2023_Garis Panduan Pembubaran Perkahwinan Berasaskan Ḍarar Kecacatan Seksual di Malaysia

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798224976052224
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3
copyright Copyright©PWB2025
country Malaysia
date 2023-11-01 16:38
format General Document
id 16495
institution UniSZA
originalfilename GARIS PANDUAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN BERASASKAN ḌARAR KECACATAN SEKSUAL DI MALAYSIA (PHD_2023).pdf
person PDFsam Basic v4.2.10
Hamidah Binti Harun
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16495
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 16495 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16495 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Islamic Contemporary Studies Malay application/pdf 1.5 PDFsam Basic v4.2.10 Malaysia Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) Copyright©PWB2025 Islamic law—Malaysia 267 Dissertations, Academic 2023-11-01 16:38 GARIS PANDUAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN BERASASKAN ḌARAR KECACATAN SEKSUAL DI MALAYSIA (PHD_2023).pdf Hamidah Binti Harun Pembubaran Perkahwinan Ḍarar Kecacatan Seksual Marriage (Islamic law)—Malaysia Divorce (Islamic law)—Malaysia Marital rights—Malaysia Sexual health—Religious aspects—Islam Domestic relations (Islamic law) Defective persons (Islamic law) 2023_Garis Panduan Pembubaran Perkahwinan Berasaskan Ḍarar Kecacatan Seksual di Malaysia Hubungan seksual merupakan aspek asas bagi mencapai maqāṣid perkahwinan. Kecacatan seksual yang wujud dalam kalangan pasangan suami isteri disebabkan organ seksual yang tidak berfungsi dengan baik boleh menggagalkan hubungan kelamin. Dalam hal ini, syarak membenarkan pihak suami atau isteri untuk memohon pembubaran perkahwinan jika terdapat elemen negatif. Begitupun, terdapat kekeliruan dan kesamaran berkaitan aspek ḍarar dalam konteks kecacatan seksual menurut fiqh dan perubatan. Justeru, kajian ini bertujuan menjelaskan konsep ḍarar menurut syarak dan menganalisis penetapan aspek ḍarar yang membenarkan pembubaran perkahwinan kerana kecacatan seksual. Selain itu, kajian ini mengemukakan garis panduan umum dan khusus pembubaran perkahwinan kerana kecacatan seksual. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan berbentuk kajian penerokaan. Pengumpulan data diperolehi melalui kaedah dokumentasi dan temu bual separa berstruktur. Kaedah temu bual melibatkan pengamal undang-undang, pakar perubatan serta panel kekeluargaan. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang kecacatan seksual menurut perubatan seperti yang dinyatakan oleh fuqaha silam. Temu bual bersama panel kekeluargaan dibuat bagi mendapatkan situasi dan kes terkini yang berlaku dalam rumah tangga melibatkan isu seksual suami isteri. Manakala temu bual bersama pengamal undang-undang dilakukan bagi mengesahkan pembubaran perkahwinan dengan alasan kecacatan seksual. Data temubual yang terkumpul direkod, ditranskripsi dan dianalisis menggunakan kaedah kodikasi tematik. Kesimpulan kajian berdasarkan analisis data melalui pendekatan induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa konsep ḍarar menurut syarak terdiri daripada dua komponen asas iaitu prinsip lā ḍarar dan lā ḍirār yang bermaksud tidak ada mudarat dan tidak boleh memberi mudarat. Penilaian aspek ḍarar kecacatan seksual yang membolehkan pembubaran perkahwinan berlaku di Malaysia pula berdasarkan empat faktor iaitu, elemen gangguan keharmonian rumah tangga, kesan kepada gangguan psikologi, berlaku penyimpangan tingkah laku seksual serta tahap kebolehsembuhan kecacatan dan disfungsi seksual. Pendekatan dalam penetapan aspek ḍarar perlu menjadi indikator kepada prosedur pembubaran perkahwinan setelah mengambil kira aspek kecacatan seksual menurut syarak dan fakta perubatan. Pembubaran perkahwinan kerana kecacatan seksual dibenarkan menurut syarak berasaskan keperluan memelihara maṣlaḥah suami isteri. Kecacatan seksual yang meluputkan keharmonian dan kelestarian rumah tangga berpandukan garis panduan umum dan khusus yang telah ditetapkan merupakan satu panduan untuk memelihara maṣlaḥah perkahwinan dan menolak sebarang mafsadah. Hasil kajian ini boleh menjadi nilai tambah dalam melakarkan garis panduan aspek penetapan ḍarar kecacatan seksual dalam kes tuntutan pembubaran perkahwinan oleh badan kehakiman syariah seluruh negara, majlis fatwa, jabatan agama, pengamal undang-undang dan panel perunding kekeluargaan. Thesis
spellingShingle 2023_Garis Panduan Pembubaran Perkahwinan Berasaskan Ḍarar Kecacatan Seksual di Malaysia
state Terengganu
subject Islamic law—Malaysia
Dissertations, Academic
Marriage (Islamic law)—Malaysia
Divorce (Islamic law)—Malaysia
Marital rights—Malaysia
Sexual health—Religious aspects—Islam
Domestic relations (Islamic law)
Defective persons (Islamic law)
summary Hubungan seksual merupakan aspek asas bagi mencapai maqāṣid perkahwinan. Kecacatan seksual yang wujud dalam kalangan pasangan suami isteri disebabkan organ seksual yang tidak berfungsi dengan baik boleh menggagalkan hubungan kelamin. Dalam hal ini, syarak membenarkan pihak suami atau isteri untuk memohon pembubaran perkahwinan jika terdapat elemen negatif. Begitupun, terdapat kekeliruan dan kesamaran berkaitan aspek ḍarar dalam konteks kecacatan seksual menurut fiqh dan perubatan. Justeru, kajian ini bertujuan menjelaskan konsep ḍarar menurut syarak dan menganalisis penetapan aspek ḍarar yang membenarkan pembubaran perkahwinan kerana kecacatan seksual. Selain itu, kajian ini mengemukakan garis panduan umum dan khusus pembubaran perkahwinan kerana kecacatan seksual. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan berbentuk kajian penerokaan. Pengumpulan data diperolehi melalui kaedah dokumentasi dan temu bual separa berstruktur. Kaedah temu bual melibatkan pengamal undang-undang, pakar perubatan serta panel kekeluargaan. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang kecacatan seksual menurut perubatan seperti yang dinyatakan oleh fuqaha silam. Temu bual bersama panel kekeluargaan dibuat bagi mendapatkan situasi dan kes terkini yang berlaku dalam rumah tangga melibatkan isu seksual suami isteri. Manakala temu bual bersama pengamal undang-undang dilakukan bagi mengesahkan pembubaran perkahwinan dengan alasan kecacatan seksual. Data temubual yang terkumpul direkod, ditranskripsi dan dianalisis menggunakan kaedah kodikasi tematik. Kesimpulan kajian berdasarkan analisis data melalui pendekatan induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa konsep ḍarar menurut syarak terdiri daripada dua komponen asas iaitu prinsip lā ḍarar dan lā ḍirār yang bermaksud tidak ada mudarat dan tidak boleh memberi mudarat. Penilaian aspek ḍarar kecacatan seksual yang membolehkan pembubaran perkahwinan berlaku di Malaysia pula berdasarkan empat faktor iaitu, elemen gangguan keharmonian rumah tangga, kesan kepada gangguan psikologi, berlaku penyimpangan tingkah laku seksual serta tahap kebolehsembuhan kecacatan dan disfungsi seksual. Pendekatan dalam penetapan aspek ḍarar perlu menjadi indikator kepada prosedur pembubaran perkahwinan setelah mengambil kira aspek kecacatan seksual menurut syarak dan fakta perubatan. Pembubaran perkahwinan kerana kecacatan seksual dibenarkan menurut syarak berasaskan keperluan memelihara maṣlaḥah suami isteri. Kecacatan seksual yang meluputkan keharmonian dan kelestarian rumah tangga berpandukan garis panduan umum dan khusus yang telah ditetapkan merupakan satu panduan untuk memelihara maṣlaḥah perkahwinan dan menolak sebarang mafsadah. Hasil kajian ini boleh menjadi nilai tambah dalam melakarkan garis panduan aspek penetapan ḍarar kecacatan seksual dalam kes tuntutan pembubaran perkahwinan oleh badan kehakiman syariah seluruh negara, majlis fatwa, jabatan agama, pengamal undang-undang dan panel perunding kekeluargaan.
title 2023_Garis Panduan Pembubaran Perkahwinan Berasaskan Ḍarar Kecacatan Seksual di Malaysia
title_full 2023_Garis Panduan Pembubaran Perkahwinan Berasaskan Ḍarar Kecacatan Seksual di Malaysia
title_fullStr 2023_Garis Panduan Pembubaran Perkahwinan Berasaskan Ḍarar Kecacatan Seksual di Malaysia
title_full_unstemmed 2023_Garis Panduan Pembubaran Perkahwinan Berasaskan Ḍarar Kecacatan Seksual di Malaysia
title_short 2023_Garis Panduan Pembubaran Perkahwinan Berasaskan Ḍarar Kecacatan Seksual di Malaysia
title_sort 2023_garis panduan pembubaran perkahwinan berasaskan ḍarar kecacatan seksual di malaysia