| Summary: | Kajian ini adalah mengkaji tahap penerimaan dan pengamalan remaja Islam terhadap
fesyen bertudung. Tujuan kajian ini adalah mengenai pandangan pelajar wanita Islam
tentang fesyen bertudung remaja Islam terkini, pandangan terhadap fesyen bertudung dan
juga mengetahui tahap kefahaman remaja Islam mengenai tuntutan bertudung khususnya di
Jitra, kedah. Kajian ini hanya dilaksanakan berkenaan fesyen bertudung di kalangan remaja
perempuan Islam di Pekan Jitra sahaja. Penyelidik akan memilih 50 responden. Kajian
kuantitatif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Aurat bagi mendapatkan
gambaran yang jelas berkenaan fesyen pemakaian tudung di kalangan remaja. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mengetahui
konsep, kewajipan bertudung serta mengikuti perkembangan fesyen bertudung. Namun,
kurang memberikan maklumbalas yang baik dari sudut pengamalannya. Hasil daripada
dapatan kajian yang diperolehi, penulis mengemukakan beberapa cadangan berkenaan
fesyen bertudung supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat seharian. (Abstract by author)
|