Penjanaan ekonomi ummah: analisa dari dalil Quran dan sunnah

Ekonomi dan aktiviti perekonomian adalah penting dalam memajukan umat Islam secara total. Penjanaan ekonomi ini seharusnya dilaksanakan menuruti acuan yang telah ditetapkan oleh Shariah. Dengan melihat keadaan di negara-negara anggota OIC dan Malaysia sendiri, makalah ini ditulis dalam mengkaji akti...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Noor, Azman, Mohd. Zain, Nor Razinah
Format: Proceeding Paper
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/80844/
http://irep.iium.edu.my/80844/24/80844%20acceptance%20letter.pdf
http://irep.iium.edu.my/80844/4/NSCF03.pdf
Description
Summary:Ekonomi dan aktiviti perekonomian adalah penting dalam memajukan umat Islam secara total. Penjanaan ekonomi ini seharusnya dilaksanakan menuruti acuan yang telah ditetapkan oleh Shariah. Dengan melihat keadaan di negara-negara anggota OIC dan Malaysia sendiri, makalah ini ditulis dalam mengkaji aktiviti penjanaan ekonomi secara moden menurut parameter yang telah ditetapkan oleh Shariah melalui perintah-perintah yang termaktub dalam . Sebagai sebuah negara yang membangun, Malaysia mempunyai peranan yang besar sebagai contoh kepada negara-negara anggota OIC yang lain. Tambahan pula, Malaysia merekodkan kejayaan yang besar sebagai negara yang terlibat dengan aktiviti perbankan dan pelaburan secara patuh Shariah. Sebagai objektif kajian yang utama, pengkaji-pengkaji cuba (i) menganalisa prinsip asas ekonomi menurut Shariah; (ii) menilai perkembangan fasa ekonomi di Malaysia, dan (iii) mengkaji kewujudan aktiviti penjanaan ekonomi secara Islam yang wujud di Malaysia. Berdasarkan kaedah kualitatif, pengkaji-pengkaji membuat pemerhatian secara naturalistik dan kefahaman dalam menjalankan kajian makalah ini. Tinjauan juga dibuat berdasarkan pemerhatian pengkaji-pengkaji dalam memahami keadaan semasa penjanaan ekonomi dan aktiviti perekonomian yang terdapat di Malaysia. Pengkaji-pengkaji membuat pemerhatian kepada amalan yang dijalankan oleh anggota-anggota negara OIC lain sebagai bandingan kepada apa yang dilaksanakan di Malaysia. Selain itu, pemahaman secara Shariah dibuat berdasarkan kepada prinsip-prinsip Fiqh Muamalah yang telah diterimapakai dan termaktub sebagaimana di dalam Al Qur’an, Sunnah, dan Ijmak Ulama’.