| Summary: | Kajian ini dijalankan untuk bagi mengkaji tahap peranan Guru Penolong Kanan (GPK)
Kokurikulum dalam pengurusan kokurikulum di sekolah rendah dan sekolah menengah
dalam negeri Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan Model Proses Pengurusan Stoner,
Freeman dan Gilbert (1995) yang mengandungi empat proses yang saling berkaitan iaitu
merancang, mengelola, memimpin dan mengawal untuk melihat pengurusan kokurikulum
secara keseluruhan. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti tahap peranan GPK
Kokurikulum dalam keempat-empat proses ini serta mengenalpasti adakah terdapat
perbezaan antara tahap peranan pengurusan kokurikulum mengikut jantina, kategori sekolah,
lokasi sekolah, daerah bertugas, umur serta pengalaman berkhidmat. Responden kajian ini
terdiri daripada 304 orang GPK Kokurikulum yang berkhidmat di sekolah-sekolah dalam
Pulau Pinang. Kajian ini bersifat deskriptif dan menggunakan soal selidik yang dibina
berpandukan Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah, KPM. Soal selidik
telah disemak dan diuji bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahan melalui satu kajian
rintis yang telah dijalankan terhadap 52 orang GPK Kokurikulum dalam daerah Barat Daya.
Hasil analisis Cronbach alfa mendapati nilai alfa adalah 0.96 bagi 36 item dalam soal selidik
tersebut. Dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences
(SPSS) v22 bagi mendapatkan skor min. Ujian T dan ANOVA digunakan bagi mengenalpasti
adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara min bagi dimensi yang dikaji. Dapatan
menunjukkan tahap peranan GPK Kokurikulum dalam keempat-empat proses dan secara
keseluruhan adalah berada pada tahap sederhana. Kesimpulannya, dapatan ini telah
menyelesaikan permasalahan kajian iaitu tahap peranan GPK Kokurikulum di Pulau Pinang
dalam pengurusan kokurikulum sekolah yang sederhana berkemungkinan menjadi
penyumbang kepada permasalahan yang dikemukan dalam kajian ini.
|