2018_Cabaran Dan Penyelesaian Isu-Isu Tanah Wakaf di Georgetown, Pulau Pinang
| Format: | General Document |
|---|
| _version_ | 1860798222575861760 |
|---|---|
| building | INTELEK Repository |
| collection | Online Access |
| collectionurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 |
| copyright | Copyright©PWB2025 |
| country | Malaysia |
| date | 2018-08-30 13:14 |
| format | General Document |
| id | 16485 |
| institution | UniSZA |
| originalfilename | CABARAN DAN PENYELESAIAN ISU-ISU TANAH WAKAF DI GEORGETOWN, PULAU PINANG (PHD_2018).pdf |
| person | PDFsam Basic v4.2.10 Razi Yaakob |
| recordtype | oai_dc |
| resourceurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16485 |
| sourcemedia | Server storage Scanned document |
| spelling | 16485 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16485 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Islamic Contemporary Studies Malay application/pdf 1.5 PDFsam Basic v4.2.10 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) 311 Copyright©PWB2025 Islamic law—Malaysia Dissertations, Academic 2018-08-30 13:14 CABARAN DAN PENYELESAIAN ISU-ISU TANAH WAKAF DI GEORGETOWN, PULAU PINANG (PHD_2018).pdf Razi Yaakob Tanah Wakaf Georgetown Pulau Pinang Waqf—Malaysia—Penang Land tenure (Islamic law)—Malaysia—Penang Real property—Malaysia—Penang Endowments (Islamic law)—Malaysia 2018_Cabaran Dan Penyelesaian Isu-Isu Tanah Wakaf di Georgetown, Pulau Pinang Tanah wakaf Pulau Pinang secara keseluruhan berkeluasan 779.26 hektar. Sebahagian tanah wakaf Pulau Pinang bertumpu di Pusat Bandar Georgetown dengan anggaran bernilai RM850 juta. Kedudukan tanah wakaf dan harga pasaran menggambarkan keadaan kawasan tersebut menerima pembangunan pesat. Bagaimanapun, kedudukan dan nilai tanah wakaf tidak seiring dengan kepesatan pembangunan yang berlaku di kawasan pusat bandar iaitu Georgetown, Pulau Pinang. Sehubungan itu, kajian bertujuan mengenal pasti konsep dan pelaksanaan tanah wakaf di Pulau Pinang, sekaligus menganalisis permasalahan yang dihadapi. Kajian juga bermatlamat untuk melestari mekanisme pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang merentasi aspek fizikal dan kerohanian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasi reka bentuk kajian kes. Data dikumpulkan melalui dokumen seperti laporan audit dan data pihak berkaitan. Seterusnya, data turut dikumpulkan menerusi temu bual terhadap 16 informan dan pemerhatian ke atas lokasi kajian. Pemilihan lokasi melibatkan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Acheh, Shaikh Eusoff dan Masjid Haji Kassim berasaskan justifikasi kepadatan penduduk, lokasi tumpuan perniagaan, keadaan penempatan, nilai harga tanah, keluasan dan guna semasa tanah wakaf. Data dianalisis menggunakan tatacara induktif, deduktif dan komparatif. Kajian mendapati bahawa konsep dan pelaksanaan wakaf merupakan tuntutan dalam Islam dan dilaksanakan di Pulau Pinang menerusi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Dapatan kajian juga menunjukkan wujud permasalahan atau isu yang memberi kesan terhadap perkembangan dan pembangunan tanah wakaf di Georgetown. Isu tersebut terdiri daripada perundangan, pengurusan dan pentadbiran, kewangan, waris, penduduk tumpang dan hubungan MAINPP dengan penduduk di samping isu terbitan berkaitan. Selanjutnya, kajian turut mengutarakan rasionalisasi dan mekanisme sebagai penyelesaian yang dibentuk berasaskan permasalahan dan isu yang telah dinyatakan. Antara isu tumpuan rasionalisasi adalah berkaitan perundangan, pengurusan, kewangan dan lain-lain. Di samping itu, kajian turut mengemukakan model mencakupi pembangunan tanah berbentuk build, operate, transfer, joint venture dan istibdal. Selain itu, model pelan bangunan turut dikemukakan bersesuaian keadaan lokasi. Selanjutnya, kajian turut mengemukakan dua cadangan penyelesaian terhadap isu terbitan. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengetengahkan kesetaraan di antara isu dan penyelesaian yang boleh dirasionalisasi untuk menjayakan agenda pembangunan tanah wakaf di Georgetown Pulau Pinang. Selain itu, kajian ini turut menyusun atur rungkaian isu tersebut menurut keperluan dan tahap ke arah penyelesaiannya. Thesis |
| spellingShingle | 2018_Cabaran Dan Penyelesaian Isu-Isu Tanah Wakaf di Georgetown, Pulau Pinang |
| state | Terengganu |
| subject | Islamic law—Malaysia Dissertations, Academic Waqf—Malaysia—Penang Land tenure (Islamic law)—Malaysia—Penang Real property—Malaysia—Penang Endowments (Islamic law)—Malaysia |
| summary | Tanah wakaf Pulau Pinang secara keseluruhan berkeluasan 779.26 hektar. Sebahagian tanah wakaf Pulau Pinang bertumpu di Pusat Bandar Georgetown dengan anggaran bernilai RM850 juta. Kedudukan tanah wakaf dan harga pasaran menggambarkan keadaan kawasan tersebut menerima pembangunan pesat. Bagaimanapun, kedudukan dan nilai tanah wakaf tidak seiring dengan kepesatan pembangunan yang berlaku di kawasan pusat bandar iaitu Georgetown, Pulau Pinang. Sehubungan itu, kajian bertujuan mengenal pasti konsep dan pelaksanaan tanah wakaf di Pulau Pinang, sekaligus menganalisis permasalahan yang dihadapi. Kajian juga bermatlamat untuk melestari mekanisme pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang merentasi aspek fizikal dan kerohanian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasi reka bentuk kajian kes. Data dikumpulkan melalui dokumen seperti laporan audit dan data pihak berkaitan. Seterusnya, data turut dikumpulkan menerusi temu bual terhadap 16 informan dan pemerhatian ke atas lokasi kajian. Pemilihan lokasi melibatkan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Acheh, Shaikh Eusoff dan Masjid Haji Kassim berasaskan justifikasi kepadatan penduduk, lokasi tumpuan perniagaan, keadaan penempatan, nilai harga tanah, keluasan dan guna semasa tanah wakaf. Data dianalisis menggunakan tatacara induktif, deduktif dan komparatif. Kajian mendapati bahawa konsep dan pelaksanaan wakaf merupakan tuntutan dalam Islam dan dilaksanakan di Pulau Pinang menerusi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Dapatan kajian juga menunjukkan wujud permasalahan atau isu yang memberi kesan terhadap perkembangan dan pembangunan tanah wakaf di Georgetown. Isu tersebut terdiri daripada perundangan, pengurusan dan pentadbiran, kewangan, waris, penduduk tumpang dan hubungan MAINPP dengan penduduk di samping isu terbitan berkaitan. Selanjutnya, kajian turut mengutarakan rasionalisasi dan mekanisme sebagai penyelesaian yang dibentuk berasaskan permasalahan dan isu yang telah dinyatakan. Antara isu tumpuan rasionalisasi adalah berkaitan perundangan, pengurusan, kewangan dan lain-lain. Di samping itu, kajian turut mengemukakan model mencakupi pembangunan tanah berbentuk build, operate, transfer, joint venture dan istibdal. Selain itu, model pelan bangunan turut dikemukakan bersesuaian keadaan lokasi. Selanjutnya, kajian turut mengemukakan dua cadangan penyelesaian terhadap isu terbitan. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengetengahkan kesetaraan di antara isu dan penyelesaian yang boleh dirasionalisasi untuk menjayakan agenda pembangunan tanah wakaf di Georgetown Pulau Pinang. Selain itu, kajian ini turut menyusun atur rungkaian isu tersebut menurut keperluan dan tahap ke arah penyelesaiannya. |
| title | 2018_Cabaran Dan Penyelesaian Isu-Isu Tanah Wakaf di Georgetown, Pulau Pinang |
| title_full | 2018_Cabaran Dan Penyelesaian Isu-Isu Tanah Wakaf di Georgetown, Pulau Pinang |
| title_fullStr | 2018_Cabaran Dan Penyelesaian Isu-Isu Tanah Wakaf di Georgetown, Pulau Pinang |
| title_full_unstemmed | 2018_Cabaran Dan Penyelesaian Isu-Isu Tanah Wakaf di Georgetown, Pulau Pinang |
| title_short | 2018_Cabaran Dan Penyelesaian Isu-Isu Tanah Wakaf di Georgetown, Pulau Pinang |
| title_sort | 2018_cabaran dan penyelesaian isu-isu tanah wakaf di georgetown, pulau pinang |