Penerimaan Masyarakat Dusun Mukim Tenghilan Sabah Terhadap Kahwin Campur

Trend kahwin campur dalam masyarakat Malaysia semakin mendapat tempat dan tahap penerimaannya semakin terbuka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan, cabaran dan kesan positif kahwin campur terhadap kaum Dusun Mukim Tenghilan. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif terhadap ma...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Noor Amalina Suid
Format: Other
Published: Open University Malaysia 2020
Subjects:
Online Access:https://library.oum.edu.my/repository/1321/
Description
Summary:Trend kahwin campur dalam masyarakat Malaysia semakin mendapat tempat dan tahap penerimaannya semakin terbuka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan, cabaran dan kesan positif kahwin campur terhadap kaum Dusun Mukim Tenghilan. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif terhadap masyarakat Dusun dari 8 buah kampung dalam Mukim Tenghilan, Sabah. Tahap penerimaan, cabaran dan kesan positif kahwin campur diukur menerusi kaedah soal selidik berskala Likert. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 21.0. Analisis deskriptif dan korelasi Pearson digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Skor min purata tahap penerimaan masyarakat Dusun terhadap kahwin campur 3.22 iaitu kurang setuju, tetapi skor min purata persepsi individu dalam kontak diri sendiri, keluarga dan masyarakat Dusun terhadap tahap penerimaan kahwin campur kaum Dusun dengan pasangan berlainan bangsa 3.88 (setuju). Skor min purata cabaran dan kesan positif kahwin campur diinterpretasi setuju dengan 3.66 dan 3.79. Terdapat korelasi positif lemah dan negatif lemah antara item-item tahap penerimaan dengan demografi. Oleh itu, hasil kajian ini menunjukkan masyarakat kaum Dusun Tenghilan menerima, dan bersetuju terdapat pelbagai cabaran dan memperaku bahawa kahwin campur memberikan banyak manfaat kepada masyarakat Dusun Mukim Tenghilan. Pengkaji mencadangkan agar kajian lebih lanjut dijalankan terutama dalam perihal sumbangan generasi kahwin campur terhadap peningkatan sosioekonomi masyarakat Dusun, generasi kahwin campur „Etnik Sino-Native‟ dan kepelbagaian budaya di negeri Sabah. (Abstract by author)