2026_Tahap Pengajaran Al-Quran di Sekolah Rendah Negeri Terengganu

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798349789102080
building INTELEK Repository
caption Program Ph.D Pendidikan Islam, UniSZA
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3
copyright Copyright©PWB2026
country Malaysia
date 2024-09-18
format General Document
id 17416
institution UniSZA
originalfilename PENGARUH KOMPETENSI GURU BERASASKAN STANDARD GURU MALAYSIA 2.0 DAN STANDARD PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN TERHADAP AMALAN PENGAJARAN AL-QURAN DI SEKOLAH RENDAH TERENGGANU.pdf
person Azarul Razamin Mat Said
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=17416
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 17416 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=17416 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Islamic Contemporary Studies Malay application/pdf 1.7 Microsoft® Word 2019 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin Sekolah Rendah Teachers—Professional ethics Guru Pendidikan Islam Dissertations, Academic Pendidikan Islam Kompetensi Guru Curriculum planning—Malaysia Copyright©PWB2026 2024-09-18 Azarul Razamin Mat Said Standard Guru Malaysia 2.0 (SGM 2.0) Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pengajaran Al-Quran Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) Kompetensi Profesional Guru Model Persamaan Berstruktur (SEM) Islamic Religious Education—Malaysia Primary School Teachers—Malaysia Teaching—Standards—Malaysia Islamic Education—Malaysia Teacher Effectiveness—Malaysia Qurʼan—Study and Teaching—Malaysia Seseorang pekerja yang memiliki kompetensi dalam pekerjaan dapat mencapai tahap prestasi yang sangat baik dalam menyelesaikan tugas atau menghadapi situasi tertentu. Selari dengan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 sebagai kompetensi dan etika kerja guru. KPM turut memperkenalkan standard keempat dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) iaitu Standard Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sebagai usaha membantu guru menyampaikan pengajaran secara terancang dan berkualiti. Namun, laporan KPM menunjukkan sejumlah 2,693 murid Tahun 6 di sekolah rendah negeri Terengganu pada tahun 2019 belum dapat membaca al-Quran dan masih membaca buku Iqra’. Prestasi yang lemah ini dikaitkan dengan tahap rendah kompetensi dan peranan guru yang lemah dalam PdPc. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengukur pengaruh kompetensi guru berasaskan SGM 2.0 dan kesan mediator aplikasi PdPc terhadap amalan pengajaran al-Quran dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah kajian. Kajian ini melibatkan 322 sampel yang dipilih secara rawak berstrata daripada populasi 2,178 orang GPI di sekolah rendah negeri Terengganu. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang diadaptasi daripada SGM 2.0, SKPMg2, PIPPK dan instrumen dalam kajian lepas. Penganalisisan data menggunakan statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan peratus, manakala statistik inferens yang digunakan termasuk ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi Pearson, ujian regresi dan analisis laluan pada Model Persamaan Berstruktur (SEM) konstruk mediator. Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi, PdPc dan amalan pengajaran al-Quran dalam kalangan GPI di sekolah kajian berada pada tahap cemerlang. Ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan pengajaran al-Quran dalam kalangan GPI berdasarkan jantina dan kategori sekolah. Hasil ujian ANOVA sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan pengajaran al-Quran berdasarkan kelulusan akademik dan kelayakan ikhtisas GPI, namun terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan umur dan pengalaman bekerja. Hasil ujian Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi guru dengan amalan pengajaran al-Quran, manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aspek umur dan pengalaman mengajar GPI dengan amalan pengajaran al-Quran. Hasil ujian regresi menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan oleh kompetensi guru terhadap amalan pengajaran al-Quran. Analisis laluan pada model SEM menunjukkan bahawa terdapat kesan mediator yang signifikan standard PdPc terhadap hubungan tidak langsung antara kompetensi guru dan amalan pengajaran al-Quran. Kajian ini mempunyai implikasi penting kepada aspek teori dan praktikal, iaitu dari sudut teori GPI berperanan membangunkan kompetensi diri bagi meningkatkan amalan pengajaran di bilik darjah, manakala dari sudut praktikal kajian ini menjadi rujukan kepada GPI dalam merancang pengajaran al-Quran secara berkesan. Justeru, satu kerangka model telah dibentuk yang menggambarkan pengaruh kompetensi guru berasaskan SGM 2.0 dan kesan mediator aplikasi PdPc terhadap amalan pengajaran al-Quran, yang boleh dijadikan panduan oleh GPI di sekolah rendah KPM negeri Terengganu bagi meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran al-Quran melalui penguasaan kompetensi berasaskan SGM 2.0 dan aplikasi PdPc yang berkesan. uuid:818E384B-E463-475C-84F1-E891DC8FB429 Program Ph.D Pendidikan Islam, UniSZA 596 2026_Tahap Pengajaran Al-Quran di Sekolah Rendah Negeri Terengganu PENGARUH KOMPETENSI GURU BERASASKAN STANDARD GURU MALAYSIA 2.0 DAN STANDARD PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN TERHADAP AMALAN PENGAJARAN AL-QURAN DI SEKOLAH RENDAH TERENGGANU.pdf Teaching—Religious aspects Thesis
spellingShingle 2026_Tahap Pengajaran Al-Quran di Sekolah Rendah Negeri Terengganu
state Terengganu
subject Teachers—Professional ethics
Dissertations, Academic
Curriculum planning—Malaysia
Islamic Religious Education—Malaysia
Primary School Teachers—Malaysia
Teaching—Standards—Malaysia
Islamic Education—Malaysia
Teacher Effectiveness—Malaysia
Qurʼan—Study and Teaching—Malaysia
Teaching—Religious aspects
summary Seseorang pekerja yang memiliki kompetensi dalam pekerjaan dapat mencapai tahap prestasi yang sangat baik dalam menyelesaikan tugas atau menghadapi situasi tertentu. Selari dengan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 sebagai kompetensi dan etika kerja guru. KPM turut memperkenalkan standard keempat dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) iaitu Standard Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sebagai usaha membantu guru menyampaikan pengajaran secara terancang dan berkualiti. Namun, laporan KPM menunjukkan sejumlah 2,693 murid Tahun 6 di sekolah rendah negeri Terengganu pada tahun 2019 belum dapat membaca al-Quran dan masih membaca buku Iqra’. Prestasi yang lemah ini dikaitkan dengan tahap rendah kompetensi dan peranan guru yang lemah dalam PdPc. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengukur pengaruh kompetensi guru berasaskan SGM 2.0 dan kesan mediator aplikasi PdPc terhadap amalan pengajaran al-Quran dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah kajian. Kajian ini melibatkan 322 sampel yang dipilih secara rawak berstrata daripada populasi 2,178 orang GPI di sekolah rendah negeri Terengganu. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang diadaptasi daripada SGM 2.0, SKPMg2, PIPPK dan instrumen dalam kajian lepas. Penganalisisan data menggunakan statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan peratus, manakala statistik inferens yang digunakan termasuk ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi Pearson, ujian regresi dan analisis laluan pada Model Persamaan Berstruktur (SEM) konstruk mediator. Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi, PdPc dan amalan pengajaran al-Quran dalam kalangan GPI di sekolah kajian berada pada tahap cemerlang. Ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan pengajaran al-Quran dalam kalangan GPI berdasarkan jantina dan kategori sekolah. Hasil ujian ANOVA sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan pengajaran al-Quran berdasarkan kelulusan akademik dan kelayakan ikhtisas GPI, namun terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan umur dan pengalaman bekerja. Hasil ujian Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi guru dengan amalan pengajaran al-Quran, manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aspek umur dan pengalaman mengajar GPI dengan amalan pengajaran al-Quran. Hasil ujian regresi menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan oleh kompetensi guru terhadap amalan pengajaran al-Quran. Analisis laluan pada model SEM menunjukkan bahawa terdapat kesan mediator yang signifikan standard PdPc terhadap hubungan tidak langsung antara kompetensi guru dan amalan pengajaran al-Quran. Kajian ini mempunyai implikasi penting kepada aspek teori dan praktikal, iaitu dari sudut teori GPI berperanan membangunkan kompetensi diri bagi meningkatkan amalan pengajaran di bilik darjah, manakala dari sudut praktikal kajian ini menjadi rujukan kepada GPI dalam merancang pengajaran al-Quran secara berkesan. Justeru, satu kerangka model telah dibentuk yang menggambarkan pengaruh kompetensi guru berasaskan SGM 2.0 dan kesan mediator aplikasi PdPc terhadap amalan pengajaran al-Quran, yang boleh dijadikan panduan oleh GPI di sekolah rendah KPM negeri Terengganu bagi meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran al-Quran melalui penguasaan kompetensi berasaskan SGM 2.0 dan aplikasi PdPc yang berkesan.
title 2026_Tahap Pengajaran Al-Quran di Sekolah Rendah Negeri Terengganu
title_full 2026_Tahap Pengajaran Al-Quran di Sekolah Rendah Negeri Terengganu
title_fullStr 2026_Tahap Pengajaran Al-Quran di Sekolah Rendah Negeri Terengganu
title_full_unstemmed 2026_Tahap Pengajaran Al-Quran di Sekolah Rendah Negeri Terengganu
title_short 2026_Tahap Pengajaran Al-Quran di Sekolah Rendah Negeri Terengganu
title_sort 2026_tahap pengajaran al-quran di sekolah rendah negeri terengganu