2025_Reka Bentuk Dan Pembangunan Modul Infografik Pembelajaran Fleksi Bahasa Arab Dalam Al-Quran

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798346302586880
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3
copyright Copyright©PWB2025
country Malaysia
date 2025-01-21
format General Document
id 17398
institution UniSZA
originalfilename 17398_83861fa08904830.pdf
person Khadijah Yusop
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=17398
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 17398 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=17398 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Languages & Communication Malay application/pdf 1.7 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin Copyright©PWB2025 Teaching—Aids and devices 238 Educational innovations Dissertations, Academic Qurʼan—Language, style Microsoft® Word 2021 Infographic-based learning Infographics—Educational applications 2025-01-21 Khadijah Yusop Arabic grammar (I‘rab) Arabic inflection (Fleksi bahasa Arab) Quranic grammar Arabic language teaching Instructional module development Design and Development Research Fuzzy Delphi Method Higher education Arabic studies Educational innovation Arabic language—Grammar Arabic language—Inflection Qurʼan—Grammar Instructional materials—Design Arabic language—Study and teaching (Higher) 2025_Reka Bentuk Dan Pembangunan Modul Infografik Pembelajaran Fleksi Bahasa Arab Dalam Al-Quran uuid:C24D4DE8-050B-4C0A-89A3-C9002DBB060D 17398_83861fa08904830.pdf Fleksi atau i‘rab merupakan cabang ilmu tatabahasa yang menjadikan bahasa Arab unik namun kompleks untuk dipelajari. Hal ini kerana penyampaian maklumat dalam kitab-kitab yang sering digunakan bagi pembelajaran fleksi bahasa Arab sukar difahami. Sehubungan itu, seiring perkembangan teknologi kini, pengkaji menghasilkan suatu inovasi dalam pembelajaran fleksi bahasa Arab melalui pembangunan modul Infografik Fleksi al-Quran, i-FleQ. Pembangunan modul ini bertujuan membantu para pelajar menguasai ilmu fleksi bahasa Arab dengan lebih mudah menerusi penggunaan infografik dalam bahan pembelajaran. Kandungan modul memfokuskan fleksi bagi 19 surah daripada Juzu’ 30 al-Quran dan ditampilkan dalam bentuk infografik yang menarik. Selain itu, pengkaji juga memilih kitab “I‘rab al-Quran al-Karim” sebagai rujukan utama bagi menentukan fleksi setiap perkataan dalam ayat al-Quran dengan tepat. Pembangunan modul ini didasari oleh pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan serta gabungan beberapa model dan teori, iaitu Model Diskrepansi (1987), Model Pembinaan Modul Sidek (2005), Infographic Design Model (2015) dan Teori Konstruktivisme (1952). Seterusnya, kajian yang dilaksanakan telah melalui dua fasa, iaitu fasa analisis keperluan dan fasa reka bentuk serta pembangunan. Fasa analisis keperluan bertujuan mengenal pasti keperluan pembinaan modul berdasarkan pandangan pelajar dengan menggunakan soal selidik dalam talian sebagai instrumen. Dapatan soal selidik yang diperoleh daripada 148 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) Pengajian Bahasa Arab UniSZA dianalisis menerusi perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk mendapatkan skor min dan peratus. Fasa kedua, iaitu fasa reka bentuk dan pembangunan pula merangkumi proses untuk mendapatkan kesepakatan daripada 10 orang pakar terhadap item dan komponen modul yang dinilai berdasarkan kaedah Fuzzy Delphi. Dapatan kajian pada fasa analisis keperluan telah menyokong keperluan pembangunan modul i-FleQ. Interpretasi data menunjukkan nota yang dikongsi oleh pensyarah, bahan internet dan ringkasan bergrafik merupakan antara bahan pembelajaran yang paling banyak digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran fleksi bahasa Arab. Dari segi permasalahan dalam pembelajaran, majoriti pelajar kurang berminat untuk mempelajari fleksi bahasa Arab kerana mereka mempelajari ilmu ini hanya untuk memenuhi syarat yang ditetapkan di institut pengajian. Mereka juga menyatakan wujudnya masalah ketiadaan bahan pembelajaran fleksi bahasa Arab yang lengkap. Selain itu, dari segi keperluan mempraktikkan modul infografik dalam pembelajaran fleksi bahasa Arab, majoriti pelajar bersetuju bahawa infografik meningkatkan kreativiti berfikir dan membantu mereka mengingati konsep pembelajaran fleksi bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Selain itu, dapatan fasa reka bentuk dan pembangunan pula menyatakan kesepakatan pakar terhadap item-item yang dicadangkan dalam komponen utama modul. Komponen utama tersebut merangkumi objektif, isi kandungan, reka bentuk, aktiviti pembelajaran dan penilaian modul. Modul i-FleQ dapat dimanfaatkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran fleksi bahasa Arab bagi para pelajar, guru, pensyarah dan orang awam. Modul ini boleh membantu pelajar menguasai ilmu fleksi bahasa Arab dengan baik dan menjadi panduan bagi memahami makna ayat al-Quran berdasarkan ilmu fleksi bahasa Arab. Thesis
spellingShingle 2025_Reka Bentuk Dan Pembangunan Modul Infografik Pembelajaran Fleksi Bahasa Arab Dalam Al-Quran
state Terengganu
subject Teaching—Aids and devices
Educational innovations
Dissertations, Academic
Qurʼan—Language, style
Infographics—Educational applications
Arabic language—Grammar
Arabic language—Inflection
Qurʼan—Grammar
Instructional materials—Design
Arabic language—Study and teaching (Higher)
summary Fleksi atau i‘rab merupakan cabang ilmu tatabahasa yang menjadikan bahasa Arab unik namun kompleks untuk dipelajari. Hal ini kerana penyampaian maklumat dalam kitab-kitab yang sering digunakan bagi pembelajaran fleksi bahasa Arab sukar difahami. Sehubungan itu, seiring perkembangan teknologi kini, pengkaji menghasilkan suatu inovasi dalam pembelajaran fleksi bahasa Arab melalui pembangunan modul Infografik Fleksi al-Quran, i-FleQ. Pembangunan modul ini bertujuan membantu para pelajar menguasai ilmu fleksi bahasa Arab dengan lebih mudah menerusi penggunaan infografik dalam bahan pembelajaran. Kandungan modul memfokuskan fleksi bagi 19 surah daripada Juzu’ 30 al-Quran dan ditampilkan dalam bentuk infografik yang menarik. Selain itu, pengkaji juga memilih kitab “I‘rab al-Quran al-Karim” sebagai rujukan utama bagi menentukan fleksi setiap perkataan dalam ayat al-Quran dengan tepat. Pembangunan modul ini didasari oleh pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan serta gabungan beberapa model dan teori, iaitu Model Diskrepansi (1987), Model Pembinaan Modul Sidek (2005), Infographic Design Model (2015) dan Teori Konstruktivisme (1952). Seterusnya, kajian yang dilaksanakan telah melalui dua fasa, iaitu fasa analisis keperluan dan fasa reka bentuk serta pembangunan. Fasa analisis keperluan bertujuan mengenal pasti keperluan pembinaan modul berdasarkan pandangan pelajar dengan menggunakan soal selidik dalam talian sebagai instrumen. Dapatan soal selidik yang diperoleh daripada 148 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) Pengajian Bahasa Arab UniSZA dianalisis menerusi perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk mendapatkan skor min dan peratus. Fasa kedua, iaitu fasa reka bentuk dan pembangunan pula merangkumi proses untuk mendapatkan kesepakatan daripada 10 orang pakar terhadap item dan komponen modul yang dinilai berdasarkan kaedah Fuzzy Delphi. Dapatan kajian pada fasa analisis keperluan telah menyokong keperluan pembangunan modul i-FleQ. Interpretasi data menunjukkan nota yang dikongsi oleh pensyarah, bahan internet dan ringkasan bergrafik merupakan antara bahan pembelajaran yang paling banyak digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran fleksi bahasa Arab. Dari segi permasalahan dalam pembelajaran, majoriti pelajar kurang berminat untuk mempelajari fleksi bahasa Arab kerana mereka mempelajari ilmu ini hanya untuk memenuhi syarat yang ditetapkan di institut pengajian. Mereka juga menyatakan wujudnya masalah ketiadaan bahan pembelajaran fleksi bahasa Arab yang lengkap. Selain itu, dari segi keperluan mempraktikkan modul infografik dalam pembelajaran fleksi bahasa Arab, majoriti pelajar bersetuju bahawa infografik meningkatkan kreativiti berfikir dan membantu mereka mengingati konsep pembelajaran fleksi bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Selain itu, dapatan fasa reka bentuk dan pembangunan pula menyatakan kesepakatan pakar terhadap item-item yang dicadangkan dalam komponen utama modul. Komponen utama tersebut merangkumi objektif, isi kandungan, reka bentuk, aktiviti pembelajaran dan penilaian modul. Modul i-FleQ dapat dimanfaatkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran fleksi bahasa Arab bagi para pelajar, guru, pensyarah dan orang awam. Modul ini boleh membantu pelajar menguasai ilmu fleksi bahasa Arab dengan baik dan menjadi panduan bagi memahami makna ayat al-Quran berdasarkan ilmu fleksi bahasa Arab.
title 2025_Reka Bentuk Dan Pembangunan Modul Infografik Pembelajaran Fleksi Bahasa Arab Dalam Al-Quran
title_full 2025_Reka Bentuk Dan Pembangunan Modul Infografik Pembelajaran Fleksi Bahasa Arab Dalam Al-Quran
title_fullStr 2025_Reka Bentuk Dan Pembangunan Modul Infografik Pembelajaran Fleksi Bahasa Arab Dalam Al-Quran
title_full_unstemmed 2025_Reka Bentuk Dan Pembangunan Modul Infografik Pembelajaran Fleksi Bahasa Arab Dalam Al-Quran
title_short 2025_Reka Bentuk Dan Pembangunan Modul Infografik Pembelajaran Fleksi Bahasa Arab Dalam Al-Quran
title_sort 2025_reka bentuk dan pembangunan modul infografik pembelajaran fleksi bahasa arab dalam al-quran