Bumi Cinta: Sorotan Takmilah Dalam Karya Tauhid

Bibliographic Details
Format: Restricted Document
_version_ 1860799527502479360
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection407072
date 2018-01-04 15:13:48
eventvenue Universiti Sultan Zainal Abidin
format Restricted Document
id 6349
institution UniSZA
originalfilename 1205-01-FH03-FBK-18-12106.pdf
person PDFium
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=6349
spelling 6349 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=6349 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection407072 Restricted Document Conference Conference Paper application/pdf 15 Adobe Acrobat Pro DC 20 Paper Capture Plug-in 1.7 PDFium 2018-01-04 15:13:48 1205-01-FH03-FBK-18-12106.pdf UniSZA Private Access Bumi Cinta: Sorotan Takmilah Dalam Karya Tauhid Kemunculan novel berorientasikan Islamisasi telah menzahirkan variasi penghasilan karya dalam bidang kesusasteraan. Penghasilan tema sebegini memecahkan ruyung tentang tema dan persoalan tipikal seperti percintaan, feminisme dan polemik politik yang sering digarapi pengarang. Habiburrahman El Shirazy, antara penulis malar hijau yang memberi suntikan kelainan dalam penghasilan novel sehingga karyanya menjadi fenomena dalam kalangan pembaca. Kebanyakan karya novel yang dihasilkan beliau berpaksikan unsur-unsur Islamisasi yang bukan hanya berimej sebagai sebuah karya hiburan semata-mata, namun bertindak sebagai elemen dalam membuai nilai kejiwaan akhlak terhadap pembaca. Kajian terhadap novel Bumi Cinta tulisan Habiburrahman El Shirazy dipilih bersandarkan cerminan dakwah yang diukur dengan bersandarkan pengaplikasian perspektif Teori Takmilah. Kajian ini merungkai sejauh mana tujuh prinsip takmilah yang digagaskan Shafie Abu Bakar, iaitu prinsip ketuhanan yang bersifat kamal (sempurna), prinsip kerasulan sebagai insan kamil (sempurna), prinsip keislaman yang bersifat yang bersifat akmal (sempurna), prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat takmilah (sempurna), prinsip sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat takmilah (sempurna dan menyempurnakan), prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri (menyempurnakan) dan prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan kamil (sempurna) diajukan pengarang dalam karyanya. Menerusi penelitian kajian, ditemui beberapa elemen dalam teori takmilah dirincikan pengarang melalui paparan pada watak, teknik pembinaan ayat, diksi, petikan surah dari al-Quran, hadis serta kitab, dan teknik monolog dalaman sebagai medium penyampaian dakwah. Teori Takmilah sememangnya mendukung ajaran Tauhid dan ini bersesuaian dengan konsep sastera Islam dan secara tidak langsung memperlihatkan, peri pentingnya hubungan tiga dimensi antara karya – pengkarya - khalayak dalam menyampaikan perutusan yang bermanfaat demi kebaikan khalayak sastera Melayu-Islam. Seminar Kebangsaan Bahasa Dan Kesusasteraan Arab 2017 Universiti Sultan Zainal Abidin
spellingShingle Bumi Cinta: Sorotan Takmilah Dalam Karya Tauhid
summary Kemunculan novel berorientasikan Islamisasi telah menzahirkan variasi penghasilan karya dalam bidang kesusasteraan. Penghasilan tema sebegini memecahkan ruyung tentang tema dan persoalan tipikal seperti percintaan, feminisme dan polemik politik yang sering digarapi pengarang. Habiburrahman El Shirazy, antara penulis malar hijau yang memberi suntikan kelainan dalam penghasilan novel sehingga karyanya menjadi fenomena dalam kalangan pembaca. Kebanyakan karya novel yang dihasilkan beliau berpaksikan unsur-unsur Islamisasi yang bukan hanya berimej sebagai sebuah karya hiburan semata-mata, namun bertindak sebagai elemen dalam membuai nilai kejiwaan akhlak terhadap pembaca. Kajian terhadap novel Bumi Cinta tulisan Habiburrahman El Shirazy dipilih bersandarkan cerminan dakwah yang diukur dengan bersandarkan pengaplikasian perspektif Teori Takmilah. Kajian ini merungkai sejauh mana tujuh prinsip takmilah yang digagaskan Shafie Abu Bakar, iaitu prinsip ketuhanan yang bersifat kamal (sempurna), prinsip kerasulan sebagai insan kamil (sempurna), prinsip keislaman yang bersifat yang bersifat akmal (sempurna), prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat takmilah (sempurna), prinsip sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat takmilah (sempurna dan menyempurnakan), prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri (menyempurnakan) dan prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan kamil (sempurna) diajukan pengarang dalam karyanya. Menerusi penelitian kajian, ditemui beberapa elemen dalam teori takmilah dirincikan pengarang melalui paparan pada watak, teknik pembinaan ayat, diksi, petikan surah dari al-Quran, hadis serta kitab, dan teknik monolog dalaman sebagai medium penyampaian dakwah. Teori Takmilah sememangnya mendukung ajaran Tauhid dan ini bersesuaian dengan konsep sastera Islam dan secara tidak langsung memperlihatkan, peri pentingnya hubungan tiga dimensi antara karya – pengkarya - khalayak dalam menyampaikan perutusan yang bermanfaat demi kebaikan khalayak sastera Melayu-Islam.
title Bumi Cinta: Sorotan Takmilah Dalam Karya Tauhid
title_full Bumi Cinta: Sorotan Takmilah Dalam Karya Tauhid
title_fullStr Bumi Cinta: Sorotan Takmilah Dalam Karya Tauhid
title_full_unstemmed Bumi Cinta: Sorotan Takmilah Dalam Karya Tauhid
title_short Bumi Cinta: Sorotan Takmilah Dalam Karya Tauhid
title_sort bumi cinta: sorotan takmilah dalam karya tauhid