Al-Qushayri; Biografi dan Sumbangannya Menerapkan Nilai Spiritual dalam Ilmu-Ilmu Islam

Bibliographic Details
Format: Restricted Document
_version_ 1860799516754575360
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection407072
date 2018-01-15 01:51:26
eventvenue UniSZA
format Restricted Document
id 6306
institution UniSZA
originalfilename 1145-01-FH03-INSPIRE-18-12576.pdf
person Syed Lutfi Syed Omar al-Bukhari
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=6306
spelling 6306 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=6306 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection407072 Restricted Document Conference Conference Paper application/pdf 8 1.6 Adobe Acrobat Pro DC 20 Paper Capture Plug-in Syed Lutfi Syed Omar al-Bukhari 2018-01-15 01:51:26 1145-01-FH03-INSPIRE-18-12576.pdf UniSZA Private Access Al-Qushayri; Biografi dan Sumbangannya Menerapkan Nilai Spiritual dalam Ilmu-Ilmu Islam Salah seorang tokoh bidang spiritual terkenal pada kurun ke 5 Hijrah yang banyak menghasilkan karya dari berbagai disiplin ilmu Islam ialah ‘Abd al-karim bin Hawazin al-Qushayri (w. 465H). Beliau juga merupakan seorang ulama’ sufi yang sangat lantang memperjuangkan ketulinan ajaran spiritual dari doktrindoktrin menyeleweng yang banyak berlaku pada zamannya. Justeru, artikel ini cuba mengetengahkan latarbelakang beliau dan sumbangannya menerapkan nilai spiritual dalam berbagai disiplin ilmu Islam melalui karya-karya yang dihasilkan. Kajian berdasarkan analisis kandungan teks (content analysis) yang menjurus kepada penyelidikan keperpustakaan dan memfokuskan kepada analisis kandungan karya-karya alQushayri yang berkaitan sahaja. Kajian mendapati salah satu keistimewaan yang terdapat dalam beberapa karya-karya terpilih beliau ialah pendekatannya dalam mengintegrasikan antara ilmu syariat dan hakikat. Kajian mendapati beliau merupakan pelopor dalam menerapkan nilai-nilai spiritual Islam dalam disiplin ilmu tauhid dan ilmu nahu. Dalam bidang tafsir pula beliau telah memperkenalkan metod pentafsiran secara simbolik atau lebih dikenali sebagai tafsīr ishāriy melalui karyanya berjudul “Laṭā’if al-Ishārāt”. Usaha beliau telah menjadikan pengajian ilmu-ilmu Islam lebih bersifat integratif dan bersepadu. Pendekatan yang beliau perkenalkan ini, telah menjadikan beliau terkenal dalam kalangan ulama’ sebagai tokoh ilmuan sufi yang menggabungkan antara ilmu syariat dan hakikat (al-jāmi‘ bayna al-syarī’ah wa al-haqīqah). Kajian menyimpulkan bahawa, pendekatan yang diperkenalkan oleh al-Qushayri hendaklah dijadikan sebagai asas dan panduan untuk menerapkan nilai-nilai spiritual dalam subjek pengajian Islam di setiap peringkat pengajian di Malaysia. Apabila nilai-nilai tersebut dihayati dengan sebaiknya maka ia akan melahirkan insan yang seimbang dari aspek zahir dan batin. International Conference of Empowering Islamic Civilization (ICIC 2017) UniSZA
spellingShingle Al-Qushayri; Biografi dan Sumbangannya Menerapkan Nilai Spiritual dalam Ilmu-Ilmu Islam
summary Salah seorang tokoh bidang spiritual terkenal pada kurun ke 5 Hijrah yang banyak menghasilkan karya dari berbagai disiplin ilmu Islam ialah ‘Abd al-karim bin Hawazin al-Qushayri (w. 465H). Beliau juga merupakan seorang ulama’ sufi yang sangat lantang memperjuangkan ketulinan ajaran spiritual dari doktrindoktrin menyeleweng yang banyak berlaku pada zamannya. Justeru, artikel ini cuba mengetengahkan latarbelakang beliau dan sumbangannya menerapkan nilai spiritual dalam berbagai disiplin ilmu Islam melalui karya-karya yang dihasilkan. Kajian berdasarkan analisis kandungan teks (content analysis) yang menjurus kepada penyelidikan keperpustakaan dan memfokuskan kepada analisis kandungan karya-karya alQushayri yang berkaitan sahaja. Kajian mendapati salah satu keistimewaan yang terdapat dalam beberapa karya-karya terpilih beliau ialah pendekatannya dalam mengintegrasikan antara ilmu syariat dan hakikat. Kajian mendapati beliau merupakan pelopor dalam menerapkan nilai-nilai spiritual Islam dalam disiplin ilmu tauhid dan ilmu nahu. Dalam bidang tafsir pula beliau telah memperkenalkan metod pentafsiran secara simbolik atau lebih dikenali sebagai tafsīr ishāriy melalui karyanya berjudul “Laṭā’if al-Ishārāt”. Usaha beliau telah menjadikan pengajian ilmu-ilmu Islam lebih bersifat integratif dan bersepadu. Pendekatan yang beliau perkenalkan ini, telah menjadikan beliau terkenal dalam kalangan ulama’ sebagai tokoh ilmuan sufi yang menggabungkan antara ilmu syariat dan hakikat (al-jāmi‘ bayna al-syarī’ah wa al-haqīqah). Kajian menyimpulkan bahawa, pendekatan yang diperkenalkan oleh al-Qushayri hendaklah dijadikan sebagai asas dan panduan untuk menerapkan nilai-nilai spiritual dalam subjek pengajian Islam di setiap peringkat pengajian di Malaysia. Apabila nilai-nilai tersebut dihayati dengan sebaiknya maka ia akan melahirkan insan yang seimbang dari aspek zahir dan batin.
title Al-Qushayri; Biografi dan Sumbangannya Menerapkan Nilai Spiritual dalam Ilmu-Ilmu Islam
title_full Al-Qushayri; Biografi dan Sumbangannya Menerapkan Nilai Spiritual dalam Ilmu-Ilmu Islam
title_fullStr Al-Qushayri; Biografi dan Sumbangannya Menerapkan Nilai Spiritual dalam Ilmu-Ilmu Islam
title_full_unstemmed Al-Qushayri; Biografi dan Sumbangannya Menerapkan Nilai Spiritual dalam Ilmu-Ilmu Islam
title_short Al-Qushayri; Biografi dan Sumbangannya Menerapkan Nilai Spiritual dalam Ilmu-Ilmu Islam
title_sort al-qushayri; biografi dan sumbangannya menerapkan nilai spiritual dalam ilmu-ilmu islam