2018_Penerimaan Peneroka Felda Terhadap Aktiviti Dakwah Organisasi Islam di Pahang

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798203897577472
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3
copyright Copyright©PWB2025
country Malaysia
date 2019-10-20 15:40
format General Document
id 16411
institution UniSZA
originalfilename PENERIMAAN PENEROKA FELDA TERHADAP AKTIVITI DAKWAH ORGANISASI ISLAM DI PAHANG (MASTER_2018).pdf
person PDFium
Nur Diyana Binti Ahmad Puat
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16411
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 16411 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16411 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Islamic Contemporary Studies Malay application/pdf 14 1.7 PDFium Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin Copyright©PWB2025 Islam—Doctrines PDFium; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) Pahang Faith (Islam) Dissertations, Academic Dakwah 2019-10-20 15:40 PENERIMAAN PENEROKA FELDA TERHADAP AKTIVITI DAKWAH ORGANISASI ISLAM DI PAHANG (MASTER_2018).pdf Nur Diyana Binti Ahmad Puat Peneroka Felda Organisasi Islam 2018_Penerimaan Peneroka Felda Terhadap Aktiviti Dakwah Organisasi Islam di Pahang Pernyataan Masalah: Pembangunan peneroka di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah penting bagi mewujudkan kelompok masyarakat yang proaktif dan berdaya saing dari semua sudut termasuk ekonomi dan agama, selari dengan status FELDA sebagai agen pembangunan tanah terbesar di Malaysia. Namun begitu, kelemahan penghayatan agama dikesan dalam kalangan mereka. Kekurangan dari sudut aktiviti dakwah secara khusus buat masyarakat FELDA menjadi pengekang bagi mereka untuk menambahbaik penghayatan agama dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, hal ini memerlukan organisasi Islam memainkan peranannya sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan sosio-budaya peneroka berlandaskan syariat Islam melalui perlaksanaan pelbagai aktiviti dakwah di FELDA. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang masyarakat peneroka di FELDA negeri Pahang. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui aktiviti-aktiviti dakwah yang dijalankan oleh organisasi Islam di Pahang kepada masyarakat peneroka dan menganalisis penerimaan peneroka terhadap aktiviti dakwah yang dijalankan oleh organisasi tersebut. Metodologi: Kajian ini menggunakan kaedah gabungan kualitatif dan kuantitatif dengan mengaplikasikan reka bentuk kajian tinjauan dan analisis dokumen. Data dikumpul menerusi instrumen soal selidik dan temu bual tidak berstruktur. Penganalisisan data menggunakan perisian NViVo bagi data temu bual dan peratusan secara manual bagi soal selidik. Seramai 120 responden yang terdiri daripada 64 orang responden lelaki dan 54 orang responden perempuan yang berusia antara 17 hingga 55 tahun terlibat dalam kajian ini. Keputusan: Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat peneroka FELDA di negeri Pahang datang dari latar belakang kenegerian yang berbeza menyebabkan berlaku percampuran pelbagai bentuk ragam manusia. Kajian juga mendapati bahawa usaha gigih telah dijalankan oleh tiga organisasi Islam di negeri Pahang dalam menjalankan aktiviti dakwah kepada peneroka meskipun dari aspek berbeza. Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) memberi tumpuan kepada pengetahuan dan penghayatan agama. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) lebih fokus kepada pembangunan belia. Parti Islam Se- Malaysia (PAS) pula memberi tumpuan kepada aspek kemasyarakatan dan kebajikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti dakwah yang dijalankan oleh tiga organisasi Islam ini memuaskan, tetapi kurang membantu dalam meningkatkan penghayatan agama dan menyelesaikan masalah peneroka. Kajian juga mendapati peneroka menunjukkan aktiviti dakwah yang dijalankan kurang menarik minat mereka serta terdapat isi kandungan aktiviti tersebut yang tidak bersesuaian dengan mereka. Namun begitu, mereka mendapati penceramah yang terlibat dengan aktiviti tersebut adalah memuaskan. Kesimpulan: Secara keseluruhannya, organisasi Islam di negeri Pahang telah berusaha menjalankan aktiviti dakwah terhadap masyarakat peneroka, namun setiap aktiviti dakwah yang dijalankan masih perlu kepada penambahbaikan. Kajian ini mencadangkan biro agama FELDA menjalinkan kerjasama yang lebih sistematik dengan semua organisasi Islam bagi memenuhi keperluan masyarakat peneroka dengan menjalankan aktiviti dakwah yang berterusan agar dapat menyelesaikan permasalahan semasa mereka. Islamic apologetics Islamic scholars—Yemen—Biography Islamic theology—Methodology Bālifaqīh, ʻAbd al-Raḥmān—Criticism and interpretation Revealed religion (Islam) Islamic dogmatics—Sources Thesis
spellingShingle 2018_Penerimaan Peneroka Felda Terhadap Aktiviti Dakwah Organisasi Islam di Pahang
state Terengganu
subject Islam—Doctrines
Faith (Islam)
Dissertations, Academic
Islamic apologetics
Islamic scholars—Yemen—Biography
Islamic theology—Methodology
Bālifaqīh, ʻAbd al-Raḥmān—Criticism and interpretation
Revealed religion (Islam)
Islamic dogmatics—Sources
summary Pernyataan Masalah: Pembangunan peneroka di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah penting bagi mewujudkan kelompok masyarakat yang proaktif dan berdaya saing dari semua sudut termasuk ekonomi dan agama, selari dengan status FELDA sebagai agen pembangunan tanah terbesar di Malaysia. Namun begitu, kelemahan penghayatan agama dikesan dalam kalangan mereka. Kekurangan dari sudut aktiviti dakwah secara khusus buat masyarakat FELDA menjadi pengekang bagi mereka untuk menambahbaik penghayatan agama dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, hal ini memerlukan organisasi Islam memainkan peranannya sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan sosio-budaya peneroka berlandaskan syariat Islam melalui perlaksanaan pelbagai aktiviti dakwah di FELDA. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang masyarakat peneroka di FELDA negeri Pahang. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui aktiviti-aktiviti dakwah yang dijalankan oleh organisasi Islam di Pahang kepada masyarakat peneroka dan menganalisis penerimaan peneroka terhadap aktiviti dakwah yang dijalankan oleh organisasi tersebut. Metodologi: Kajian ini menggunakan kaedah gabungan kualitatif dan kuantitatif dengan mengaplikasikan reka bentuk kajian tinjauan dan analisis dokumen. Data dikumpul menerusi instrumen soal selidik dan temu bual tidak berstruktur. Penganalisisan data menggunakan perisian NViVo bagi data temu bual dan peratusan secara manual bagi soal selidik. Seramai 120 responden yang terdiri daripada 64 orang responden lelaki dan 54 orang responden perempuan yang berusia antara 17 hingga 55 tahun terlibat dalam kajian ini. Keputusan: Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat peneroka FELDA di negeri Pahang datang dari latar belakang kenegerian yang berbeza menyebabkan berlaku percampuran pelbagai bentuk ragam manusia. Kajian juga mendapati bahawa usaha gigih telah dijalankan oleh tiga organisasi Islam di negeri Pahang dalam menjalankan aktiviti dakwah kepada peneroka meskipun dari aspek berbeza. Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) memberi tumpuan kepada pengetahuan dan penghayatan agama. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) lebih fokus kepada pembangunan belia. Parti Islam Se- Malaysia (PAS) pula memberi tumpuan kepada aspek kemasyarakatan dan kebajikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti dakwah yang dijalankan oleh tiga organisasi Islam ini memuaskan, tetapi kurang membantu dalam meningkatkan penghayatan agama dan menyelesaikan masalah peneroka. Kajian juga mendapati peneroka menunjukkan aktiviti dakwah yang dijalankan kurang menarik minat mereka serta terdapat isi kandungan aktiviti tersebut yang tidak bersesuaian dengan mereka. Namun begitu, mereka mendapati penceramah yang terlibat dengan aktiviti tersebut adalah memuaskan. Kesimpulan: Secara keseluruhannya, organisasi Islam di negeri Pahang telah berusaha menjalankan aktiviti dakwah terhadap masyarakat peneroka, namun setiap aktiviti dakwah yang dijalankan masih perlu kepada penambahbaikan. Kajian ini mencadangkan biro agama FELDA menjalinkan kerjasama yang lebih sistematik dengan semua organisasi Islam bagi memenuhi keperluan masyarakat peneroka dengan menjalankan aktiviti dakwah yang berterusan agar dapat menyelesaikan permasalahan semasa mereka.
title 2018_Penerimaan Peneroka Felda Terhadap Aktiviti Dakwah Organisasi Islam di Pahang
title_full 2018_Penerimaan Peneroka Felda Terhadap Aktiviti Dakwah Organisasi Islam di Pahang
title_fullStr 2018_Penerimaan Peneroka Felda Terhadap Aktiviti Dakwah Organisasi Islam di Pahang
title_full_unstemmed 2018_Penerimaan Peneroka Felda Terhadap Aktiviti Dakwah Organisasi Islam di Pahang
title_short 2018_Penerimaan Peneroka Felda Terhadap Aktiviti Dakwah Organisasi Islam di Pahang
title_sort 2018_penerimaan peneroka felda terhadap aktiviti dakwah organisasi islam di pahang