| Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap stres berdasarkan faktor
demografi (jantina, umur, bangsa, kelulusan akademik, status perkahwinan dan
pengalaman mengajar) serta menentukan faktor-faktor yang menyebabkan stres dalam
kalangan guru-guru di sekolah sekolah mubaligh di Kuala Lumpur. Terdapat tujuh faktorfaktor
penentu stres yang dikaji termasuklah bebanan tugas, karenah pelajar, kekangan
masa, hubungan dengan ibu bapa pelajar, hubungan sesama rakan sekerja, penghargaan
dan sokongan, dan kekurangan sumber. Seramai 186 orang guru dari 14 buah sekolah
telah dipilih secara rawak (multistage cluster) bagi mewakili populasi. Data yang
diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min, kekerapan dan peratus) dan
statistik inferensi (Ujian-t, Ujian ANOVA dan Regresi Berganda). Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap stres dalam kalangan responden berada pada tahap yang
sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap tahap stres dalam kalangan responden dari aspek bangsa. Faktor hubungan
dengan ibu bapa pelajar, dan penghargaan dan sokongan didapati mempunyai perbezaan
yang signifikan terhadap stres guru-guru. (Abstract by author)
|