2023_Polemik Bidaah Mengenai Amalan Beragama Dalam Kalangan Masyarakat Islam Terengganu
| Format: | General Document |
|---|
| _version_ | 1860798249189769216 |
|---|---|
| building | INTELEK Repository |
| collection | Online Access |
| collectionurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 |
| copyright | Copyright©PWB2025 |
| country | Malaysia |
| date | 2023-07-06 13:47 |
| format | General Document |
| id | 16588 |
| institution | UniSZA |
| originalfilename | POLEMIK BIDAAH MENGENAI AMALAN BERAGAMA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM TERENGGANU (PHD_2023).pdf |
| person | PDFsam Basic v4.2.10 Fauzi Bin Chik |
| recordtype | oai_dc |
| resourceurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16588 |
| sourcemedia | Server storage Scanned document |
| spelling | 16588 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16588 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Islamic Contemporary Studies Malay application/pdf 1.5 PDFsam Basic v4.2.10 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) 422 Terengganu Copyright©PWB2025 Dissertations, Academic Masyarakat Islam 2023-07-06 13:47 POLEMIK BIDAAH MENGENAI AMALAN BERAGAMA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM TERENGGANU (PHD_2023).pdf Fauzi Bin Chik Bidaah Amalan Beragama Bidʻah (Islam)—Malaysia—Terengganu Islam—Customs and practices—Malaysia—Terengganu Islamic religious practices—Controversial literature—Malaysia—Terengganu Islam—Social aspects—Malaysia—Terengganu Islamic renewal—Malaysia—Terengganu Muslims—Religious life—Malaysia—Terengganu 2023_Polemik Bidaah Mengenai Amalan Beragama Dalam Kalangan Masyarakat Islam Terengganu Perbalahan dan perdebatan sering terjadi dalam kalangan masyarakat Islam di negeri Terengganu melibatkan isu khilfiyh sebagai subjek polemik hingga ke tahap membidaah malah mengkafirkan sesama umat Islam. Antara isu yang menjadi punca polemik adalah seperti amalan tahlil arwah, perayaan maulidul Rasul, bertawasul dengan ahli kubur, penetapan masa tertentu untuk ziarah kubur dan sebagainya. Banyak faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi yang seharusnya dikaji dan diteliti. Hal ini menjadikan keadaan polemik sunah dan bidaah telah menjejaskan penyatuan umat Islam. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti punca dan asas berlakunya polemik bidaah dalam kalangan masyarakat Islam di Terengganu. Seterusnya mencari dan menganalisa jalan penyelesaian kepada masalah yang berlaku. Kajian ini juga menumpukan kepada pola atau corak polemik bidaah melalui beberapa contoh amalan beragama masyarakat Islam dari sudut akidah, ibadah, tasawuf, jemaah Islam, adat dan budaya. Kajian ini menggunakan kaedah mixed methods, kuantitatif dan kualitatif. Kajian menggunakan soal selidik ke atas 400 sampel dipilih secara rawak mewakili lapan daerah dengan 50 sampel setiap daerah di negeri Terengganu. Soal selidik merupakan instrumen kajian, melibatkan pengukuran pemboleh ubah secara saintifik dan eksperimen dan dianalisis menggunakan AMOS-SEM (Analysis of Moments Structures - Structural Equation Modelling). Kajian kualitatif adalah menghimpun data, memperoleh makna dan pemahaman dengan disokong melalui kaedah temu bual ke atas 10 informan pakar, terdiri dari ilmuan agama pelbagai latar belakang dan pengalaman. Data yang dikumpul telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan polemik bidaah telah berlaku sekian lama dalam masyarakat Terengganu. Sampel kajian melibatkan 47% lelaki, 53% Wanita dengan berbagai peringkat usia, ekonomi, pekerjaan dan taraf pendidikan dengan 21.3% diploma, 34% ijazah dan 4.5% pendidikan peringkat sarjana dan PhD. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan agama kalangan masyarakat Islam Terengganu adalah amat baik dengan purata 86.2%. Isu-isu bidaah dalam akidah, ibadah dan amalan tasawuf adalah sederhana, dengan purata sekitar 61%. Amalan bidaah melibatkan soal adat dan budaya agak tinggi dengan purata 71%. Kejahilan masyarakat mengenai isu-isu bidaah juga tinggi iaitu 83%, manakala kefahaman masyarakat mengenai sunah dengan purata 73%. Keadaan polemik ini masih terkawal dengan beberapa cadangan penyelesaian. Antaranya melalui kaedah penguatkuasaan pihak berkuasa agama Negeri, para sarjana Islam, peranan institusi masjid dan institusi pendidikan.Program-program wacana, dialog dan penjelasan mengenai konsep hadis dan bahaya bidaah perlu digiatkan dalam masyarakat. Dapatan kajian dari mixed methods ini menunjukkan kesemua faktor pemboleh ubah dari konstruk amalan beragama dari aspek akidah, ibadah, tasawuf, gerakan Islam, adat dan budaya mempunyai kesan yang signifikan ke atas kefahaman amalan beragama dalam kalangan masyarakat Islam Terengganu. Kajian ini diharap dapat membantu pihak berautoriti agama, institusi pendidikan dan mereka yang berkepentingan sebagai rujukan untuk menilai fenomena bidaah dalam amalan beragama dalam kalangan masyarakat Islam Terengganu atau sebagai suatu solusi dalam menangani polemik bidaah yang sering terjadi dalam kalangan masyarakat. Thesis |
| spellingShingle | 2023_Polemik Bidaah Mengenai Amalan Beragama Dalam Kalangan Masyarakat Islam Terengganu |
| state | Terengganu |
| subject | Dissertations, Academic Bidʻah (Islam)—Malaysia—Terengganu Islam—Customs and practices—Malaysia—Terengganu Islamic religious practices—Controversial literature—Malaysia—Terengganu Islam—Social aspects—Malaysia—Terengganu Islamic renewal—Malaysia—Terengganu Muslims—Religious life—Malaysia—Terengganu |
| summary | Perbalahan dan perdebatan sering terjadi dalam kalangan masyarakat Islam di negeri Terengganu melibatkan isu khilfiyh sebagai subjek polemik hingga ke tahap membidaah malah mengkafirkan sesama umat Islam. Antara isu yang menjadi punca polemik adalah seperti amalan tahlil arwah, perayaan maulidul Rasul, bertawasul dengan ahli kubur, penetapan masa tertentu untuk ziarah kubur dan sebagainya. Banyak faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi yang seharusnya dikaji dan diteliti. Hal ini menjadikan keadaan polemik sunah dan bidaah telah menjejaskan penyatuan umat Islam. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti punca dan asas berlakunya polemik bidaah dalam kalangan masyarakat Islam di Terengganu. Seterusnya mencari dan menganalisa jalan penyelesaian kepada masalah yang berlaku. Kajian ini juga menumpukan kepada pola atau corak polemik bidaah melalui beberapa contoh amalan beragama masyarakat Islam dari sudut akidah, ibadah, tasawuf, jemaah Islam, adat dan budaya. Kajian ini menggunakan kaedah mixed methods, kuantitatif dan kualitatif. Kajian menggunakan soal selidik ke atas 400 sampel dipilih secara rawak mewakili lapan daerah dengan 50 sampel setiap daerah di negeri Terengganu. Soal selidik merupakan instrumen kajian, melibatkan pengukuran pemboleh ubah secara saintifik dan eksperimen dan dianalisis menggunakan AMOS-SEM (Analysis of Moments Structures - Structural Equation Modelling). Kajian kualitatif adalah menghimpun data, memperoleh makna dan pemahaman dengan disokong melalui kaedah temu bual ke atas 10 informan pakar, terdiri dari ilmuan agama pelbagai latar belakang dan pengalaman. Data yang dikumpul telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan polemik bidaah telah berlaku sekian lama dalam masyarakat Terengganu. Sampel kajian melibatkan 47% lelaki, 53% Wanita dengan berbagai peringkat usia, ekonomi, pekerjaan dan taraf pendidikan dengan 21.3% diploma, 34% ijazah dan 4.5% pendidikan peringkat sarjana dan PhD. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan agama kalangan masyarakat Islam Terengganu adalah amat baik dengan purata 86.2%. Isu-isu bidaah dalam akidah, ibadah dan amalan tasawuf adalah sederhana, dengan purata sekitar 61%. Amalan bidaah melibatkan soal adat dan budaya agak tinggi dengan purata 71%. Kejahilan masyarakat mengenai isu-isu bidaah juga tinggi iaitu 83%, manakala kefahaman masyarakat mengenai sunah dengan purata 73%. Keadaan polemik ini masih terkawal dengan beberapa cadangan penyelesaian. Antaranya melalui kaedah penguatkuasaan pihak berkuasa agama Negeri, para sarjana Islam, peranan institusi masjid dan institusi pendidikan.Program-program wacana, dialog dan penjelasan mengenai konsep hadis dan bahaya bidaah perlu digiatkan dalam masyarakat. Dapatan kajian dari mixed methods ini menunjukkan kesemua faktor pemboleh ubah dari konstruk amalan beragama dari aspek akidah, ibadah, tasawuf, gerakan Islam, adat dan budaya mempunyai kesan yang signifikan ke atas kefahaman amalan beragama dalam kalangan masyarakat Islam Terengganu. Kajian ini diharap dapat membantu pihak berautoriti agama, institusi pendidikan dan mereka yang berkepentingan sebagai rujukan untuk menilai fenomena bidaah dalam amalan beragama dalam kalangan masyarakat Islam Terengganu atau sebagai suatu solusi dalam menangani polemik bidaah yang sering terjadi dalam kalangan masyarakat. |
| title | 2023_Polemik Bidaah Mengenai Amalan Beragama Dalam Kalangan Masyarakat Islam Terengganu |
| title_full | 2023_Polemik Bidaah Mengenai Amalan Beragama Dalam Kalangan Masyarakat Islam Terengganu |
| title_fullStr | 2023_Polemik Bidaah Mengenai Amalan Beragama Dalam Kalangan Masyarakat Islam Terengganu |
| title_full_unstemmed | 2023_Polemik Bidaah Mengenai Amalan Beragama Dalam Kalangan Masyarakat Islam Terengganu |
| title_short | 2023_Polemik Bidaah Mengenai Amalan Beragama Dalam Kalangan Masyarakat Islam Terengganu |
| title_sort | 2023_polemik bidaah mengenai amalan beragama dalam kalangan masyarakat islam terengganu |