| Summary: | Kaedah penyampaian ilmu berubah dari semasa ke semasa mengikut zaman. Pada
zaman mutakhir ini setelah berlakunya perkembangan yang drastik dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi, (ICT) perubahan yang drastik juga turut berlaku
dalam bidang pendidikan. Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat
dan komunikasi banyak mempengaruhi teknik penyampaian ilmu di semua premis
pendidikan termasuklah masjid serta surau dan seumpamanya.Penggunaan peralatan
TMK (ICT) banyak membantu para guru atau muallim dalam penyampaian ilmu
kepada anak didik dan juga masyarakat.Pada masa dahulu para guru dan ustaz terpaksa
memikul alat bantu mengajar untuk mengajar anak didik di premis masing-masing dan
para muallim hanya menggunakan kapur dan percakapan sahaja atau kaedah tradisional
ini disebut sebagai “chalk and talk” dan tentu sekali agak membosankan. Pada zaman
ini para guru hanya membawa peralatan TMK (ICT) yang dikenali sebagai” pendrive”
sebesar ibu jari untuk dibawa ke kelas.Semua bahan pengajaran yang diajar pada hari
itu boleh disimpan dan diekseskan semula melalui komputer riba atau” laptop” dan
dipancarkan ke atas skrin melalui projektor LCD. Kaedah pengajaran ini lebih berkesan
jika dibandingkan dengan kaedah tradisional “Chalk and talk’. Dengan menggunakan
peralatan ICT pengajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan kerana peralatan ini
dapat merangsangkan deria dan minda pelajar secara berterusan sepanjang pengajaran
berlangsung.Senario pembelajaran seperti ini turut dialami oleh komuniti masjid dalam
menimba ilmu di masjid yang merupakan premis pembelajaran sepanjang hayat.Melalui
kajian ini pihak pengkaji memberi tumpuan sepenuhnya kepada komuniti masjid
daripada lima buah masjid dalam daerah Kuala Terengganu iaitu Masjid Zainal Abidin,
Masjid Al Muktafibillah ,Masjid Al Tohiri Gelugor, Masjid Al Mutaqim dan Masjid
Tok Jamal. Objektif kajian ini ialah untuk membuktikan keberkesanan penggunaan ICT
dalam kuliah agama di masjid-masjid kajian.Jumlah responden untuk kajian ini ialah
seramai 50 orang iaitu terdiri daripada 10 orang responden bagi setiap masjid kajian
Pengkaji memilih kaedah kajian kualitatif untuk kajian ini kerana maklumat yang
diperolehi lebih tepat dan sahih. Adalah diharapkan bahawa dapatan kajian ini dapat
menokok tambah dapatan yang telah disumbangkan oleh ramai pengkaji yang terdahulu
dalam berbagai aspek lain. Pengkaji juga berharap dapatan kajian ini akan digunakan
sebagai maklumat asas oleh pengkaji lain untuk melajutkan kajian mereka pada masa
hadapan. Daripada hasil penemuan kajian ini pengkaji mendapati bahawa penggunaan
ICT dalam kuliah agama di lima buah masjid yang dipilih untuk kajian ini terbukti
mendatangkan kesan yang positif kepada komuniti masjid .
(Abstract by author)
|