| Summary: | Buku setebal 113 halaman ini telah dihasilkan oleh penulis yang arif dalam dunia
pendidikan iaitu Dr. Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali. Dr. Sharifah mempunyai
pengalaman luas dalam bidang pembangunan kurikulum. Beliau kini bertugas sebagai
pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulis Aliza Ali pula kini bertugas
di Universiti Tunku Abdul Rahman sebagai pensyarah pendidikan awal kanak-kanak.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang latihan guru prasekolah swasta dan
pembangunan bahan pendidikan awal kanak-kanak.
Buku ini mempunyai sebelas (11) bab dan dikupas dengan terperinci. Kandungan babbab tersebut ialah bermain adalah fitrah kanak-kanak, kepentingan bermain, hubungan
bermain dengan perkembangan domain, jenis-jenis permainan, bermain daripada
perspektif teori, kurikulum berasaskan pendekatan bermain, bermain dalam konteks
pendidikan, guru sebagai pelaksana pengajaran dan pembelajaran melalui bermain,
Sari Pustaka Bil 1/2014 2
ruang pembelajaran, bahan dan alat permainan dan pelaksanaan dan aktiviti cadangan.
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan
dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan.
Aktiviti bermain akan menggalakkan kanak-kanak menguasai perkembangan dan
kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan
tatabahasa.
(Credit : Mustafa Daud,
Penolong Pengarah Kanan,
Bahagian Pemuliharaan,
Perpustakaan Negara Malaysia)
https://www.pnm.gov.my/pnm/resources/flipbook/saripustaka12014/files/saripustaka%20bil%201%202014.pdf
|