2025_Pendekatan dan Cabaran Aktivisme Mahasiswa Dalam Kelab Umno Siswa Malaysia Pasca PRU-14

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798354628280320
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection1127683
copyright Copyright©PWB2026
country Malaysia
date 2025-05-19
format General Document
id 17435
institution UniSZA
originalfilename PENDEKATAN DAN CABARAN AKTIVISME MAHASISWA DALAM KELAB UMNO SISWA MALAYSIA PASCA PRU-14 (MASTER_2025).pdf
person Muhammad Nadziruddin Embi
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=17435
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 17435 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=17435 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection1127683 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Applied Social Sciences Malay application/pdf 1.7 Public Access Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin Universiti Sultan Zainal Abidin 207 Dissertations, Academic Universiti Awam Microsoft® Word 2021 Copyright©PWB2026 Thesis 2025-05-19 Muhammad Nadziruddin Embi Aktivisme Mahasiswa Kelab UMNO Siswa Malaysia UMNO Perkaderan Politik Literasi Politik Pasca PRU-14 Kepimpinan Politik Fenomenologi Penyertaan Politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Political participation -- Malaysia College students -- Political activity -- Malaysia Student movements -- Malaysia Political parties -- Malaysia Leadership -- Political aspects -- Malaysia Malaysia -- Politics and government -- 21st century Political socialization -- Malaysia 2025_Pendekatan dan Cabaran Aktivisme Mahasiswa Dalam Kelab Umno Siswa Malaysia Pasca PRU-14 Setelah mengalami kekalahan dalam PRU-14 pada 2018, UMNO dilihat mula mengorak langkah dalam memperkasa usaha perkaderan politik dalam kalangan mahasiswa. Perhimpunan Agung UMNO pada 2019 telah bersetuju untuk menubuhkan Kelab UMNO Siswa Malaysia di hampir kesemua Universiti Awam (UA) bagi menggerakkan usaha perkaderan ke atas mahasiswa. Namun, terdapat beberapa permasalahan yang membelenggu usaha perkaderan ini antaranya adalah seperti tahap literasi politik mahasiswa yang masih tidak jelas sebelum menyertai kelab tersebut. Selain itu, faktor pendorong yang masih tidak jelas juga antara permasalahan yang menjadi cabaran buat UMNO dalam menentukan dan memilih pendekatan yang bersesuaian bagi mendekati golongan mahasiswa. Turut menjadi permasalahan yang difokuskan juga adalah sejauh mana jaminan ruang yang diberikan oleh UMNO buat mahasiswa. Ekoran permasalahan tersebut, kajian ini telah dilaksanakan dengan tiga objektif. Pertama, mengetahui perspektif mahasiswa terhadap perkembangan politik pasca PRU-14. Kedua, mengkaji kecenderungan mahasiswa untuk beraktivisme dalam UMNO dengan memperhalusi faktor pendorong yang akan membawa mereka kepada aktivisme Kelab UMNO Siswa Malaysia. Ketiga, menganalisis jaminan ruang dan peluang buat aktivis mahasiswa ini dalam usaha menempatkan diri mereka dalam tampuk kepimpinan parti pada masa akan datang. Kajian dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan pendekatan fenomenologi melalui teknik pengumpulan data seperti kajian lapangan, temu bual (FGD) dan penyertaan. Selain itu, hasil dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian QSR NVivo 12 bagi memastikan keabsahan dapatan kajian tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa mahasiswa mempunyai tahap literasi politik yang baik namun perlu diperkasakan lagi melalui ilmu pengetahuan yang mencakupi segala aspek kepimpinan khususnya terhadap sebarang isu dan permasalahan terkini yang melanda negara. Selain itu, dapat dirumuskan bahawa faktor pendorong terhadap mahasiswa untuk beraktivisme dengan UMNO adalah disebabkan oleh doktrin politik keluarga dan rakan sekeliling di kampus yang mencorakkan cara berfikir mereka selain daripada nilai perjuangan UMNO itu sendiri yang bersifat konservatif dan nasionalis demi memartabatkan bangsa Melayu dan kaum bumiputera secara amnya. Di samping itu, jaminan ruang dan peluang yang diberikan UMNO kepada golongan mahasiswa dalam mendapatkan kedudukan dalam parti bagi memastikan peluang untuk memimpin menjadi aspirasi utama mereka. Hasil kajian mendapati mahasiswa dalam Kelab UMNO Siswa Malaysia dapat memperkayakan diri dengan ilmu dan bakat kepimpinan sejak seawal penglibatan bersama kelab tersebut. Selain itu, UMNO telah lebih berani dalam menerima kritikan membina dan idea peremajaan parti daripada Kelab UMNO Siswa Malaysia ke arah menyuburkan demokrasi di negara ini seterusnya melahirkan lebih ramai lagi pelapis kepimpinan UMNO dalam kalangan mahasiswa. uuid:D7BB6195-5CFB-4FCC-ADCB-9BFE5A617AE7 PENDEKATAN DAN CABARAN AKTIVISME MAHASISWA DALAM KELAB UMNO SISWA MALAYSIA PASCA PRU-14 (MASTER_2025).pdf
spellingShingle 2025_Pendekatan dan Cabaran Aktivisme Mahasiswa Dalam Kelab Umno Siswa Malaysia Pasca PRU-14
state Terengganu
subject Dissertations, Academic
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Political participation -- Malaysia
College students -- Political activity -- Malaysia
Student movements -- Malaysia
Political parties -- Malaysia
Leadership -- Political aspects -- Malaysia
Malaysia -- Politics and government -- 21st century
Political socialization -- Malaysia
summary Setelah mengalami kekalahan dalam PRU-14 pada 2018, UMNO dilihat mula mengorak langkah dalam memperkasa usaha perkaderan politik dalam kalangan mahasiswa. Perhimpunan Agung UMNO pada 2019 telah bersetuju untuk menubuhkan Kelab UMNO Siswa Malaysia di hampir kesemua Universiti Awam (UA) bagi menggerakkan usaha perkaderan ke atas mahasiswa. Namun, terdapat beberapa permasalahan yang membelenggu usaha perkaderan ini antaranya adalah seperti tahap literasi politik mahasiswa yang masih tidak jelas sebelum menyertai kelab tersebut. Selain itu, faktor pendorong yang masih tidak jelas juga antara permasalahan yang menjadi cabaran buat UMNO dalam menentukan dan memilih pendekatan yang bersesuaian bagi mendekati golongan mahasiswa. Turut menjadi permasalahan yang difokuskan juga adalah sejauh mana jaminan ruang yang diberikan oleh UMNO buat mahasiswa. Ekoran permasalahan tersebut, kajian ini telah dilaksanakan dengan tiga objektif. Pertama, mengetahui perspektif mahasiswa terhadap perkembangan politik pasca PRU-14. Kedua, mengkaji kecenderungan mahasiswa untuk beraktivisme dalam UMNO dengan memperhalusi faktor pendorong yang akan membawa mereka kepada aktivisme Kelab UMNO Siswa Malaysia. Ketiga, menganalisis jaminan ruang dan peluang buat aktivis mahasiswa ini dalam usaha menempatkan diri mereka dalam tampuk kepimpinan parti pada masa akan datang. Kajian dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan pendekatan fenomenologi melalui teknik pengumpulan data seperti kajian lapangan, temu bual (FGD) dan penyertaan. Selain itu, hasil dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian QSR NVivo 12 bagi memastikan keabsahan dapatan kajian tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa mahasiswa mempunyai tahap literasi politik yang baik namun perlu diperkasakan lagi melalui ilmu pengetahuan yang mencakupi segala aspek kepimpinan khususnya terhadap sebarang isu dan permasalahan terkini yang melanda negara. Selain itu, dapat dirumuskan bahawa faktor pendorong terhadap mahasiswa untuk beraktivisme dengan UMNO adalah disebabkan oleh doktrin politik keluarga dan rakan sekeliling di kampus yang mencorakkan cara berfikir mereka selain daripada nilai perjuangan UMNO itu sendiri yang bersifat konservatif dan nasionalis demi memartabatkan bangsa Melayu dan kaum bumiputera secara amnya. Di samping itu, jaminan ruang dan peluang yang diberikan UMNO kepada golongan mahasiswa dalam mendapatkan kedudukan dalam parti bagi memastikan peluang untuk memimpin menjadi aspirasi utama mereka. Hasil kajian mendapati mahasiswa dalam Kelab UMNO Siswa Malaysia dapat memperkayakan diri dengan ilmu dan bakat kepimpinan sejak seawal penglibatan bersama kelab tersebut. Selain itu, UMNO telah lebih berani dalam menerima kritikan membina dan idea peremajaan parti daripada Kelab UMNO Siswa Malaysia ke arah menyuburkan demokrasi di negara ini seterusnya melahirkan lebih ramai lagi pelapis kepimpinan UMNO dalam kalangan mahasiswa.
title 2025_Pendekatan dan Cabaran Aktivisme Mahasiswa Dalam Kelab Umno Siswa Malaysia Pasca PRU-14
title_full 2025_Pendekatan dan Cabaran Aktivisme Mahasiswa Dalam Kelab Umno Siswa Malaysia Pasca PRU-14
title_fullStr 2025_Pendekatan dan Cabaran Aktivisme Mahasiswa Dalam Kelab Umno Siswa Malaysia Pasca PRU-14
title_full_unstemmed 2025_Pendekatan dan Cabaran Aktivisme Mahasiswa Dalam Kelab Umno Siswa Malaysia Pasca PRU-14
title_short 2025_Pendekatan dan Cabaran Aktivisme Mahasiswa Dalam Kelab Umno Siswa Malaysia Pasca PRU-14
title_sort 2025_pendekatan dan cabaran aktivisme mahasiswa dalam kelab umno siswa malaysia pasca pru-14