Israeliyyat! boleh percaya ke? Nabi Nuh dan Utunabishtim?

Untuk mengetahui alam para anbiya` dengan berdasarkan kajian saintifik terhadap Bahasa, politik, sosial dan masyarakat amat perlu. Penulis melihat kajian agama tanpa disusuli sejarah dan perkembangan kemanusiaan tidak dapat dijadikan hujjah yang kuat di alam akademik. Justeru itu, buku ini cuba meny...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shikh Abdullah, Shikh Abdull Rashid, Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah
Format: Proceeding Paper
Language:English
English
Published: Pintu Pictures Studios 2020
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/81738/
http://irep.iium.edu.my/81738/1/Israeliyyat.pdf
http://irep.iium.edu.my/81738/7/SURAT%20PENYATAAN%20AFTER%20ADAM%20Dari%20PINTU%20PICTURES.pdf
Description
Summary:Untuk mengetahui alam para anbiya` dengan berdasarkan kajian saintifik terhadap Bahasa, politik, sosial dan masyarakat amat perlu. Penulis melihat kajian agama tanpa disusuli sejarah dan perkembangan kemanusiaan tidak dapat dijadikan hujjah yang kuat di alam akademik. Justeru itu, buku ini cuba menyingkap beberapa isu yang penulis merasakan ia amat penting untuk diterokai. Isu Bahasa dan revolusinya merupakan asas pembentukkan perbincangan buku ini. Permulaan yang agak berat di mana penulis mengemukakan penemuan kajian terhadap batu bersurat Epik Gigalmesh yang tidak diiktiraf oleh barat sebagai penulisan tertua yang dijumpai di Mesopotamia yang bertarikh 4000 sebelum masihi. Batu bersurat ini merupakan batu bersurat yang paling lengkap pernah dijumpai oleh ahli arkeologi. Ia mempunyai dua belas tablet, di mana tablet yang ke sebelas menceritakan tentang banjir besar seperti yang diceritakan dalam perjanjian lama dalam surah kejadian. Penggunaan bahasa yang ditulis adalah bahasa Akkadi yang menggunakan tulisan Mismariyyah, telah mengundang beberapa kajian yang khusus di barat terutamanya.