| Summary: | Perkhidmatan Profiling Pintar (ISP) ini adalah merupakan satu sistem yang mana dapat
membantu pengguna-pengguna dalam pemudah cara sebelum membuat sesuatu konfigurasi
bagi elemen rangkaian yang terdapat di Syarikat Telekomunikasi. Ia digunakan bagi jabatan
yang mengendalikan OSI 7 layer pada peringkat Jalur ke-3 iaitu Network Layer bagi memenuhi
permintaan baru dari pelanggan. Ia bertujuan bagi memudahkan kerja dalam mengendalikan
router di peringkat CE (Customer Edge) & PE (Provider Edge). Sistem ini dapat mengenalpasti
maklumat yang diperlukan terlebih dahulu sebelum konfigurasi dilakukan. Hal ini boleh
mengelakkan pengguna dari melakukan kesilapan dalam melakukan konfigurasi berbanding
dengan konfigurasi secara manual yang di gunakan sebelum ini dengan menggunakan aplikasi
Notepad. Sebelum ini, pengguna akan mendapatkan maklumat dari sistem inventori dan
meletakkan di dalam aplikasi Notepad. Kemudian maklumat tersebut akan digunakan untuk di
konfigurasi ke dalam elemen rangkaian menggunakan aplikasi seperti ‘Putty’ atau
‘SecureCRT’. Sistem ini dibangunkan melalui HTML, CSS3, JavaScript, jQuery, PHP dan
MySQL. Objektif utama sistem ini bagi mengatasi kesilapan konfigurasi secara khusus terhadap
perkhidmatan servis baru, atau pengubahan kelajuan jalurlebar. Ia juga dapat membuat
pengesahan konfigurasi melalui elemen rangkaian seperti periksa antaramuka, pengalamatan
IP dan QoS (Quality Of Service). Kesimpulannya, Perkhidmatan Profiling Pintar (ISP) ini
adalah merupakan satu sistem yang mana dapat membantu pengguna dalam pemudah cara
sebelum membuat sesuatu konfigurasi bagi elemen rangkaian. (Abstract by author)
|