| Summary: | ‘Massive Open Online Courses’ (MOOCs) yang merujuk kepada program atau kursus-kursus terbuka yang dilaksanakan
secara dalam talian secara besar-besaran dari konteks penglibatan peserta dan bilangan enrolmennya. Kebanyakan dari
pesertanya terdiri dari ‘pelajar dewasa’ yang bekerja. Dalam pendidikan sepanjang hayat (PSH) pelajar datang dari
pelbagai latarbelakang, umur dan profesion. PSH mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan potensi manusia
bagi memperolehi pengetahuan, nilai, kemahiran dan kefahaman sepanjang hayat mereka. Semenjak MOOCs di
perkenalkan oleh Dave Cormier dan Stephan Downes pada tahun 2008, serba sedikit telah mengubah corak penyampaian
kursus di kebnayakan institusi pengajian tinggi. MOOC di laksanakan di ruang dalam talian agar peserta boleh
berinteraksi dan meneroka dalam pembelajaran bagi topik berkaitan. MOOC amat sesuai dengan PSH kerana melaluinya
peserta boleh memenuhi kehendak karier dan peningkatan pengetahuan melalui teknologi internet. Peserta mempunyai
pilihan, sama ada untuk memilih MOOC percuma atau MOOC yang berbayar. Kajian ini bertujuan untuk mengumpul
maklumat awal tentang profail peserta melalui salah satu kursus MOOC di openlearning.com. Maklumat berkaitan
bilangan enrolmen, bilangan penglibatan peserta dalam menjalani setiap tugasan dalam kursus dan bilangan kursus lain
yang dipilih oleh peserta juga dikumpulkan untuk membantu penyelidik dalam menghasilkan petunjuk-petunjuk awal
sebelum mengembangkan kursus ini ketahap yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak peserta. Kajian ini melaporkan
tentang tahap perhatian peserta, bilangan kursus yang diambil bersama kursus ini, dan kadar enrolmen dalam seminggu
sehingga tamat tarikh kursus. Kajian ini juga memastikan fungsi MOOC dalam menyampaikan pengetahuan kepada
individu yang memerlukan dan ganjaran yang bakal diterima oleh pihak pembangun, jurulatih, pensyarah dan guru. (Abstract by author)
|