Pemahaman Al-Hikam Wa Amthal dalam kalangan pelajar Melayu pra-universiti

Kebolehan berbahasa Arab sebagai bahasa asing dengan sempurna dan mufidah (memberi makna yang sempurna) bukan sahaja terletak pada pembinaan ayat yang biasa yang mana terdiri dari ayat berbentuk Jumlah Ismiah (ayat berdasarkan kata nama) dan juga Jumlah Feeliyah (ayat berdasarkan kata kerja). Kebole...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahim, Abdul Hadi, Mohd Nor Hazlee, Noorhazleena, Khalib, Khairul Akbar
Format: Proceeding Paper
Language:English
Published: Secretariat of ICRIALE 2018 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/81093/
http://irep.iium.edu.my/81093/6/81093%20proceeding.pdf
Description
Summary:Kebolehan berbahasa Arab sebagai bahasa asing dengan sempurna dan mufidah (memberi makna yang sempurna) bukan sahaja terletak pada pembinaan ayat yang biasa yang mana terdiri dari ayat berbentuk Jumlah Ismiah (ayat berdasarkan kata nama) dan juga Jumlah Feeliyah (ayat berdasarkan kata kerja). Kebolehan dan kemahiran menggunakan metafora di dalam bahasa Arab, secara khasnya penggunaan peribahasa (al-Hikam wa Amthal) juga di antara kriteria yang penting dalam penguasaan bahasa Arab sebagai bahasa asing. Seperti yang sedia maklum, peribahasa selalunya mempunyai maksud tersirat yang berbeza dari makna semantiknya. Kebanyakan kajian yang telah dijalankan lebih fokus kepada perbendaharaan kata dan juga cara pengajaran yang berkesan dalam bahasa Arab. Kurang kajian yang mendalami pembelajaran dan penggunaan bahasa Arab di kalangan pelajar/penutur Melayu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti (1) kebolehan pelajar Melayu pra universiti yang mempunyai latar belakang pembelajaran bahasa Arab memahami peribahasa Arab; (2) perbezaan pemahaman sudut peribahasa Arab mengikut jantina. Sampel kajian ini terdiri daripada 46 orang pelajar pra universiti di dalam pengajian asasi Bahasa Arab, mereka telah ditugaskan untuk menghuraikan maksud peribahasa Arab (al-Hikam wa Amthal) melalui lukisan poster. Mereka dikehendaki mendengar dan menyalin semula peribahasa tersebut seterusnya menterjemahkan ke dalam bentuk lukisan poster. Kajian menunjukkan sebahagian besar pelajar mampu untuk memahami maksud tersirat dari aras peribahasa tersebut.