2025_Penghujahan Qiyās Dalam Perbahasan Akidah Ketuhanan Kitab Jawi Terpilih

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798351204679680
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3
copyright Copyright©PWB2026
country Malaysia
date 2025-04-17
format General Document
id 17421
institution UniSZA
originalfilename PENGHUJAHAN QIYAS DALAM PERBAHASAN AKIDAH KETUHANAN KITAB JAWI TERPILIH (MASTER_2025).pdf
person Ahmad Hafiz Ali Makdom
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=17421
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 17421 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=17421 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Islamic Contemporary Studies Malay application/pdf 1.5 Microsoft® Word 2013 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin 294 Dissertations, Academic 2025_Penghujahan Qiyās Dalam Perbahasan Akidah Ketuhanan Kitab Jawi Terpilih 2025-04-17 uuid:9c14e1f2-1191-4f5c-b2e9-761efd616a5e PENGHUJAHAN QIYAS DALAM PERBAHASAN AKIDAH KETUHANAN KITAB JAWI TERPILIH (MASTER_2025).pdf Copyright©PWB2026 Akidah Ketuhanan Sifat Dua Puluh Mantik (Logik Islam) Al-Qiyās (Silogisme) Kitab Jawi Farīdah al-Farā’id Al-Durr al-Thamīn Alam Melayu Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah Qiyās al-iqtirānī Qiyās al-istithnā’ī Salafiyyah God (Islam) -- Attributes Islamic theology -- Malay Archipelago Logic -- Religious aspects -- Islam Syllogism Islam -- Doctrines -- History Jawi manuscripts Sunnites -- Doctrines Islamic philosophy -- Malay Archipelago Kelompok Salafiyyah telah menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat awam terhadap pengajian tauhid yang berteraskan kepada Sifat Dua Puluh serta kaedah penghujahannya. Ini menyebabkan mereka ragu-ragu untuk mendalaminya sedangkan pengajian dengan penghujahan tersebut sudah bertapak lama di alam Melayu. Selain itu, penghujahan mantik yang dibawa oleh para ulama alam Melayu tidak jelas dan sistematik kerana penulisannya yang dibuat secara bersambung tanpa noktah dan perenggan. Meskipun karya jawi akidah seperti Farīdah al-Farā’id dan al-Durr al-Thamīn sudah dikaji namun masih tidak menyentuh secara menyeluruh qiyās yang diaplikasikan dalam penghujahan setiap sifat Allah SWT. Ini menyebabkan para pelajar yang mempelajari mantik tidak boleh mengaplikasikannya dengan sebaik mungkin kerana tiada penjelasan berkaitan dengannya. Selain itu, kenyataan yang menyatakan bahawa karya jawi akidah terpengaruh dengan Umm al-Barāhīn belum dapat dibuktikan melalui kajian khusus terutama penghujahan qiyās. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji perkembangan penulisan karya-karya akidah yang menggunakan penghujahan mantik di alam Melayu untuk membuktikan kerelevanan pengajian Sifat Dua Puluh serta penghujahannya. Selain itu, mengkaji penghujahan mantik yang diaplikasikan oleh pengarang karya jawi terpilih di alam Melayu dalam perbahasan akidah ketuhanan. Seterusnya, kajian ini juga dijalankan untuk menganalisis penghujahan mantik yang diaplikasikan oleh para ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah dengan penghujahan mantik yang digunakan oleh pengarang karya-karya jawi terpilih yang ditulis oleh ulama alam Melayu ketika membahaskan akidah ketuhanan. Kajian ini mengambil pendekatan reka bentuk kualitatif dengan kutipan data dokumentasi menerusi rujukan primer dan sekunder dalam bidang akidah dan mantik. Analisis data dilaksanakan berdasarkan kaedah induktif, deduktif dan komparatif untuk menghasilkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa alam Melayu sudah sekian lama berakidah dengan manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah yang dapat dibuktikan melalui perbahasan Sifat Dua Puluh menerusi karya jawi serta penghujahan mantik yang digunakan. Kajian juga mendapati bahawa kedua-dua orang tokoh tersebut secara khususnya telah mengaplikasikan penghujahan mantik secara meluas dalam akidah menerusi kaedah qiyās al-iqtirānī dan qiyās al-istithnā’ī pada akidah ketuhanan. Selain itu, kajian ini juga membuktikan bahawa legasi ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah dalam penghujahan mantik ketika membahaskan bab ketuhanan mempunyai kesinambungan kerana penggunaan qiyās yang digunakan hampir sama merangkumi qiyās al-iqtirānī dan qiyās al-istithnā’ī. Namun begitu, bukan semua huraian qiyās tersebut sama pada setiap sifat-sifat Allah SWT bahkan terdapat perbezaan antara satu sama lain yang menunjukkan keunikan berhujah ketika mengaplikasikan penghujahan mantik. Ini memberi kefahaman yang jelas bahawa para ulama yang berakidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah menerima penghujahan mantik dalam akidah ketuhanan. Kajian ini berjaya menghasilkan huraian terhadap penghujahan mantik yang diaplikasikan oleh para ulama alam Melayu dalam karya-karya Jawi yang terpilih melalui penggunaan al-qiyās. Kajian ini juga dapat membantu umat Islam untuk mengenali jenis al-qiyās yang digunakan dengan jelas ketika menyatakan dalil dalam akidah ketuhanan. Ahmad Hafiz Ali Makdom Thesis
spellingShingle 2025_Penghujahan Qiyās Dalam Perbahasan Akidah Ketuhanan Kitab Jawi Terpilih
state Terengganu
subject Dissertations, Academic
God (Islam) -- Attributes
Islamic theology -- Malay Archipelago
Logic -- Religious aspects -- Islam
Syllogism
Islam -- Doctrines -- History
Jawi manuscripts
Sunnites -- Doctrines
Islamic philosophy -- Malay Archipelago
summary Kelompok Salafiyyah telah menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat awam terhadap pengajian tauhid yang berteraskan kepada Sifat Dua Puluh serta kaedah penghujahannya. Ini menyebabkan mereka ragu-ragu untuk mendalaminya sedangkan pengajian dengan penghujahan tersebut sudah bertapak lama di alam Melayu. Selain itu, penghujahan mantik yang dibawa oleh para ulama alam Melayu tidak jelas dan sistematik kerana penulisannya yang dibuat secara bersambung tanpa noktah dan perenggan. Meskipun karya jawi akidah seperti Farīdah al-Farā’id dan al-Durr al-Thamīn sudah dikaji namun masih tidak menyentuh secara menyeluruh qiyās yang diaplikasikan dalam penghujahan setiap sifat Allah SWT. Ini menyebabkan para pelajar yang mempelajari mantik tidak boleh mengaplikasikannya dengan sebaik mungkin kerana tiada penjelasan berkaitan dengannya. Selain itu, kenyataan yang menyatakan bahawa karya jawi akidah terpengaruh dengan Umm al-Barāhīn belum dapat dibuktikan melalui kajian khusus terutama penghujahan qiyās. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji perkembangan penulisan karya-karya akidah yang menggunakan penghujahan mantik di alam Melayu untuk membuktikan kerelevanan pengajian Sifat Dua Puluh serta penghujahannya. Selain itu, mengkaji penghujahan mantik yang diaplikasikan oleh pengarang karya jawi terpilih di alam Melayu dalam perbahasan akidah ketuhanan. Seterusnya, kajian ini juga dijalankan untuk menganalisis penghujahan mantik yang diaplikasikan oleh para ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah dengan penghujahan mantik yang digunakan oleh pengarang karya-karya jawi terpilih yang ditulis oleh ulama alam Melayu ketika membahaskan akidah ketuhanan. Kajian ini mengambil pendekatan reka bentuk kualitatif dengan kutipan data dokumentasi menerusi rujukan primer dan sekunder dalam bidang akidah dan mantik. Analisis data dilaksanakan berdasarkan kaedah induktif, deduktif dan komparatif untuk menghasilkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa alam Melayu sudah sekian lama berakidah dengan manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah yang dapat dibuktikan melalui perbahasan Sifat Dua Puluh menerusi karya jawi serta penghujahan mantik yang digunakan. Kajian juga mendapati bahawa kedua-dua orang tokoh tersebut secara khususnya telah mengaplikasikan penghujahan mantik secara meluas dalam akidah menerusi kaedah qiyās al-iqtirānī dan qiyās al-istithnā’ī pada akidah ketuhanan. Selain itu, kajian ini juga membuktikan bahawa legasi ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah dalam penghujahan mantik ketika membahaskan bab ketuhanan mempunyai kesinambungan kerana penggunaan qiyās yang digunakan hampir sama merangkumi qiyās al-iqtirānī dan qiyās al-istithnā’ī. Namun begitu, bukan semua huraian qiyās tersebut sama pada setiap sifat-sifat Allah SWT bahkan terdapat perbezaan antara satu sama lain yang menunjukkan keunikan berhujah ketika mengaplikasikan penghujahan mantik. Ini memberi kefahaman yang jelas bahawa para ulama yang berakidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah menerima penghujahan mantik dalam akidah ketuhanan. Kajian ini berjaya menghasilkan huraian terhadap penghujahan mantik yang diaplikasikan oleh para ulama alam Melayu dalam karya-karya Jawi yang terpilih melalui penggunaan al-qiyās. Kajian ini juga dapat membantu umat Islam untuk mengenali jenis al-qiyās yang digunakan dengan jelas ketika menyatakan dalil dalam akidah ketuhanan.
title 2025_Penghujahan Qiyās Dalam Perbahasan Akidah Ketuhanan Kitab Jawi Terpilih
title_full 2025_Penghujahan Qiyās Dalam Perbahasan Akidah Ketuhanan Kitab Jawi Terpilih
title_fullStr 2025_Penghujahan Qiyās Dalam Perbahasan Akidah Ketuhanan Kitab Jawi Terpilih
title_full_unstemmed 2025_Penghujahan Qiyās Dalam Perbahasan Akidah Ketuhanan Kitab Jawi Terpilih
title_short 2025_Penghujahan Qiyās Dalam Perbahasan Akidah Ketuhanan Kitab Jawi Terpilih
title_sort 2025_penghujahan qiyās dalam perbahasan akidah ketuhanan kitab jawi terpilih