| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tekanan kerja dalam kalangan anggota bomba di
Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dengan mengkhususkan kepada tiga objektif,
iaitu (i) untuk mengenalpasti faktor tekanan kerja dominan, (ii) tahap tekanan kerja,
dan (iii) hubungan antara tekanan kerja dengan demografi (umur, taraf pendidikan,
status perkahwinan, tempoh perkhidmatan). Kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif melalui borang kaji selidik dengan melibatkan seramai 75 anggota bomba
sebagai responden. Analisis dalam kajian ini melibatkan analisis statistik deskriptif
dan inferensi. Hasil kajian mendapati bahawa faktor tekanan kerja dominan dalam
kalangan responden adalah faktor struktur dan iklim. Manakala tahap tekanan kerja
berada pada kedudukan yang tinggi bagi kesemua faktor tekanan kerja. Kajian ini
juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja
dengan umur dan status perkahwinan responden, namun taraf pendidikan dan tempoh
perkhidmatan menunjukkan sebaliknya. Kajian ini dirujuk penting agar pihak
berkepentingan, terutama pihak pengurusan bomba untuk melaksanakan strategi yang
agresif bagi mengurangkan tekanan kerja dalam kalangan anggotanya demi
kesejahteraan hidup mereka. (Abstract by author)
|