Pemanfaatan Kosa Kata Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Perbandingan dari Sudut Semantik

Bibliographic Details
Format: Restricted Document
_version_ 1860799361410138112
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection407072
date 2012-10-19 16:31:06
eventvenue Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
format Restricted Document
id 5706
institution UniSZA
originalfilename 0180-01-FH03-FBK-18-12583.pdf
person Elsevier
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=5706
spelling 5706 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=5706 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection407072 Restricted Document Conference Conference Paper application/pdf 8 1.6 Adobe Acrobat Pro DC 20 Paper Capture Plug-in Elsevier 2012-10-19 16:31:06 0180-01-FH03-FBK-18-12583.pdf UniSZA Private Access Pemanfaatan Kosa Kata Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Perbandingan dari Sudut Semantik Pemanfaatan kosa kata Arab dalam bahasa Melayu mempunyai kaitan rapat dengan Islam yang menjadi pegangan majoriti masyarakat Melayu. Bangsa Melayu dilihat amat sinonim dengan Islam termasuk dalam aspek bahasa. Manakala Islam amat sinonim dengan bahasa Arab yang merupakan bahasa pilihan bagi menyampaikan isi kandungan al-Qur‟an. Situasi ini menjadi antara asas penting pemanfaatan kosa kata Arab dalam bahasa Melayu, khususnya yang melibatkan konotasi makna berkaitan Islam. Kertas kerja ini akan menganalisis beberapa kosa kata Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu, malah diiktiraf penggunaannya sebagai sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu. Antara kosa kata tersebut seperti rahmat, takwa, fitnah, makruf, ilmu, dan nikah. Analisis tertumpu kepada perbandingan kosa kata tersebut dari sudut semantik berpandukan kamus bagi kedua-dua bahasa. Selain itu, kertas kerja ini turut membuat penelitian makna kosa kata tersebut berdasarkan penggunaannya dalam al-Qur‟an. Hal ini dilihat amat penting bagi melihat perubahan makna kosa kata tersebut berdasarkan konteks penggunaannya secara menyeluruh. Pada akhirnya, dapat disimpulkan bahawa berlaku perubahan makna yang ketara bagi penggunaan kosa kata yang sama dalam bahasa Arab dan Melayu. Perubahan makna turut kelihatan bagi sesetengah kosa kata yang terdapat dalam al-Qur‟an dengan penggunaannya dalam konteks pengucapan bahasa Arab secara umum. Sebenarnya, situasi ini memberi petunjuk bahawa bahasa Arab dan bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang “hidup” dan akan terus dapat ditransformasi mengikut peredaran zaman dan keadaan. Bagi bahasa Arab pula, situasi ini tidak langsung merendahkan martabatnya kerana kaitan yang erat dengan al-Qur‟an yang terjamin pemeliharaannya oleh Allah SWT. 1-8 International Conference on Social Sciences & Humanities Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
spellingShingle Pemanfaatan Kosa Kata Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Perbandingan dari Sudut Semantik
summary Pemanfaatan kosa kata Arab dalam bahasa Melayu mempunyai kaitan rapat dengan Islam yang menjadi pegangan majoriti masyarakat Melayu. Bangsa Melayu dilihat amat sinonim dengan Islam termasuk dalam aspek bahasa. Manakala Islam amat sinonim dengan bahasa Arab yang merupakan bahasa pilihan bagi menyampaikan isi kandungan al-Qur‟an. Situasi ini menjadi antara asas penting pemanfaatan kosa kata Arab dalam bahasa Melayu, khususnya yang melibatkan konotasi makna berkaitan Islam. Kertas kerja ini akan menganalisis beberapa kosa kata Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu, malah diiktiraf penggunaannya sebagai sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu. Antara kosa kata tersebut seperti rahmat, takwa, fitnah, makruf, ilmu, dan nikah. Analisis tertumpu kepada perbandingan kosa kata tersebut dari sudut semantik berpandukan kamus bagi kedua-dua bahasa. Selain itu, kertas kerja ini turut membuat penelitian makna kosa kata tersebut berdasarkan penggunaannya dalam al-Qur‟an. Hal ini dilihat amat penting bagi melihat perubahan makna kosa kata tersebut berdasarkan konteks penggunaannya secara menyeluruh. Pada akhirnya, dapat disimpulkan bahawa berlaku perubahan makna yang ketara bagi penggunaan kosa kata yang sama dalam bahasa Arab dan Melayu. Perubahan makna turut kelihatan bagi sesetengah kosa kata yang terdapat dalam al-Qur‟an dengan penggunaannya dalam konteks pengucapan bahasa Arab secara umum. Sebenarnya, situasi ini memberi petunjuk bahawa bahasa Arab dan bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang “hidup” dan akan terus dapat ditransformasi mengikut peredaran zaman dan keadaan. Bagi bahasa Arab pula, situasi ini tidak langsung merendahkan martabatnya kerana kaitan yang erat dengan al-Qur‟an yang terjamin pemeliharaannya oleh Allah SWT.
title Pemanfaatan Kosa Kata Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Perbandingan dari Sudut Semantik
title_full Pemanfaatan Kosa Kata Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Perbandingan dari Sudut Semantik
title_fullStr Pemanfaatan Kosa Kata Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Perbandingan dari Sudut Semantik
title_full_unstemmed Pemanfaatan Kosa Kata Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Perbandingan dari Sudut Semantik
title_short Pemanfaatan Kosa Kata Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Perbandingan dari Sudut Semantik
title_sort pemanfaatan kosa kata arab dalam bahasa melayu: satu analisis perbandingan dari sudut semantik