2015_Pelaksanaan Takwim Hijri Terengganu: Persepsi Masyarakat Dalam Aspek Sains, Sosiobudaya dan Agama Di Kuala Terengganu
| Format: | General Document |
|---|
| _version_ | 1860798197746630656 |
|---|---|
| building | INTELEK Repository |
| collection | Online Access |
| collectionurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 |
| copyright | Copyright©PWB2025 |
| country | Malaysia |
| date | 2016-06-06 14:56 |
| format | General Document |
| id | 16385 |
| institution | UniSZA |
| originalfilename | PELAKSANAAN TAKWIM HIJRI TERENGGANU_ PERSEPSI MASYARAKAT DALAM ASPEK SAINS, SOSIOBUDAYA DAN AGAMA DI KUALA TERENGGANU (MASTER_2015).pdf |
| person | PDFsam Basic v4.2.10 Sharifah Hamizah Binti Syed Omar |
| recordtype | oai_dc |
| resourceurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16385 |
| sourcemedia | Server storage Scanned document |
| spelling | 16385 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16385 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Islamic Contemporary Studies Malay application/pdf 1.5 PDFsam Basic v4.2.10 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) 174 Terengganu Copyright©PWB2025 Islam—Doctrines Faith (Islam) Dissertations, Academic 2016-06-06 14:56 PELAKSANAAN TAKWIM HIJRI TERENGGANU_ PERSEPSI MASYARAKAT DALAM ASPEK SAINS, SOSIOBUDAYA DAN AGAMA DI KUALA TERENGGANU (MASTER_2015).pdf Sharifah Hamizah Binti Syed Omar Takwim Hijri 2015_Pelaksanaan Takwim Hijri Terengganu: Persepsi Masyarakat Dalam Aspek Sains, Sosiobudaya dan Agama Di Kuala Terengganu Takwim merupakan sistem unit masa yang dibangunkan manusia bagi menjalankan urusan harian. Unit masa ini disusun berdasarkan fenomena astronomi dan dipaparkan dalam bentuk jadual. Fungsi takwim bukan sahaja melibatkan ibadat, bahkan juga bersangkutan dengan aktiviti sosiobudaya masyarakat setempat. Kepentingan penggunaannya menjadikan takwim antara produk falak yang utama. Takwim Hijri Terengganu diterbitkan setiap tahun bagi kegunaan masyarakat dalam kehidupan seharian. Penerbitan ini tidak tertumpu kepada bidang agama semata-mata, bahkan merangkumi segala bidang yang berkaitan dengan sains dan sosiobudaya. Walau bagaimanapun, penglibatan unsur-unsur sains dalam takwim menjadikan paparan takwim begitu kompleks dan mempengaruhi keberkesanan penyampaian kepada masyarakat. Kajian ini membincangkan persepsi masyarakat setempat terhadap penggunaan Takwim Hijri Negeri Terengganu merangkumi soal kekerapan dan kefahaman mereka terhadap beberapa unsur falak. Kaedah kajian ini melibatkan penyelidikan kuantitatif yang bersifat numerikal dan kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual tidak berstruktur serta pengumpulan data berbentuk dokumen. Kajian ini menggunakan sampel soal selidik yang melibatkan responden seramai 384 orang. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan masyarakat adalah sederhana iaitu peratusan penggunaan harian tertinggi adalah satu kali sehari iaitu 36.5%, walaupun jumlah pengeluarannya semakin meningkat setiap tahun. Di samping itu, golongan dewasa adalah yang selalu merujuk beberapa bahagian takwim dengan peratus tertinggi iaitu antara 30% hingga 40%. Selain itu, kefahaman masyarakat tentang ilmu falak adalah sederhana tertumpu kepada golongan berumur 50 ke atas, berpendidikan tinggi dan bekerja profesional dengan peratus maksimum hingga 60%. Penganalisisan kuantitatif kajian ini lebih tertumpu kepada kekerapan masyarakat menggunakan Takwim Hijri Terengganu dari sudut generik, pendidikan dan pekerjaan. Ujian korelasi Spearman menunjukkan terdapat korelasi signifikan antara paparan Takwim Hijri Terengganu dengan aktiviti masyarakat yang menggunakan takwim Hijri. Hasil ujian Kruskal-Wallis H menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam aspek jantina dan umur responden. Ujian Khi Kuasa Dua dalam jadual kontingensi dua hala bahagian kerap rujuk Takwim Hijri Terengganu menunjukkan perbezaan signifikan dalam aspek jantina, umur dan tahap pendidikan. Bagi pemahaman penerangan falak ringkas ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan perbezaan signifikan dalam aspek jantina, umur, status pendidikan dan pekerjaan. Penggunaan yang maksimum oleh masyarakat sangat penting bagi memenuhi matlamat penerbitannya. Takwim Hijri yang ideal dan menarik sangat penting bagi memberi kepuasan yang tinggi kepada masyarakat agar penggunaannya akan konsisten dalam semua urusan kehidupan seperti pertanian, perikanan, perniagaan, profesional dan sebagainya. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh pihak berkuasa negeri untuk menambah baik paparan Takwim Hijri Negeri Terengganu. Islamic apologetics Islamic scholars—Yemen—Biography Islamic theology—Methodology Bālifaqīh, ʻAbd al-Raḥmān—Criticism and interpretation Revealed religion (Islam) Islamic dogmatics—Sources Thesis |
| spellingShingle | 2015_Pelaksanaan Takwim Hijri Terengganu: Persepsi Masyarakat Dalam Aspek Sains, Sosiobudaya dan Agama Di Kuala Terengganu |
| state | Terengganu |
| subject | Islam—Doctrines Faith (Islam) Dissertations, Academic Islamic apologetics Islamic scholars—Yemen—Biography Islamic theology—Methodology Bālifaqīh, ʻAbd al-Raḥmān—Criticism and interpretation Revealed religion (Islam) Islamic dogmatics—Sources |
| summary | Takwim merupakan sistem unit masa yang dibangunkan manusia bagi menjalankan urusan harian. Unit masa ini disusun berdasarkan fenomena astronomi dan dipaparkan dalam bentuk jadual. Fungsi takwim bukan sahaja melibatkan ibadat, bahkan juga bersangkutan dengan aktiviti sosiobudaya masyarakat setempat. Kepentingan penggunaannya menjadikan takwim antara produk falak yang utama. Takwim Hijri Terengganu diterbitkan setiap tahun bagi kegunaan masyarakat dalam kehidupan seharian. Penerbitan ini tidak tertumpu kepada bidang agama semata-mata, bahkan merangkumi segala bidang yang berkaitan dengan sains dan sosiobudaya. Walau bagaimanapun, penglibatan unsur-unsur sains dalam takwim menjadikan paparan takwim begitu kompleks dan mempengaruhi keberkesanan penyampaian kepada masyarakat. Kajian ini membincangkan persepsi masyarakat setempat terhadap penggunaan Takwim Hijri Negeri Terengganu merangkumi soal kekerapan dan kefahaman mereka terhadap beberapa unsur falak. Kaedah kajian ini melibatkan penyelidikan kuantitatif yang bersifat numerikal dan kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual tidak berstruktur serta pengumpulan data berbentuk dokumen. Kajian ini menggunakan sampel soal selidik yang melibatkan responden seramai 384 orang. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan masyarakat adalah sederhana iaitu peratusan penggunaan harian tertinggi adalah satu kali sehari iaitu 36.5%, walaupun jumlah pengeluarannya semakin meningkat setiap tahun. Di samping itu, golongan dewasa adalah yang selalu merujuk beberapa bahagian takwim dengan peratus tertinggi iaitu antara 30% hingga 40%. Selain itu, kefahaman masyarakat tentang ilmu falak adalah sederhana tertumpu kepada golongan berumur 50 ke atas, berpendidikan tinggi dan bekerja profesional dengan peratus maksimum hingga 60%. Penganalisisan kuantitatif kajian ini lebih tertumpu kepada kekerapan masyarakat menggunakan Takwim Hijri Terengganu dari sudut generik, pendidikan dan pekerjaan. Ujian korelasi Spearman menunjukkan terdapat korelasi signifikan antara paparan Takwim Hijri Terengganu dengan aktiviti masyarakat yang menggunakan takwim Hijri. Hasil ujian Kruskal-Wallis H menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam aspek jantina dan umur responden. Ujian Khi Kuasa Dua dalam jadual kontingensi dua hala bahagian kerap rujuk Takwim Hijri Terengganu menunjukkan perbezaan signifikan dalam aspek jantina, umur dan tahap pendidikan. Bagi pemahaman penerangan falak ringkas ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan perbezaan signifikan dalam aspek jantina, umur, status pendidikan dan pekerjaan. Penggunaan yang maksimum oleh masyarakat sangat penting bagi memenuhi matlamat penerbitannya. Takwim Hijri yang ideal dan menarik sangat penting bagi memberi kepuasan yang tinggi kepada masyarakat agar penggunaannya akan konsisten dalam semua urusan kehidupan seperti pertanian, perikanan, perniagaan, profesional dan sebagainya. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh pihak berkuasa negeri untuk menambah baik paparan Takwim Hijri Negeri Terengganu. |
| title | 2015_Pelaksanaan Takwim Hijri Terengganu: Persepsi Masyarakat Dalam Aspek Sains, Sosiobudaya dan Agama Di Kuala Terengganu |
| title_full | 2015_Pelaksanaan Takwim Hijri Terengganu: Persepsi Masyarakat Dalam Aspek Sains, Sosiobudaya dan Agama Di Kuala Terengganu |
| title_fullStr | 2015_Pelaksanaan Takwim Hijri Terengganu: Persepsi Masyarakat Dalam Aspek Sains, Sosiobudaya dan Agama Di Kuala Terengganu |
| title_full_unstemmed | 2015_Pelaksanaan Takwim Hijri Terengganu: Persepsi Masyarakat Dalam Aspek Sains, Sosiobudaya dan Agama Di Kuala Terengganu |
| title_short | 2015_Pelaksanaan Takwim Hijri Terengganu: Persepsi Masyarakat Dalam Aspek Sains, Sosiobudaya dan Agama Di Kuala Terengganu |
| title_sort | 2015_pelaksanaan takwim hijri terengganu: persepsi masyarakat dalam aspek sains, sosiobudaya dan agama di kuala terengganu |