| _version_ |
1860800030199250944
|
| building |
INTELEK Repository
|
| collection |
Online Access
|
| collectionurl |
https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection407072
|
| date |
2017-01-31 11:31:45
|
| eventvenue |
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
|
| format |
Restricted Document
|
| id |
8368
|
| institution |
UniSZA
|
| originalfilename |
1671-01-FH03-FKI-17-08703.pdf
|
| person |
UKM
|
| recordtype |
oai_dc
|
| resourceurl |
https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=8368
|
| spelling |
8368 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=8368 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection407072 Restricted Document Conference Conference Paper application/pdf 7 1.6 Adobe Acrobat Pro DC 20 Paper Capture Plug-in UKM 2017-01-31 11:31:45 1671-01-FH03-FKI-17-08703.pdf UniSZA Private Access Peranan Media Massa Kontemporari Dalam Pendidikan Fitrah Insaniah Kajian ini memilih televisyen sebagai media massa kontemporari yang memberikan kesan secara langsung atau tidak langsung kepada segenap lapisan masyarakat. Sepanjang kemunculan televisyen selama 53 tahun di Malaysia, iaitu bermula 28 Disember 1963 dengan RTM1, kini dunia penyiaran telah diserikan dengan saluran-saluran yang lebih menitikberatkan rancangan-rancangan Islamik. Hal ini menunjukkan perkembangan yang amat positif kerana televisyen (TV) adalah merupakan medium dakwah dan pendidikan yang amat penting kepada massa. Selain peranan utamanya untuk menyebarkan maklumat, TV juga berperanan sebagai agen mendidik, membujuk dan menghibur. Peranan ini merupakan komponen penting yang boleh memberi kesan mendalam kepada jiwa manusia yang secara fitrahnya memerlukan unsur-unsur ini. Pendidikan fitrah insaniah yang sejahtera adalah amat penting agar dapat mewujudkan suasana masyarakat yang mementingkan ilmu yang dapat membangunkan akal dan akhlak, bukan masyarakat yang hanya mengutamakan hiburan semata-mata. Fitrah Insaniah merujuk kepada pengakuan setiap insan tentang ketauhidan Allah s.w.t, dan penciptaan mereka dengan fitrah kehambaan yang sama. Ini bererti, seorang individu yang mempunyai fitrah insaniah yang sejahtera adalah yang sentiasa berusaha memelihara norma-norma perilakunya mengikut ketetapan wahyu. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengkaji peranan media massa kontemporari, iaitu televisyen berkonsepkan Islam dalam pendidikan fitrah insaniah. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang berdasarkan kepada analisis dokumen, iaitu rancanganrancangan TV al-Hijrah yang dipilih sebagai sampel kajian. Rancangan-rancangan TV al-Hijrah dipilih untuk dikaji kerana ia merupakan pelopor yang mewarnai dunia penyiaran dengan berkonsepkan Islam. Seterusnya, kajian juga menganalisis keselarian rancangan-rancangan yang ditayangkan di TV al-Hijrah dengan pendidikan Islam yang diasaskan atas pemuliharaan fitrah insaniah dan pembentukan generasi rabbani. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam tempoh 7 hari bersiaran bermula jam 12.00 a.m sehingga 9.30 p.m terdapat 49 rancangan berkonsepkan agama yang ditayangkan kepada masyarakat, 10 (20.4%) daripadanya adalah rancangan khusus untuk kanak-kanak. Kesemua rancangan ini adalah berkonsepkan pemupukan akidah, ibadah dan akhlak yang merupakan prinsip-prinsip dalam pemuliharaan fitrah insaniah dan selari dengan pendidikan Islam. Kajian ini mencadangkan kepada massa khususnya ibubapa agar lebih prihatin dalam memantau rancangan-rancangan televisyen yang mampu menyuburkan fitrah yang sejahtera dalam diri anak-anak. Seminar Pendidikan Transdisiplin (STED 2017) Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
|
| spellingShingle |
Peranan Media Massa Kontemporari Dalam Pendidikan Fitrah Insaniah
|
| summary |
Kajian ini memilih televisyen sebagai media massa kontemporari yang memberikan kesan secara langsung atau tidak langsung kepada segenap lapisan masyarakat. Sepanjang kemunculan televisyen selama 53 tahun di Malaysia, iaitu bermula 28 Disember 1963 dengan RTM1, kini dunia penyiaran telah diserikan dengan saluran-saluran yang lebih menitikberatkan rancangan-rancangan Islamik. Hal ini menunjukkan perkembangan yang amat positif kerana televisyen (TV) adalah merupakan medium dakwah dan pendidikan yang amat penting kepada massa. Selain peranan utamanya untuk menyebarkan maklumat, TV juga berperanan sebagai agen mendidik, membujuk dan menghibur. Peranan ini merupakan komponen penting yang boleh memberi kesan mendalam kepada jiwa manusia yang secara fitrahnya memerlukan unsur-unsur ini. Pendidikan fitrah insaniah yang sejahtera adalah amat penting agar dapat mewujudkan suasana masyarakat yang mementingkan ilmu yang dapat membangunkan akal dan akhlak, bukan masyarakat yang hanya mengutamakan hiburan semata-mata. Fitrah Insaniah merujuk kepada pengakuan setiap insan tentang ketauhidan Allah s.w.t, dan penciptaan mereka dengan fitrah kehambaan yang sama. Ini bererti, seorang individu yang mempunyai fitrah insaniah yang sejahtera adalah yang sentiasa berusaha memelihara norma-norma perilakunya mengikut ketetapan wahyu. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengkaji peranan media massa kontemporari, iaitu televisyen berkonsepkan Islam dalam pendidikan fitrah insaniah. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang berdasarkan kepada analisis dokumen, iaitu rancanganrancangan TV al-Hijrah yang dipilih sebagai sampel kajian. Rancangan-rancangan TV al-Hijrah dipilih untuk dikaji kerana ia merupakan pelopor yang mewarnai dunia penyiaran dengan berkonsepkan Islam. Seterusnya, kajian juga menganalisis keselarian rancangan-rancangan yang ditayangkan di TV al-Hijrah dengan pendidikan Islam yang diasaskan atas pemuliharaan fitrah insaniah dan pembentukan generasi rabbani. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam tempoh 7 hari bersiaran bermula jam 12.00 a.m sehingga 9.30 p.m terdapat 49 rancangan berkonsepkan agama yang ditayangkan kepada masyarakat, 10 (20.4%) daripadanya adalah rancangan khusus untuk kanak-kanak. Kesemua rancangan ini adalah berkonsepkan pemupukan akidah, ibadah dan akhlak yang merupakan prinsip-prinsip dalam pemuliharaan fitrah insaniah dan selari dengan pendidikan Islam. Kajian ini mencadangkan kepada massa khususnya ibubapa agar lebih prihatin dalam memantau rancangan-rancangan televisyen yang mampu menyuburkan fitrah yang sejahtera dalam diri anak-anak.
|
| title |
Peranan Media Massa Kontemporari Dalam Pendidikan Fitrah Insaniah
|
| title_full |
Peranan Media Massa Kontemporari Dalam Pendidikan Fitrah Insaniah
|
| title_fullStr |
Peranan Media Massa Kontemporari Dalam Pendidikan Fitrah Insaniah
|
| title_full_unstemmed |
Peranan Media Massa Kontemporari Dalam Pendidikan Fitrah Insaniah
|
| title_short |
Peranan Media Massa Kontemporari Dalam Pendidikan Fitrah Insaniah
|
| title_sort |
peranan media massa kontemporari dalam pendidikan fitrah insaniah
|