Nafkah saudara sedarah sesisi (Hawashi) dalam Undang-undang Islam di Malaysia
Dalam Islam, saudara sedarah sesisi (hawashi) adalah satu lagi kategori orang-orang yang berhak menerima nafkah daripada saudara-mara mereka terutama ketika keadaan memerlukan atau ketika mereka tidak berkemampuan menanggung nafkah diri mereka sendiri sedangkan dalam masa yang sama mempunyai saudara...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Dewan Bahasa dan Pustaka
2020
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://irep.iium.edu.my/82851/ http://irep.iium.edu.my/82851/1/Nafaqah%20Hawashi%20KANUN.pdf |
| Summary: | Dalam Islam, saudara sedarah sesisi (hawashi) adalah satu lagi kategori orang-orang yang berhak menerima nafkah daripada saudara-mara mereka terutama ketika keadaan memerlukan atau ketika mereka tidak berkemampuan menanggung nafkah diri mereka sendiri sedangkan dalam masa yang sama mempunyai saudara-mara lain yang berkemampuan dan kaya raya. Kajian ini membicarakan tentang 'Nafkah’ ke atas saudara sesisi (hawashi) sebagai satu instrumen untuk memastikan perlindungan berterusan kepada saudara mara di dalam undang-undang Islam. Perbincangan merangkumi pandangan fuqaha tentang nafkah hawashi dalam Islam serta asas tanggungjawab untuk menanggung saudara-mara termasuklah prinsip-prinsip dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w., dan perbincangan ulama kontemporari terhadap sejauh mana tanggungjawab seseorang untuk menanggung saudara-mara. Seterusnya, kajian ini juga akan meneliti pemakaian undang-undang Islam di Malaysia yang berkaitan dengan tanggungjawab menanggung nafkah saudara-mara. Bagi tujuan perbandingan, perbincangan juga akan merangkumi Peruntukan undang-undang tentang nafkah saudara mara di beberapa buah negara-negara Islam. Kajian ini secara umumnya menggunakan metod kajian perpustakaan dan menganalisa kitab-kitab feqah dan peruntukan undang-undang tentang nafkah hawashi. Hasil kajian ini dirasakan amat penting bagi tujuan penambahbaikan peruntukan undang-undang Islam tentang nafkah yang sedia ada di Malaysia. |
|---|