliki suatu identiti khusus, iaitu penggunaan lebih dari satu bahasa dalam melayakkannya sebagai filem nasional Malaysia.
first_indexed 2025-11-15T00:10:29Z
format Article
id oai:generic.eprints.org:12257
institution Universiti Kebangasaan Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T00:10:29Z
publishDate 2018
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling oai:generic.eprints.org:122572018-10-26T23:16:16Z http://journalarticle.ukm.my/12257/ Sepet (2005): sebuah filem nasional Malaysia Fatimah Muhd Shukri, Nur Afifah Vanitha Abdullah, Sepet (2005) adalah filem pertama Yasmin Ahmad. Filem ini telah memenangi anugerah di festival filem tempatan dan antarabangsa. Sepet juga telah diangkat sebagai subjek kajian dan dikaji dalam pelbagai konteks oleh para sarjana filem. Namun begitu, setakat ini Sepet masih belum diteliti sebagai sebuah filem nasional Malaysia. Sehubungan itu, persoalan artikel ini adalah, apakah kandungan filem Sepet melayakkannya sebagai sebuah filem nasional Malaysia? Data artikel ini diperoleh daripada penyelidikan asas dengan reka bentuk kajian kualitatif. Analisis kandungan diaplikasikan sebagai kaedah untuk menganalisis bahan kajian dalam artikel jurnal, tesis, akhbar, majalah dan filem Sepet. Selain itu, konsep filem nasional oleh Cooke Lez (1999) diaplikasikan untuk meneliti aspek ikonografi dan pengucapan atau bahasa. Dapatan kajian dalam artikel ini adalah, Sepet layak diangkat sebagai sebuah filem nasional Malaysia. Dari sudut ikonografi, Sepet telah mengemukakan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum sebagai lambang identiti bangsa Malaysia. Ikonografi bangsa Malaysia ini dipaparkan melalui mise-en-scene filem ini dari sisi latar, pakaian dan props yang ditonjolkan sebagai sebahagian daripada ceritanya. Manakala dari sudut bahasa pula, Sepet telah menggunakan bahasa perbualan harian yang digunakan oleh masyarakat Malaysia iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Keistimewaan filem ini adalah penggunaan ketiga-tiga bahasa yang dituturkan sebagai medium komunikasi antara karakter-karakter filem Sepet. Keistimewaan ini adalah identiti utama, terutamanya, dalam mengasingkan filem nasional Malaysia dari filem-filem nasional negara lain. Oleh itu, filem Sepet memiliki suatu identiti khusus, iaitu penggunaan lebih dari satu bahasa dalam melayakkannya sebagai filem nasional Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/12257/1/26165-78648-1-PB.pdf Fatimah Muhd Shukri, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2018) Sepet (2005): sebuah filem nasional Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (2). pp. 309-322. ISSN 0128-1496 http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085
spellingShingle Fatimah Muhd Shukri,
Nur Afifah Vanitha Abdullah,
Sepet (2005): sebuah filem nasional Malaysia
title Sepet (2005): sebuah filem nasional Malaysia
title_full Sepet (2005): sebuah filem nasional Malaysia
title_fullStr Sepet (2005): sebuah filem nasional Malaysia
title_full_unstemmed Sepet (2005): sebuah filem nasional Malaysia
title_short Sepet (2005): sebuah filem nasional Malaysia
title_sort sepet (2005): sebuah filem nasional malaysia
url http://journalarticle.ukm.my/12257/
http://journalarticle.ukm.my/12257/
http://journalarticle.ukm.my/12257/1/26165-78648-1-PB.pdf