PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN HOLISTIK DAN IMPLIKASI KEPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Bibliographic Details
Format: Restricted Document
_version_ 1860799367717322752
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection407072
date 2016-01-13 08:39:09
eventvenue Universiti Malaya
format Restricted Document
id 5731
institution UniSZA
originalfilename 0243-01-FH03-INSPIRE-16-04954.pdf
person User
user
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=5731
spelling 5731 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=5731 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection407072 Restricted Document Conference Conference Paper application/pdf 1 1.6 Adobe Acrobat Pro DC 20 Paper Capture Plug-in User user 2016-01-13 08:39:09 0243-01-FH03-INSPIRE-16-04954.pdf UniSZA Private Access PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN HOLISTIK DAN IMPLIKASI KEPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Kertas kerja ini bertujuan untuk membina satu bentuk pentaksiran yang holistik untuk dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kajian ini amat signifikan kerana pentaksiran merupakan jantung kepada pengalaman pelajar dan mencerminkan kurikulum yang sebenar. Pada hakikatnya, masa dan tumpuan pelajar lebih diarahkan kepada pentaksiran berbanding aktiviti kurikulum yang lain, oleh itu, secara sedar atau tidak, hal ini banyak mempengaruhi tingkah laku dan gaya pembelajaran mereka. Kajian telah mendapati bahawa wujud masalah dalam amalan pentaksiran di sekolah yang lebih cenderung kepada orientasi peperiksaan dan kesannya telah membentuk minda pelajar yang jumud. Permasalahan ini amat perlu dikaji untuk mencari jalan penyelesaian yang praktikal memandangkan pelajar merupakan modal insan yang akan membentuk generasi baharu. Persoalan yang harus diambil serius ialah; apakah bentuk pentaksiran yang sesuai untuk dilaksanakan dalam pendidikan di Malaysia? Bentuk pentaksiran tersebut haruslah dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan holistik dan berkualiti supaya berjaya menghadapi cabaran era globalisasi. Meskipun pada peringkat sekolah di Malaysia, perlaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) telah menekankan kepada pendekatan pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment to learning). Masalah akan timbul kerana kedua-dua pendekatan tersebut hanya berpusatkan guru sebagai pentaksir. Pengkaji mencadangkan supaya pendekatan pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) juga diambil kira kerana pendekatan ini memberi fokus terhadap peranan pelajar sebagai pentaksir. Justeru, kajian ini membina satu bentuk pentaksiran yang lebih holistik dan menekankan kepada ketiga-tiga pendekatan pentaksiran dalam pembelajaran iaitu untuk, sebagai dan kepada (for, as, of). yang bertujuan untuk membantu untuk mempertingkatan kualiti pelajar dari pelbagai aspek termasuk pembelajaran dan potensi diri mereka Kajian ini bersifat kualitatif dan menggunakan kaedah deskiptif dan analitikal. Kajian ini akan memberi implikasi kepada sistem pendidikan negara dalam usaha untuk menjana modal insan berkualiti. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014 Universiti Malaya
spellingShingle PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN HOLISTIK DAN IMPLIKASI KEPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
summary Kertas kerja ini bertujuan untuk membina satu bentuk pentaksiran yang holistik untuk dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kajian ini amat signifikan kerana pentaksiran merupakan jantung kepada pengalaman pelajar dan mencerminkan kurikulum yang sebenar. Pada hakikatnya, masa dan tumpuan pelajar lebih diarahkan kepada pentaksiran berbanding aktiviti kurikulum yang lain, oleh itu, secara sedar atau tidak, hal ini banyak mempengaruhi tingkah laku dan gaya pembelajaran mereka. Kajian telah mendapati bahawa wujud masalah dalam amalan pentaksiran di sekolah yang lebih cenderung kepada orientasi peperiksaan dan kesannya telah membentuk minda pelajar yang jumud. Permasalahan ini amat perlu dikaji untuk mencari jalan penyelesaian yang praktikal memandangkan pelajar merupakan modal insan yang akan membentuk generasi baharu. Persoalan yang harus diambil serius ialah; apakah bentuk pentaksiran yang sesuai untuk dilaksanakan dalam pendidikan di Malaysia? Bentuk pentaksiran tersebut haruslah dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan holistik dan berkualiti supaya berjaya menghadapi cabaran era globalisasi. Meskipun pada peringkat sekolah di Malaysia, perlaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) telah menekankan kepada pendekatan pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment to learning). Masalah akan timbul kerana kedua-dua pendekatan tersebut hanya berpusatkan guru sebagai pentaksir. Pengkaji mencadangkan supaya pendekatan pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) juga diambil kira kerana pendekatan ini memberi fokus terhadap peranan pelajar sebagai pentaksir. Justeru, kajian ini membina satu bentuk pentaksiran yang lebih holistik dan menekankan kepada ketiga-tiga pendekatan pentaksiran dalam pembelajaran iaitu untuk, sebagai dan kepada (for, as, of). yang bertujuan untuk membantu untuk mempertingkatan kualiti pelajar dari pelbagai aspek termasuk pembelajaran dan potensi diri mereka Kajian ini bersifat kualitatif dan menggunakan kaedah deskiptif dan analitikal. Kajian ini akan memberi implikasi kepada sistem pendidikan negara dalam usaha untuk menjana modal insan berkualiti.
title PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN HOLISTIK DAN IMPLIKASI KEPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
title_full PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN HOLISTIK DAN IMPLIKASI KEPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
title_fullStr PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN HOLISTIK DAN IMPLIKASI KEPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
title_full_unstemmed PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN HOLISTIK DAN IMPLIKASI KEPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
title_short PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN HOLISTIK DAN IMPLIKASI KEPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
title_sort pentaksiran pembelajaran holistik dan implikasi kepada sistem pendidikan negara