2026_Pandangan Hamka Terhadap Nilai Integriti Berdasarkan Tafsir Al-Azhar

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798367106334720
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection8811
copyright Copyright©PWB2026
country Malaysia
date 2025-06-03
format General Document
id 17485
institution UniSZA
originalfilename PANDANGAN HAMKA TERHADAP NILAI INTEGRITI BERDASARKAN TAFSIR AL-AZHAR (MASTER_2025).pdf
person Eusoff Amiruddin
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=17485
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 17485 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=17485 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection8811 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Islamic Contemporary Studies Malay application/pdf 1.4 206 Public Access Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin Universiti Sultan Zainal Abidin Dissertations, Academic Hamka Copyright©PWB2026 Islamic Ethics Epistemologi Islam Thesis 2025-06-03 Eusoff Amiruddin Nilai Integriti Tafsir Al-Azhar Al-Quran dan Al-Sunnah Kesucian Hati (Purity) Amanah (Trustworthiness) Kebijaksanaan dalam Berfikir dan Bertindak (Wisdom) Ṣidq (Benar) Mas’ūliyyaṯ (Tanggungjawab) Al-Itqān (Tekun) Al-Ṣabr (Sabar) Pendidikan Nilai dalam Masyarakat Islam Integriti dalam Konteks Alam Melayu Islamic Philosophy 2026_Pandangan Hamka Terhadap Nilai Integriti Berdasarkan Tafsir Al-Azhar Nilai integriti kini menjadi isu penting dalam masyarakat kerana pelbagai masalah yang timbul. Meskipun teori konvensional masih digunakan di beberapa negara Islam, isu integriti tetap berlanjutan. Oleh itu, diperlukan penyelesaian yang lebih berkesan dengan merujuk kepada nilai-nilai Islam. Namun, kajian mendalam mengenai nilai-nilai ini belum dilakukan secara menyeluruh. Pemahaman nilai-nilai Islam perlu berasaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai prinsip asas dalam epistemologi Islam. Di sinilah tafsiran al-Quran oleh ulama seperti HAMKA memainkan peranan penting, terutama dalam konteks Alam Melayu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menjelaskan Tafsir Al-Azhar, konsep dan nilai integriti dari perspektif Islam, serta menganalisis pandangan HAMKA terhadap nilai-nilai integriti dalam Tafsir Al-Azhar. Untuk mencapai objektif ini, pendekatan kualitatif digunakan dengan reka bentuk penerokaan sebagai asas kajian. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah kepustakaan, di mana data dari sumber sekunder dan ayat-ayat al-Quran yang relevan dikumpulkan dan dianalisis. Sampel ayat al-Quran dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan yang memfokuskan kepada tiga nilai utama integriti: Kesucian Hati (Purity), Amanah (Trustworthiness), dan Kebijaksanaan dalam Berfikir dan Bertindak (Wisdom). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat empat elemen yang menunjukkan pandangan HAMKA terhadap nilai-nilai integriti berdasarkan Tafsir Al-Azhar iaitu Ṣidq (Benar), Mas’ūliyyaṯ (Tanggungjawab), al-Itqān (Tekun), dan al-Ṣabr (Sabar). Oleh itu, kesemua elemen nilai-nilai integriti tersebut membentuk suatu konsep pandangan HAMKA terhadap nilai integriti berdasarkan Tafsir Al-Azhar yang selari dengan konsep integriti konvensional. Al-Amānaṯ dan al-Ṣidq berkait rapat dengan nilai tanggungjawab (Accountability). Sikap bertanggungjawab ini dapat memberikan kesan yang baik kepada keamanan negara. Al-Itqān dan al-Ṣabr pula berkait rapat dengan kesempurnaan atau komprehensif. Hasilnya, sifat istiqamah atau konsistensi yang lahir daripada al-Itqān dan al-Ṣabr didapati memberi impak dalam menjadikan seseorang itu konsisten dalam perbuatan, perlakuan serta pendirian, serta dianggap sebagai sempurna dari aspek dalaman (Ruh) dan luaran (Akhlak). Kesimpulannya, kajian ini memberi sumbangan yang signifikan kepada pengembangan ilmu, dan ia juga berpotensi untuk dimanfaatkan oleh pihak berwajib dalam menangani isu-isu integriti di seluruh negara, khususnya di negara Islam seperti Malaysia. Dengan demikian, kajian ini relevan bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi juga berkait rapat dengan identiti kebangsaan dan kestabilan sosial. uuid:75b700eb-1e11-4784-baa7-a136a4c55dbe macOS Version 15.3.2 (Build 24D81) Quartz PDFContext PANDANGAN HAMKA TERHADAP NILAI INTEGRITI BERDASARKAN TAFSIR AL-AZHAR (MASTER_2025).pdf Islam > Customs and practices Religious life—Islam Qurʼan—Commentaries
spellingShingle 2026_Pandangan Hamka Terhadap Nilai Integriti Berdasarkan Tafsir Al-Azhar
state Terengganu
subject Dissertations, Academic
Islamic Ethics
Islamic Philosophy
Islam > Customs and practices
Religious life—Islam
Qurʼan—Commentaries
summary Nilai integriti kini menjadi isu penting dalam masyarakat kerana pelbagai masalah yang timbul. Meskipun teori konvensional masih digunakan di beberapa negara Islam, isu integriti tetap berlanjutan. Oleh itu, diperlukan penyelesaian yang lebih berkesan dengan merujuk kepada nilai-nilai Islam. Namun, kajian mendalam mengenai nilai-nilai ini belum dilakukan secara menyeluruh. Pemahaman nilai-nilai Islam perlu berasaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai prinsip asas dalam epistemologi Islam. Di sinilah tafsiran al-Quran oleh ulama seperti HAMKA memainkan peranan penting, terutama dalam konteks Alam Melayu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menjelaskan Tafsir Al-Azhar, konsep dan nilai integriti dari perspektif Islam, serta menganalisis pandangan HAMKA terhadap nilai-nilai integriti dalam Tafsir Al-Azhar. Untuk mencapai objektif ini, pendekatan kualitatif digunakan dengan reka bentuk penerokaan sebagai asas kajian. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah kepustakaan, di mana data dari sumber sekunder dan ayat-ayat al-Quran yang relevan dikumpulkan dan dianalisis. Sampel ayat al-Quran dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan yang memfokuskan kepada tiga nilai utama integriti: Kesucian Hati (Purity), Amanah (Trustworthiness), dan Kebijaksanaan dalam Berfikir dan Bertindak (Wisdom). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat empat elemen yang menunjukkan pandangan HAMKA terhadap nilai-nilai integriti berdasarkan Tafsir Al-Azhar iaitu Ṣidq (Benar), Mas’ūliyyaṯ (Tanggungjawab), al-Itqān (Tekun), dan al-Ṣabr (Sabar). Oleh itu, kesemua elemen nilai-nilai integriti tersebut membentuk suatu konsep pandangan HAMKA terhadap nilai integriti berdasarkan Tafsir Al-Azhar yang selari dengan konsep integriti konvensional. Al-Amānaṯ dan al-Ṣidq berkait rapat dengan nilai tanggungjawab (Accountability). Sikap bertanggungjawab ini dapat memberikan kesan yang baik kepada keamanan negara. Al-Itqān dan al-Ṣabr pula berkait rapat dengan kesempurnaan atau komprehensif. Hasilnya, sifat istiqamah atau konsistensi yang lahir daripada al-Itqān dan al-Ṣabr didapati memberi impak dalam menjadikan seseorang itu konsisten dalam perbuatan, perlakuan serta pendirian, serta dianggap sebagai sempurna dari aspek dalaman (Ruh) dan luaran (Akhlak). Kesimpulannya, kajian ini memberi sumbangan yang signifikan kepada pengembangan ilmu, dan ia juga berpotensi untuk dimanfaatkan oleh pihak berwajib dalam menangani isu-isu integriti di seluruh negara, khususnya di negara Islam seperti Malaysia. Dengan demikian, kajian ini relevan bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi juga berkait rapat dengan identiti kebangsaan dan kestabilan sosial.
title 2026_Pandangan Hamka Terhadap Nilai Integriti Berdasarkan Tafsir Al-Azhar
title_full 2026_Pandangan Hamka Terhadap Nilai Integriti Berdasarkan Tafsir Al-Azhar
title_fullStr 2026_Pandangan Hamka Terhadap Nilai Integriti Berdasarkan Tafsir Al-Azhar
title_full_unstemmed 2026_Pandangan Hamka Terhadap Nilai Integriti Berdasarkan Tafsir Al-Azhar
title_short 2026_Pandangan Hamka Terhadap Nilai Integriti Berdasarkan Tafsir Al-Azhar
title_sort 2026_pandangan hamka terhadap nilai integriti berdasarkan tafsir al-azhar