2025_Potensi Belia Tercicir Daripada Pekerjaan di Terengganu

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798355931660288
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection1127683
copyright Copyright©PWB2026
country Malaysia
date 2025-09-01
format General Document
id 17440
institution UniSZA
originalfilename POTENSI BELIA TERCICIR DARIPADA PEKERJAAN DI TERENGGANU (MASTER_2025).pdf
person Nur Ain Mohd Zain
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=17440
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 17440 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=17440 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection1127683 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Applied Social Sciences Malay application/pdf 1.7 Public Access Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu 275 Dissertations, Academic Microsoft: Print To PDF Copyright©PWB2026 Thesis 2025-09-01 Nur Ain Mohd Zain Belia Tercicir Pekerjaan Pengangguran Belia Potensi Belia Indeks Belia Malaysia (IBM) Intervensi Pekerjaan Sosiodemografi Kajian Kes Kualitatif Pembangunan Ekonomi Lokal Pekerja Sosial Unemployment -- Malaysia -- Terengganu Youth -- Employment -- Malaysia -- Terengganu Social work with youth -- Malaysia Youth -- Malaysia -- Economic conditions Vocational guidance -- Malaysia Manpower policy -- Malaysia -- Terengganu Labor supply -- Malaysia -- Terengganu 2025_Potensi Belia Tercicir Daripada Pekerjaan di Terengganu Keciciran pekerjaan dalam kalangan belia merupakan isu utama yang menarik perhatian penyelidik, pembuat dasar dan masyarakat kerana ia memberi kesan ketara terhadap proses pembangunan. Situasi ini amat membimbangkan, terutamanya di negeri-negeri seperti Terengganu yang mencatat kadar pengangguran belia tertinggi di Zon Pantai Timur. Isu pengangguran belia yang berpanjangan tidak hanya memberi kesan negatif terhadap kestabilan sosial tetapi juga menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Justeru, kajian ini memberi fokus kepada potensi belia yang tercicir daripada pekerjaan di Terengganu, dengan matlamat untuk memahami faktor-faktor yang menyumbang kepada keciciran ini serta mencadangkan langkah intervensi yang sesuai. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sosiodemografi belia tercicir daripada pekerjaan, menjelaskan faktor yang menyebabkan belia tercicir daripada pekerjaan, mengkaji potensi yang terdapat dalam kalangan belia tercicir daripada pekerjaan serta membentuk intervensi bagi mengatasi isu tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes melalui Focus Group Discussion (FGD) dengan 40 informan belia tercicir pekerjaan di Terengganu. Kajian kes digunakan untuk meneroka isu dan memberikan gambaran mendalam mengenai pengalaman, cabaran dan potensi belia tercicir daripada pekerjaan. Persampelan bertujuan digunakan dalam pemilihan informan dan kriterianya termasuk tahap pendidikan, latar belakang ekonomi dan kawasan kediaman. Hasil kajian dianalisis dengan menggunakan perisian NVivo, yang memudahkan pengekodan serta pengenalpastian tema dan corak utama dalam kajian ini. Kajian mendapati belia yang mempunyai tahap pendidikan rendah, ekonomi keluarga yang lemah dan tinggal di luar bandar lebih cenderung tercicir daripada pekerjaan. Tiga faktor utama dikenal pasti: (1) peribadi seperti diskriminasi, kekurangan latihan, motivasi dan pencapaian akademik; (2) keluarga termasuk sokongan, pendidikan ibu bapa dan gaya hidup; serta (3) persekitaran seperti kekurangan kemudahan pengangkutan, lokasi tempat tinggal dan peluang pekerjaan yang terhad. Di samping itu, potensi belia dalam bidang kepimpinan, keusahawanan dan kemahiran dikenal pasti berdasarkan kerangka Indeks Belia Malaysia (IBM). Kajian ini mencadangkan pelaksanaan intervensi menyeluruh yang melibatkan kerjasama antara kerajaan negeri, agensi swasta dan institusi pendidikan. Antara bentuk intervensi yang dicadangkan termasuklah program latihan kemahiran, pendidikan teknikal dan vokasional (TVET), kerjasama strategik dengan pihak industri serta penyediaan bantuan kewangan dan peluang keusahawanan kepada belia berisiko tinggi. Secara praktikal, hasil kajian ini memberikan implikasi yang signifikan kepada pembuat dasar terutamanya Kerajaan Negeri Terengganu dan Kementerian Belia dan Sukan dalam merangka dasar pembangunan belia yang lebih responsif terhadap realiti lokal. Selain itu, penilaian terhadap potensi diri belia boleh dijadikan asas kepada penyediaan modul latihan dan pembangunan kerjaya bersasar oleh institusi latihan. Kajian ini turut menekankan peranan penting pekerja sosial dalam memperkasa belia, memulihkan fungsi sosial mereka serta menyumbang kepada kestabilan komuniti dan pembangunan ekonomi setempat. uuid:f832fc29-3a75-475b-8db0-7d9649a6ebd6 POTENSI BELIA TERCICIR DARIPADA PEKERJAAN DI TERENGGANU (MASTER_2025).pdf
spellingShingle 2025_Potensi Belia Tercicir Daripada Pekerjaan di Terengganu
state Terengganu
subject Dissertations, Academic
Unemployment -- Malaysia -- Terengganu
Youth -- Employment -- Malaysia -- Terengganu
Social work with youth -- Malaysia
Youth -- Malaysia -- Economic conditions
Vocational guidance -- Malaysia
Manpower policy -- Malaysia -- Terengganu
Labor supply -- Malaysia -- Terengganu
summary Keciciran pekerjaan dalam kalangan belia merupakan isu utama yang menarik perhatian penyelidik, pembuat dasar dan masyarakat kerana ia memberi kesan ketara terhadap proses pembangunan. Situasi ini amat membimbangkan, terutamanya di negeri-negeri seperti Terengganu yang mencatat kadar pengangguran belia tertinggi di Zon Pantai Timur. Isu pengangguran belia yang berpanjangan tidak hanya memberi kesan negatif terhadap kestabilan sosial tetapi juga menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Justeru, kajian ini memberi fokus kepada potensi belia yang tercicir daripada pekerjaan di Terengganu, dengan matlamat untuk memahami faktor-faktor yang menyumbang kepada keciciran ini serta mencadangkan langkah intervensi yang sesuai. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sosiodemografi belia tercicir daripada pekerjaan, menjelaskan faktor yang menyebabkan belia tercicir daripada pekerjaan, mengkaji potensi yang terdapat dalam kalangan belia tercicir daripada pekerjaan serta membentuk intervensi bagi mengatasi isu tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes melalui Focus Group Discussion (FGD) dengan 40 informan belia tercicir pekerjaan di Terengganu. Kajian kes digunakan untuk meneroka isu dan memberikan gambaran mendalam mengenai pengalaman, cabaran dan potensi belia tercicir daripada pekerjaan. Persampelan bertujuan digunakan dalam pemilihan informan dan kriterianya termasuk tahap pendidikan, latar belakang ekonomi dan kawasan kediaman. Hasil kajian dianalisis dengan menggunakan perisian NVivo, yang memudahkan pengekodan serta pengenalpastian tema dan corak utama dalam kajian ini. Kajian mendapati belia yang mempunyai tahap pendidikan rendah, ekonomi keluarga yang lemah dan tinggal di luar bandar lebih cenderung tercicir daripada pekerjaan. Tiga faktor utama dikenal pasti: (1) peribadi seperti diskriminasi, kekurangan latihan, motivasi dan pencapaian akademik; (2) keluarga termasuk sokongan, pendidikan ibu bapa dan gaya hidup; serta (3) persekitaran seperti kekurangan kemudahan pengangkutan, lokasi tempat tinggal dan peluang pekerjaan yang terhad. Di samping itu, potensi belia dalam bidang kepimpinan, keusahawanan dan kemahiran dikenal pasti berdasarkan kerangka Indeks Belia Malaysia (IBM). Kajian ini mencadangkan pelaksanaan intervensi menyeluruh yang melibatkan kerjasama antara kerajaan negeri, agensi swasta dan institusi pendidikan. Antara bentuk intervensi yang dicadangkan termasuklah program latihan kemahiran, pendidikan teknikal dan vokasional (TVET), kerjasama strategik dengan pihak industri serta penyediaan bantuan kewangan dan peluang keusahawanan kepada belia berisiko tinggi. Secara praktikal, hasil kajian ini memberikan implikasi yang signifikan kepada pembuat dasar terutamanya Kerajaan Negeri Terengganu dan Kementerian Belia dan Sukan dalam merangka dasar pembangunan belia yang lebih responsif terhadap realiti lokal. Selain itu, penilaian terhadap potensi diri belia boleh dijadikan asas kepada penyediaan modul latihan dan pembangunan kerjaya bersasar oleh institusi latihan. Kajian ini turut menekankan peranan penting pekerja sosial dalam memperkasa belia, memulihkan fungsi sosial mereka serta menyumbang kepada kestabilan komuniti dan pembangunan ekonomi setempat.
title 2025_Potensi Belia Tercicir Daripada Pekerjaan di Terengganu
title_full 2025_Potensi Belia Tercicir Daripada Pekerjaan di Terengganu
title_fullStr 2025_Potensi Belia Tercicir Daripada Pekerjaan di Terengganu
title_full_unstemmed 2025_Potensi Belia Tercicir Daripada Pekerjaan di Terengganu
title_short 2025_Potensi Belia Tercicir Daripada Pekerjaan di Terengganu
title_sort 2025_potensi belia tercicir daripada pekerjaan di terengganu