Saintis tempatan perlu perjelas wabak coronavirus

BELUM reda isu influenza, timbul pula masalah kesihatan baharu bawaan coronavirus. Influenza ialah penyakit berpunca daripada jangkitan influenza A virus ataupun H1N1. Virus itu diklasifikasikan dalam kategori rantaian tunggal ribonuklik asid (ssRNA). Seperti influenza A virus, coronavirus (2019-...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Arzmi, Mohd Hafiz
Format: Article
Language:English
Published: Berita Harian 2020
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/80860/
http://irep.iium.edu.my/80860/1/80860_Saintis%20tempatan%20perlu%20perjelas%20wabak%20coronavirus.pdf
Description
Summary:BELUM reda isu influenza, timbul pula masalah kesihatan baharu bawaan coronavirus. Influenza ialah penyakit berpunca daripada jangkitan influenza A virus ataupun H1N1. Virus itu diklasifikasikan dalam kategori rantaian tunggal ribonuklik asid (ssRNA). Seperti influenza A virus, coronavirus (2019-nCoV) adalah sejenis virus yang terbentuk daripada satu rantaian RNA yang amat mudah termutasi. Apa yang membezakan antara kedua-dua virus itu adalah kewujudan vaksin di dalam negara di mana bagi influenza A, ia boleh diperoleh di hospital dan klinik dengan segera. Namun, tidak untuk coronavirus 2019-nCoV, di mana sehingga hari ini, masih belum ada lagi vaksin yang ditemui. Bagi menghasilkan vaksin untuk virus yang baharu ini, kajian yang segera perlu dijalankan bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan. Bagaimanapun, antara halangan utama kepada saintis tempatan untuk turut sama menghasilkan vaksin bagi virus itu ialah kekurangan fasiliti yang mencapai piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Di sebalik kekurangan itu, tentu timbul tanda tanya apakah peranan yang dapat dimainkan oleh saintis tanah air dalam memberikan sumbangan menghadapi wabak seperti coronavirus? Meskipun saintis kita tidak dapat terbabit secara langsung dengan penghasilan vaksin, tentu masih ada banyak peranan lain yang boleh diambil oleh saintis mikrobiologi tempatan.