Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak

Setiap pemimpin yang menduduki kerusi nombor satu negara pasti berazam melakukan perubahan yang lebih baik berbanding kepimpinan sebelumnya. Perubahan yang dimaksudkan ini tertumpu kepada perubahan polisi atau dasar penting yang akhirnya membawa kesejahteraan kepada rakyat secara umumnya. Apabila...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Budiman Mohd Zohdi
Format: Thesis
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://library.oum.edu.my/repository/1461/
_version_ 1848801696696762368
author Budiman Mohd Zohdi,
author_facet Budiman Mohd Zohdi,
author_sort Budiman Mohd Zohdi,
building OUM Institutional Repository
collection Online Access
description Setiap pemimpin yang menduduki kerusi nombor satu negara pasti berazam melakukan perubahan yang lebih baik berbanding kepimpinan sebelumnya. Perubahan yang dimaksudkan ini tertumpu kepada perubahan polisi atau dasar penting yang akhirnya membawa kesejahteraan kepada rakyat secara umumnya. Apabila Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Abdullah Badawi pada tahun 2009, visi utama beliau di dalam pentadbiran beliau ialah untuk melakukan perubahan yang positif dalam aspek ekonomi, mobilisasi sosial, dan institusionalisasi politik terutamanya susulan kemerosotan prestasi BN dalam PRU-12. Kajian ini menyelidik pembangunan politik ketika era pemerintahan Najib Razak memimpin Malaysia. Skop temporal kajian ini adalah bermula pada April 2009 sehingga 2018. Konsep utama yang digunakan dalam kajian ini adalah konsep pembangunan politik Francis Fukuyama dan konsep modenisasi politik. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif dengan datanya diperoleh dari sumber primer dan sekunder. Sumber primer diperoleh menggunakan kaedah temu bual secara semi struktural yang dijalankan dengan sembilan orang informan autoritatif. Sumber sekunder pula diperoleh dari bahan-bahan seperti buku, jurnal, majalah, dan lain-lain lagi di beberapa perpusatakaan terkemuka seperti Perpustakaan Negara, Perpustakaan Za’ba, Perpustakaan Parlimen dan Perpustakaan Tun Sri Lanang. Hasil kajian ini mendapati berlakunya pembangunan politik ketika era pemerintahan Najib Razak dalam aspek pertumbuhan ekonomi, mobilisasi sosial, dan institusionalisasi politik. Dalam aspek pertumbuhan ekonomi, era pemerintahan Najib Razak menyaksikan dasar ekonomi yang dipanggil sebagai Najibnomics telah dilaksanakan seperti MEB, Program Transformasi Ekonomi, dan beberapa dasar ekonomi yang seperti liberalisasi ekonomi, memperkenalkan BR1M, BB1M dan pengenalan cukai GST yang lebih efisyen dan telus, berbanding SST. Hasil daripada dasardasar tersebut, pertubuhan KDNK negara semakin positif selain kadar kemiskinan dan pengangguran dapat dikurangkan dan pendapatan perkapita rakyat meningkat. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa mobilisasi sosial ketika era pemerintahan Najib Razak juga menunjukkan perubahan yang lebih baik. Hasil daripada pelaksanaan PTP menyaksikan beberapa akta kontroversi dipinda dan dimansuhkan, partisipasi politik yang lebih aktif dapat dilihat dan kebebasan media juga semakin terbuka. Di samping itu, dalam aspek institusionalisasi politik hasil kajian mendapati keempat-empat institusi politik iaitu institusi eksekutif, legislatif, kehakiman, dan birokrasi telah mengalami perubahan ketika era pemerintahan Najib Razak iaitu dari 2009 hingga 2018. Perubahan positif yang wujud dalam aspek pertumbuhan ekonomi, mobilisasi sosial, dan institusionalisasi politik ketika era pemerintahan Najib Razak. (Abstract by author)
first_indexed 2025-11-14T21:11:34Z
format Thesis
id oai:eprints.oum.edu.my:1461
institution Open University Malaysia
institution_category Local University
last_indexed 2025-11-14T21:11:34Z
publishDate 2021
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling oai:eprints.oum.edu.my:14612022-07-21T01:20:58Z Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak Budiman Mohd Zohdi, JQ Political institutions Asia Setiap pemimpin yang menduduki kerusi nombor satu negara pasti berazam melakukan perubahan yang lebih baik berbanding kepimpinan sebelumnya. Perubahan yang dimaksudkan ini tertumpu kepada perubahan polisi atau dasar penting yang akhirnya membawa kesejahteraan kepada rakyat secara umumnya. Apabila Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Abdullah Badawi pada tahun 2009, visi utama beliau di dalam pentadbiran beliau ialah untuk melakukan perubahan yang positif dalam aspek ekonomi, mobilisasi sosial, dan institusionalisasi politik terutamanya susulan kemerosotan prestasi BN dalam PRU-12. Kajian ini menyelidik pembangunan politik ketika era pemerintahan Najib Razak memimpin Malaysia. Skop temporal kajian ini adalah bermula pada April 2009 sehingga 2018. Konsep utama yang digunakan dalam kajian ini adalah konsep pembangunan politik Francis Fukuyama dan konsep modenisasi politik. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif dengan datanya diperoleh dari sumber primer dan sekunder. Sumber primer diperoleh menggunakan kaedah temu bual secara semi struktural yang dijalankan dengan sembilan orang informan autoritatif. Sumber sekunder pula diperoleh dari bahan-bahan seperti buku, jurnal, majalah, dan lain-lain lagi di beberapa perpusatakaan terkemuka seperti Perpustakaan Negara, Perpustakaan Za’ba, Perpustakaan Parlimen dan Perpustakaan Tun Sri Lanang. Hasil kajian ini mendapati berlakunya pembangunan politik ketika era pemerintahan Najib Razak dalam aspek pertumbuhan ekonomi, mobilisasi sosial, dan institusionalisasi politik. Dalam aspek pertumbuhan ekonomi, era pemerintahan Najib Razak menyaksikan dasar ekonomi yang dipanggil sebagai Najibnomics telah dilaksanakan seperti MEB, Program Transformasi Ekonomi, dan beberapa dasar ekonomi yang seperti liberalisasi ekonomi, memperkenalkan BR1M, BB1M dan pengenalan cukai GST yang lebih efisyen dan telus, berbanding SST. Hasil daripada dasardasar tersebut, pertubuhan KDNK negara semakin positif selain kadar kemiskinan dan pengangguran dapat dikurangkan dan pendapatan perkapita rakyat meningkat. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa mobilisasi sosial ketika era pemerintahan Najib Razak juga menunjukkan perubahan yang lebih baik. Hasil daripada pelaksanaan PTP menyaksikan beberapa akta kontroversi dipinda dan dimansuhkan, partisipasi politik yang lebih aktif dapat dilihat dan kebebasan media juga semakin terbuka. Di samping itu, dalam aspek institusionalisasi politik hasil kajian mendapati keempat-empat institusi politik iaitu institusi eksekutif, legislatif, kehakiman, dan birokrasi telah mengalami perubahan ketika era pemerintahan Najib Razak iaitu dari 2009 hingga 2018. Perubahan positif yang wujud dalam aspek pertumbuhan ekonomi, mobilisasi sosial, dan institusionalisasi politik ketika era pemerintahan Najib Razak. (Abstract by author) 2021 Thesis NonPeerReviewed text https://library.oum.edu.my/repository/1461/1/library-document-1461.pdf Budiman Mohd Zohdi, (2021) Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak. PhD thesis, Open University Malaysia (OUM). https://library.oum.edu.my/repository/1461/
spellingShingle JQ Political institutions Asia
Budiman Mohd Zohdi,
Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak
title Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak
title_full Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak
title_fullStr Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak
title_full_unstemmed Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak
title_short Pembangunan politik era pemerintahan Najib Razak
title_sort pembangunan politik era pemerintahan najib razak
topic JQ Political institutions Asia
url https://library.oum.edu.my/repository/1461/