2024_Penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu di Terengganu, 1950-1980

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798285044776960
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3
copyright Copyright©PWB2025
country Malaysia
date 2024-10-26 15:43
format General Document
id 16808
institution UniSZA
originalfilename PENGLIBATAN TUKANG TIMBAL DALAM PEMBUATAN PERAHU DI TERENGGANU, 1950-1980 (MASTER_2024).pdf
person Nur Alia Shamsul Bahri
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16808
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 16808 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16808 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Applied Social Sciences Malay application/pdf 1.7 Microsoft® Word 2019 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu Copyright©PWB2025 276 Dissertations, Academic Nur Alia Shamsul Bahri 1950-1980 2024_Penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu di Terengganu, 1950-1980 Tukang timbal ialah seorang tukang yang membina perahu tanpa menggunakan rangka atau lunas. Kehebatan tukang timbal ini mempamerkan nilai kearifan tempatan atau “local wisdom” yang cukup tinggi. Walau bagaimanapun, penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu kurang diberi perhatian berikutan penggunaan pengangkutan air yang mula diketepikan digantikan dengan kenderaan bermotor. Namun, kepakaran tukang timbal tidak dapat digantikan dengan tukang perahu biasa, menyebabkan masih wujud tukang timbal dalam pembuatan perahu antara tahun 1950 hingga tahun 1980. Peralihan penggunaan layar kepada enjin dalam tempoh 30 tahun mendorong tukang timbal mengejar arus pemodenan dalam pembuatan perahu. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan terciptanya perahu belakang potong pada waktu itu yang secara jelas menunjukkan bahawa tukang timbal amat kreatif dalam penciptaan inovasi. Oleh itu, kajian bertujuan untuk meneliti penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu di Terengganu pada tahun 1950 sehingga 1980. Selain itu, kajian juga bertujuan menganalisis cabaran dan langkah pihak kerajaan bagi membantu tukang timbal serta kesan penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu di Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah dengan memberikan penekanan terhadap kajian secara kualitatif. Kaedah kualitatif yang digunakan merangkumi pengumpulan maklumat daripada sumber primer, seperti fail dan rekod yang berkaitan dengan kajian, termasuklah fail Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Lembaga Kemajuan Ikan Negeri Terengganu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur dan Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Terengganu. Selain itu, kaedah temu bual turut dijalankan terhadap tukang timbal yang masih aktif dalam pembuatan perahu khususnya dalam tempoh tahun 1950 sehingga tahun 1980 yang bertempat di Kampung Bukit Tumbuh, Kampung Batin, Pulau Duyong dan Pulau Rusa. Seterusnya, kajian diperkukuh melalui sumber sekunder seperti buku, bab buku, artikel jurnal dan kertas kerja persidangan. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa masih terdapat penglibatan tukang timbal di Terengganu dalam tempoh 1950 hingga 1980 dan mereka berjaya mengadaptasi pemodenan dalam pembuatan perahu di Terengganu walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Oleh itu, dapat dilihat bahawa berlakulah penyesuaian reka bentuk perahu yang menggunakan enjin bagi menggantikan layar. Keadaan ini merupakan petunjuk penting bagi kreativiti dan inovasi tukang timbal dalam mereka cipta dan mendepani arus pemodenan dalam pembuatan perahu. 2024-10-26 15:43 uuid:3D812191-6544-42EF-8ECA-5A6DEC929263 PENGLIBATAN TUKANG TIMBAL DALAM PEMBUATAN PERAHU DI TERENGGANU, 1950-1980 (MASTER_2024).pdf Tukang Timbal Pembuatan Perahu Tradisional Warisan Maritim Kearifan Tempatan Sejarah Perahu Terengganu Seni Bina Maritim Boatbuilding — Malaysia — Terengganu Shipbuilding — Malaysia — Terengganu Craftsmen — Malaysia — Terengganu Thesis
spellingShingle 2024_Penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu di Terengganu, 1950-1980
state Terengganu
subject Dissertations, Academic
Boatbuilding — Malaysia — Terengganu
Shipbuilding — Malaysia — Terengganu
Craftsmen — Malaysia — Terengganu
summary Tukang timbal ialah seorang tukang yang membina perahu tanpa menggunakan rangka atau lunas. Kehebatan tukang timbal ini mempamerkan nilai kearifan tempatan atau “local wisdom” yang cukup tinggi. Walau bagaimanapun, penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu kurang diberi perhatian berikutan penggunaan pengangkutan air yang mula diketepikan digantikan dengan kenderaan bermotor. Namun, kepakaran tukang timbal tidak dapat digantikan dengan tukang perahu biasa, menyebabkan masih wujud tukang timbal dalam pembuatan perahu antara tahun 1950 hingga tahun 1980. Peralihan penggunaan layar kepada enjin dalam tempoh 30 tahun mendorong tukang timbal mengejar arus pemodenan dalam pembuatan perahu. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan terciptanya perahu belakang potong pada waktu itu yang secara jelas menunjukkan bahawa tukang timbal amat kreatif dalam penciptaan inovasi. Oleh itu, kajian bertujuan untuk meneliti penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu di Terengganu pada tahun 1950 sehingga 1980. Selain itu, kajian juga bertujuan menganalisis cabaran dan langkah pihak kerajaan bagi membantu tukang timbal serta kesan penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu di Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah dengan memberikan penekanan terhadap kajian secara kualitatif. Kaedah kualitatif yang digunakan merangkumi pengumpulan maklumat daripada sumber primer, seperti fail dan rekod yang berkaitan dengan kajian, termasuklah fail Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Lembaga Kemajuan Ikan Negeri Terengganu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur dan Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Terengganu. Selain itu, kaedah temu bual turut dijalankan terhadap tukang timbal yang masih aktif dalam pembuatan perahu khususnya dalam tempoh tahun 1950 sehingga tahun 1980 yang bertempat di Kampung Bukit Tumbuh, Kampung Batin, Pulau Duyong dan Pulau Rusa. Seterusnya, kajian diperkukuh melalui sumber sekunder seperti buku, bab buku, artikel jurnal dan kertas kerja persidangan. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa masih terdapat penglibatan tukang timbal di Terengganu dalam tempoh 1950 hingga 1980 dan mereka berjaya mengadaptasi pemodenan dalam pembuatan perahu di Terengganu walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Oleh itu, dapat dilihat bahawa berlakulah penyesuaian reka bentuk perahu yang menggunakan enjin bagi menggantikan layar. Keadaan ini merupakan petunjuk penting bagi kreativiti dan inovasi tukang timbal dalam mereka cipta dan mendepani arus pemodenan dalam pembuatan perahu.
title 2024_Penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu di Terengganu, 1950-1980
title_full 2024_Penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu di Terengganu, 1950-1980
title_fullStr 2024_Penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu di Terengganu, 1950-1980
title_full_unstemmed 2024_Penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu di Terengganu, 1950-1980
title_short 2024_Penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu di Terengganu, 1950-1980
title_sort 2024_penglibatan tukang timbal dalam pembuatan perahu di terengganu, 1950-1980