2025_Peranan Pendekatan Sifat 20 Dalam Pembentukan Masyarakat Islam Harmoni Di Malaysia

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798327854989312
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3
copyright Copyright©PWB2025
country Malaysia
date 2025-04-21 12:34
format General Document
id 17225
institution UniSZA
originalfilename PERANAN PENDEKATAN SIFAT 20 DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM HARMONI DI MALAYSIA (MASTER_2025).pdf
person Nurul Husna Binti Mohd Pidrus
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=17225
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 17225 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=17225 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Islamic Contemporary Studies Malay application/pdf 1.7 Malaysia Microsoft® Word 2019 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Library Access Universiti Sultan Zainal Abidin Copyright©PWB2025 238 Islamic philosophy—Malaysia Dissertations, Academic Moral education—Malaysia Islamic ethics—Malaysia Nurul Husna Binti Mohd Pidrus Sifat 20 Pembentukan Masyarakat Islam Pendekatan Sifat 20 yang merangkumi sifat nafsiyyaṯ, salbiyyaṯ, ma‘ānī dan ma‘nawiyyaṯ telah dipelopori oleh al-Sanusi (m.895H) dalam kitabnya Umm al- Barāhīn. Pendekatan ini merupakan sebahagian daripada manhaj Ahl al-Sunnaṯ wa al- Jamā‘aṯ yang telah lama diamalkan oleh masyarakat Islam dalam mengenal Allah SWT melalui dalil naqlī dan‘aqlī. Namun, terdapat sebahagian masyarakat Islam yang mengkritik atau menolak pendekatan ini, sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap iktikad yang benar mengenai Allah SWT. Kemunculan pelbagai kumpulan dengan pendekatan ifrāṭ dan tafrīṭ dalam mengisbatkan sifat Allah SWT telah mempengaruhi masyarakat, sehingga menimbulkan keraguan terhadap pendekatan Sifat 20. Keharmonian masyarakat turut terjejas kesan daripada pengaruh terhadap ideologi kumpulan ini sehingga menggugat keharmonian sejagat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan Sifat 20 mengikut pegangan Ahl al-Sunnaṯ wa al-Jamā‘aṯ yang memberi kesan terhadap keharmonian dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian keperpustakaan. Data diperoleh melalui metode dokumentasi, pensejarahan dan temu bual separa berstruktur. Manakala analisis data bagi kaedah temu bual menggunakan analisis tematik serta analisis kandungan digunakan bagi kaedah dokumentasi dan pensejarahan untuk menghasilkan dapatan kajian. Begitu juga perisian Atlas.ti 22 digunakan untuk membentuk tema dan sub tema kajian. Kajian ini mendapati Ahl al-Sunnaṯ wa al-Jamā‘aṯ dalam membincangkan akidah ketuhanan melalui pendekatan Sifat 20 secara wasaṭīyyaṯ dapat menjamin keharmonian masyarakat Islam. Selain itu, pendekatan Sifat 20 dapat menghasilkan pegangan akidah yang benar sekali gus membentuk keyakinan kepada Allah SWT. Begitu juga, dengan mengikut kepada satu manhaj Ahl al-Sunnaṯ wa al-Jamā‘aṯ dapat menghasilkan keharmonian disebabkan adanya keselarasan dalam satu pegangan. Kajian ini memberikan sumbangan penting kepada masyarakat Islam dalam usaha memperkukuh pembelajaran ilmu akidah dan meningkatkan keyakinan terhadap manhaj Ahl al-Sunnaṯ wa al-Jamā‘aṯ. Dalam pada itu, kajian ini menyentuh satu pendekatan akidah majoriti umat Islam yang dapat menzahirkan kelebihannya untuk mewujudkan masyarakat Islam yang harmoni dan bebas daripada fahaman ekstrem. Begitu juga, peranan pemimpin dan institusi agama untuk berpegang teguh kepada akidah yang benar amat penting kerana mereka berfungsi sebagai rujukan utama bagi masyarakat Islam. 2025-04-21 12:34 uuid:7ED6FD60-D5F6-46AE-9A16-5596BE1AFC0E PERANAN PENDEKATAN SIFAT 20 DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM HARMONI DI MALAYSIA (MASTER_2025).pdf 2025_Peranan Pendekatan Sifat 20 Dalam Pembentukan Masyarakat Islam Harmoni Di Malaysia Islam—Malaysia—Social life and customs Malaysia — Social conditions God (Islam) — Name God (Islam) — Attributes Thesis
spellingShingle 2025_Peranan Pendekatan Sifat 20 Dalam Pembentukan Masyarakat Islam Harmoni Di Malaysia
state Terengganu
subject Islamic philosophy—Malaysia
Dissertations, Academic
Moral education—Malaysia
Islamic ethics—Malaysia
Islam—Malaysia—Social life and customs
Malaysia — Social conditions
God (Islam) — Name
God (Islam) — Attributes
summary Pendekatan Sifat 20 yang merangkumi sifat nafsiyyaṯ, salbiyyaṯ, ma‘ānī dan ma‘nawiyyaṯ telah dipelopori oleh al-Sanusi (m.895H) dalam kitabnya Umm al- Barāhīn. Pendekatan ini merupakan sebahagian daripada manhaj Ahl al-Sunnaṯ wa al- Jamā‘aṯ yang telah lama diamalkan oleh masyarakat Islam dalam mengenal Allah SWT melalui dalil naqlī dan‘aqlī. Namun, terdapat sebahagian masyarakat Islam yang mengkritik atau menolak pendekatan ini, sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap iktikad yang benar mengenai Allah SWT. Kemunculan pelbagai kumpulan dengan pendekatan ifrāṭ dan tafrīṭ dalam mengisbatkan sifat Allah SWT telah mempengaruhi masyarakat, sehingga menimbulkan keraguan terhadap pendekatan Sifat 20. Keharmonian masyarakat turut terjejas kesan daripada pengaruh terhadap ideologi kumpulan ini sehingga menggugat keharmonian sejagat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan Sifat 20 mengikut pegangan Ahl al-Sunnaṯ wa al-Jamā‘aṯ yang memberi kesan terhadap keharmonian dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian keperpustakaan. Data diperoleh melalui metode dokumentasi, pensejarahan dan temu bual separa berstruktur. Manakala analisis data bagi kaedah temu bual menggunakan analisis tematik serta analisis kandungan digunakan bagi kaedah dokumentasi dan pensejarahan untuk menghasilkan dapatan kajian. Begitu juga perisian Atlas.ti 22 digunakan untuk membentuk tema dan sub tema kajian. Kajian ini mendapati Ahl al-Sunnaṯ wa al-Jamā‘aṯ dalam membincangkan akidah ketuhanan melalui pendekatan Sifat 20 secara wasaṭīyyaṯ dapat menjamin keharmonian masyarakat Islam. Selain itu, pendekatan Sifat 20 dapat menghasilkan pegangan akidah yang benar sekali gus membentuk keyakinan kepada Allah SWT. Begitu juga, dengan mengikut kepada satu manhaj Ahl al-Sunnaṯ wa al-Jamā‘aṯ dapat menghasilkan keharmonian disebabkan adanya keselarasan dalam satu pegangan. Kajian ini memberikan sumbangan penting kepada masyarakat Islam dalam usaha memperkukuh pembelajaran ilmu akidah dan meningkatkan keyakinan terhadap manhaj Ahl al-Sunnaṯ wa al-Jamā‘aṯ. Dalam pada itu, kajian ini menyentuh satu pendekatan akidah majoriti umat Islam yang dapat menzahirkan kelebihannya untuk mewujudkan masyarakat Islam yang harmoni dan bebas daripada fahaman ekstrem. Begitu juga, peranan pemimpin dan institusi agama untuk berpegang teguh kepada akidah yang benar amat penting kerana mereka berfungsi sebagai rujukan utama bagi masyarakat Islam.
title 2025_Peranan Pendekatan Sifat 20 Dalam Pembentukan Masyarakat Islam Harmoni Di Malaysia
title_full 2025_Peranan Pendekatan Sifat 20 Dalam Pembentukan Masyarakat Islam Harmoni Di Malaysia
title_fullStr 2025_Peranan Pendekatan Sifat 20 Dalam Pembentukan Masyarakat Islam Harmoni Di Malaysia
title_full_unstemmed 2025_Peranan Pendekatan Sifat 20 Dalam Pembentukan Masyarakat Islam Harmoni Di Malaysia
title_short 2025_Peranan Pendekatan Sifat 20 Dalam Pembentukan Masyarakat Islam Harmoni Di Malaysia
title_sort 2025_peranan pendekatan sifat 20 dalam pembentukan masyarakat islam harmoni di malaysia