2022_Kerangka Perniagaan Berasaskan Pemikiran Ekonomi Sarjana Islam Klasik
| Format: | General Document |
|---|
| _version_ | 1860798177677934592 |
|---|---|
| building | INTELEK Repository |
| collection | Online Access |
| collectionurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 |
| copyright | Copyright©PWB2025 |
| country | Malaysia |
| date | 2022-10-10 10:36 |
| format | General Document |
| id | 16305 |
| institution | UniSZA |
| originalfilename | KERANGKA PERNIAGAAN BERASASKAN PEMIKIRAN EKONOMI SARJANA ISLAM KLASIK (MASTER_2022).pdf |
| person | PDFsam Basic v4.2.10 Nur Amani Aisyah Binti Samsuddin |
| recordtype | oai_dc |
| resourceurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16305 |
| sourcemedia | Server storage Scanned document |
| spelling | 16305 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16305 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Islamic Contemporary Studies Malay application/pdf 1.5 PDFsam Basic v4.2.10 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) Copyright©PWB2025 252 Islam—Doctrines Faith (Islam) 2022-10-10 10:36 KERANGKA PERNIAGAAN BERASASKAN PEMIKIRAN EKONOMI SARJANA ISLAM KLASIK (MASTER_2022).pdf Nur Amani Aisyah Binti Samsuddin Kerangka Perniagaan Pemikiran Ekonomi Sarjana Islam Klasik 2022_Kerangka Perniagaan Berasaskan Pemikiran Ekonomi Sarjana Islam Klasik Prestasi perniagaan yang unggul dibantu oleh model perniagaan yang komprehensif. Sejarah membuktikan bahawa model perniagaan Islam oleh Rasulullah SAW dan para sahabat telah membawa masyarakat Islam kepada suatu perekonomian yang maju. Namun, terdapat jurang antara formula perniagaan Islam dengan model perniagaan pada masa kini yang bersifat pro-perniagaan, kapitalis dan didorong oleh margin keuntungan memberi kesan terhadap survival perniagaan muslim. Perkara ini berlaku kerana ekonomi Islam dalam karya ulama tidak dianjurkan sebagai disiplin saintifik, yang akhirnya menyebabkan ekonomi Islam dihilangkan oleh sejarah. Justeru, kajian ini memfokuskan kepada tokoh pemikir ekonomi Islam daripada 750 Masihi sehingga 1446 Masihi yang juga termasuk al-Ghazali, Ibn Taimiyah dan Ibn Khaldun. Pemikiran ekonomi, khususnya tentang perniagaan dalam kalangan sarjana Islam ini sangat ketara dalam penulisan mereka, seterusnya menyumbang kepada kemajuan ekonomi pada zaman tersebut. Walaupun terdapat perbezaan tempoh masa antara sarjana Islam ini, namun kesinambungan pemikiran mereka mencorakkan kerangka pemikiran ekonomi yang menjadi asas kepada pemikiran ekonomi Islam masa kini. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengenal pasti konsep dan teori perniagaan menurut sarjana ekonomi Islam klasik yang terdiri daripada al-Ghazali, Ibn Taimiyah dan Ibn Khaldun serta seterusnya membangunkan kerangka perniagaan berasaskan pemikiran ekonomi sarjana tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk fundamental yang menghasilkan kerangka baharu melalui Kaedah Teori Asas. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah analisis dokumen dan Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) yang terdiri daripada wakil agensi, usahawan dan ahli akademik dalam bidang perniagaan. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan konsep dan teori perniagaan adalah berpandukan al-Quran dan al-Sunnah agar pelaksanaan aktiviti perniagaan dilakukan secara beretika serta berlandaskan kepada syariat Islam. Kerangka perniagaan yang dibangunkan berdasarkan pemikiran al-Ghazali, Ibn Taimiyah dan Ibn Khaldun adalah berteraskan kepada akidah, syariah dan akhlak yang menjadi pemangkin kepada perniagaan untuk mencapai al-Falah (kejayaan). Ia terdiri daripada empat komponen utama iaitu pengeluaran, urus niaga, pemasaran dan peranan kerajaan. Komponen pengeluaran dipengaruhi oleh mekanisme pasaran, sumber kewangan dan modal insan. Komponen urus niaga pula dipengaruhi oleh nilai mata wang dan prinsip perniagaan Islam yang bebas daripada perkara bercanggah dengan syarak. Manakala komponen pemasaran dipengaruhi oleh etika dalam pemasaran, media pengiklanan dan strategi pemasaran. Seterusnya komponen terakhir adalah peranan kerajaan sebagai insitusi Hisbah dan pusat pengagihan pendapatan. Hasil kajian ini berjaya membangunkan sebuah kerangka perniagaan berasaskan pemikiran ekonomi sarjana Islam klasik sebagai panduan kepada peniaga dan agensi perniagaan yang berkaitan. Kesimpulannya, kajian ini akan memberi sumbangan yang signifikan kepada prestasi perniagaan Muslim sama ada daripada aspek teoretikal atau empirikal. 230 Dissertations, Academic Islamic apologetics Islamic scholars—Yemen—Biography Islamic theology—Methodology Bālifaqīh, ʻAbd al-Raḥmān—Criticism and interpretation Revealed religion (Islam) Islamic dogmatics—Sources Thesis |
| spellingShingle | 2022_Kerangka Perniagaan Berasaskan Pemikiran Ekonomi Sarjana Islam Klasik |
| state | Terengganu |
| subject | Islam—Doctrines Faith (Islam) Dissertations, Academic Islamic apologetics Islamic scholars—Yemen—Biography Islamic theology—Methodology Bālifaqīh, ʻAbd al-Raḥmān—Criticism and interpretation Revealed religion (Islam) Islamic dogmatics—Sources |
| summary | Prestasi perniagaan yang unggul dibantu oleh model perniagaan yang komprehensif. Sejarah membuktikan bahawa model perniagaan Islam oleh Rasulullah SAW dan para sahabat telah membawa masyarakat Islam kepada suatu perekonomian yang maju. Namun, terdapat jurang antara formula perniagaan Islam dengan model perniagaan pada masa kini yang bersifat pro-perniagaan, kapitalis dan didorong oleh margin keuntungan memberi kesan terhadap survival perniagaan muslim. Perkara ini berlaku kerana ekonomi Islam dalam karya ulama tidak dianjurkan sebagai disiplin saintifik, yang akhirnya menyebabkan ekonomi Islam dihilangkan oleh sejarah. Justeru, kajian ini memfokuskan kepada tokoh pemikir ekonomi Islam daripada 750 Masihi sehingga 1446 Masihi yang juga termasuk al-Ghazali, Ibn Taimiyah dan Ibn Khaldun. Pemikiran ekonomi, khususnya tentang perniagaan dalam kalangan sarjana Islam ini sangat ketara dalam penulisan mereka, seterusnya menyumbang kepada kemajuan ekonomi pada zaman tersebut. Walaupun terdapat perbezaan tempoh masa antara sarjana Islam ini, namun kesinambungan pemikiran mereka mencorakkan kerangka pemikiran ekonomi yang menjadi asas kepada pemikiran ekonomi Islam masa kini. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengenal pasti konsep dan teori perniagaan menurut sarjana ekonomi Islam klasik yang terdiri daripada al-Ghazali, Ibn Taimiyah dan Ibn Khaldun serta seterusnya membangunkan kerangka perniagaan berasaskan pemikiran ekonomi sarjana tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk fundamental yang menghasilkan kerangka baharu melalui Kaedah Teori Asas. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah analisis dokumen dan Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) yang terdiri daripada wakil agensi, usahawan dan ahli akademik dalam bidang perniagaan. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan konsep dan teori perniagaan adalah berpandukan al-Quran dan al-Sunnah agar pelaksanaan aktiviti perniagaan dilakukan secara beretika serta berlandaskan kepada syariat Islam. Kerangka perniagaan yang dibangunkan berdasarkan pemikiran al-Ghazali, Ibn Taimiyah dan Ibn Khaldun adalah berteraskan kepada akidah, syariah dan akhlak yang menjadi pemangkin kepada perniagaan untuk mencapai al-Falah (kejayaan). Ia terdiri daripada empat komponen utama iaitu pengeluaran, urus niaga, pemasaran dan peranan kerajaan. Komponen pengeluaran dipengaruhi oleh mekanisme pasaran, sumber kewangan dan modal insan. Komponen urus niaga pula dipengaruhi oleh nilai mata wang dan prinsip perniagaan Islam yang bebas daripada perkara bercanggah dengan syarak. Manakala komponen pemasaran dipengaruhi oleh etika dalam pemasaran, media pengiklanan dan strategi pemasaran. Seterusnya komponen terakhir adalah peranan kerajaan sebagai insitusi Hisbah dan pusat pengagihan pendapatan. Hasil kajian ini berjaya membangunkan sebuah kerangka perniagaan berasaskan pemikiran ekonomi sarjana Islam klasik sebagai panduan kepada peniaga dan agensi perniagaan yang berkaitan. Kesimpulannya, kajian ini akan memberi sumbangan yang signifikan kepada prestasi perniagaan Muslim sama ada daripada aspek teoretikal atau empirikal. |
| title | 2022_Kerangka Perniagaan Berasaskan Pemikiran Ekonomi Sarjana Islam Klasik |
| title_full | 2022_Kerangka Perniagaan Berasaskan Pemikiran Ekonomi Sarjana Islam Klasik |
| title_fullStr | 2022_Kerangka Perniagaan Berasaskan Pemikiran Ekonomi Sarjana Islam Klasik |
| title_full_unstemmed | 2022_Kerangka Perniagaan Berasaskan Pemikiran Ekonomi Sarjana Islam Klasik |
| title_short | 2022_Kerangka Perniagaan Berasaskan Pemikiran Ekonomi Sarjana Islam Klasik |
| title_sort | 2022_kerangka perniagaan berasaskan pemikiran ekonomi sarjana islam klasik |