2019_Kefahaman Asas Akidah Islam Dalam Kalangan Mualaf Cina di Melaka
| Format: | General Document |
|---|
| _version_ | 1860798175959318528 |
|---|---|
| building | INTELEK Repository |
| collection | Online Access |
| collectionurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 |
| copyright | Copyright©PWB2025 |
| country | Malaysia |
| date | 2019-04-18 16:07 |
| format | General Document |
| id | 16299 |
| institution | UniSZA |
| originalfilename | KEFAHAMAN ASAS AKIDAH ISLAM DALAM KALANGAN MUALAF CINA DI MELAKA (MASTER_2019).pdf |
| person | PDFsam Basic v4.2.10 Maisarah Mansor |
| recordtype | oai_dc |
| resourceurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16299 |
| sourcemedia | Server storage Scanned document |
| spelling | 16299 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16299 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Islamic Contemporary Studies Malay application/pdf 1.5 PDFsam Basic v4.2.10 Server storage Scanned document UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin 171 SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) Copyright©PWB2025 187 Islam—Doctrines 2019-04-18 16:07 KEFAHAMAN ASAS AKIDAH ISLAM DALAM KALANGAN MUALAF CINA DI MELAKA (MASTER_2019).pdf Maisarah Mansor Asas Akidah Islam Mualaf Cina Melaka Faith (Islam) 2019_Kefahaman Asas Akidah Islam Dalam Kalangan Mualaf Cina di Melaka Masalah keteguhan iman dalam kalangan mualaf amat membimbangkan. Hal ini kerana mereka terdorong dengan individu di persekitaran mereka yang memilih untuk memeluk agama Islam tanpa mengetahui prinsip agama Islam itu sendiri. Akibatnya terdapat mualaf yang memilih untuk keluar dari agama Islam. Kelemahan akidah dalam kalangan mualaf boleh menggugat keimanan mereka kerana masih terdapat mualaf yang mengamalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Hal ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman mualaf terhadap akidah Islam masih perlu diteliti dan diberi perhatian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan keupayaan mualaf Cina di Melaka dalam memahami akidah Islam melalui kelas-kelas dan aktiviti yang telah dianjurkan serta mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh mereka dalam memahami akidah Islam. Kajian ini melibatkan gabungan antara kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 165 orang responden. Kajian rintis yang melibatkan seramai 30 orang responden telah dijalankan terlebih dahulu. Data daripada kajian rintis dianalisis menggunakan program Alpha Cronbrach. Item yang mempunyai nilai alfa kurang daripada 0.65 disingkirkan daripada soal selidik kerana mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Hasil analisis kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik dalam kajian ini adalah 0.75. Soal selidik dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Sosial Science (SPSS) versi 21.0 untuk melihat kekerapan, peratus dan min. Manakala kaedah kualitatif menggunakan temu bual separa struktur melibatkan tujuh orang responden yang terdiri daripada tiga orang pegawai di Balai Islam Melaka dan empat orang mualaf Cina. Transkripsi temu bual dicatat dan dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti 8.2. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman akidah responden berada pada tahap yang baik. Namun begitu, kefahaman mereka masih boleh digugat sekiranya berlaku penyelewengan terhadap isu-isu akidah kerana kurangnya keyakinan dalam diri. Kajian juga mendapati kelas-kelas pemantapan akidah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan mualaf. Majoriti responden berpuas hati dengan program yang telah dijalankan. Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang dapat dikenalpasti walaupun tahap kefahaman akidah mualaf berada pada tahap yang baik. Antaranya ialah kesukaran mendapatkan buku-buku akidah dalam bahasa Cina, perasaan malu untuk bertanya di dalam kelas serta kesukaran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini merumuskan bahawa tidak semua mualaf Cina di Melaka mempunyai keyakinan yang kukuh dalam memahami akidah Islam walaupun mereka memahami konsep akidah Islam. Kajian ini mencadangkan agar kajian mengenai penghayatan akidah Islam dalam kalangan mualaf dapat dijalankan pada masa akan datang sebagai kesinambungan daripada kajian ini. Dissertations, Academic Islamic apologetics Islamic scholars—Yemen—Biography Islamic theology—Methodology Bālifaqīh, ʻAbd al-Raḥmān—Criticism and interpretation Revealed religion (Islam) Islamic dogmatics—Sources Thesis |
| spellingShingle | 2019_Kefahaman Asas Akidah Islam Dalam Kalangan Mualaf Cina di Melaka |
| state | Terengganu |
| subject | Islam—Doctrines Faith (Islam) Dissertations, Academic Islamic apologetics Islamic scholars—Yemen—Biography Islamic theology—Methodology Bālifaqīh, ʻAbd al-Raḥmān—Criticism and interpretation Revealed religion (Islam) Islamic dogmatics—Sources |
| summary | Masalah keteguhan iman dalam kalangan mualaf amat membimbangkan. Hal ini kerana mereka terdorong dengan individu di persekitaran mereka yang memilih untuk memeluk agama Islam tanpa mengetahui prinsip agama Islam itu sendiri. Akibatnya terdapat mualaf yang memilih untuk keluar dari agama Islam. Kelemahan akidah dalam kalangan mualaf boleh menggugat keimanan mereka kerana masih terdapat mualaf yang mengamalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Hal ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman mualaf terhadap akidah Islam masih perlu diteliti dan diberi perhatian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan keupayaan mualaf Cina di Melaka dalam memahami akidah Islam melalui kelas-kelas dan aktiviti yang telah dianjurkan serta mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh mereka dalam memahami akidah Islam. Kajian ini melibatkan gabungan antara kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 165 orang responden. Kajian rintis yang melibatkan seramai 30 orang responden telah dijalankan terlebih dahulu. Data daripada kajian rintis dianalisis menggunakan program Alpha Cronbrach. Item yang mempunyai nilai alfa kurang daripada 0.65 disingkirkan daripada soal selidik kerana mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Hasil analisis kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik dalam kajian ini adalah 0.75. Soal selidik dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Sosial Science (SPSS) versi 21.0 untuk melihat kekerapan, peratus dan min. Manakala kaedah kualitatif menggunakan temu bual separa struktur melibatkan tujuh orang responden yang terdiri daripada tiga orang pegawai di Balai Islam Melaka dan empat orang mualaf Cina. Transkripsi temu bual dicatat dan dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti 8.2. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman akidah responden berada pada tahap yang baik. Namun begitu, kefahaman mereka masih boleh digugat sekiranya berlaku penyelewengan terhadap isu-isu akidah kerana kurangnya keyakinan dalam diri. Kajian juga mendapati kelas-kelas pemantapan akidah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan mualaf. Majoriti responden berpuas hati dengan program yang telah dijalankan. Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang dapat dikenalpasti walaupun tahap kefahaman akidah mualaf berada pada tahap yang baik. Antaranya ialah kesukaran mendapatkan buku-buku akidah dalam bahasa Cina, perasaan malu untuk bertanya di dalam kelas serta kesukaran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini merumuskan bahawa tidak semua mualaf Cina di Melaka mempunyai keyakinan yang kukuh dalam memahami akidah Islam walaupun mereka memahami konsep akidah Islam. Kajian ini mencadangkan agar kajian mengenai penghayatan akidah Islam dalam kalangan mualaf dapat dijalankan pada masa akan datang sebagai kesinambungan daripada kajian ini. |
| title | 2019_Kefahaman Asas Akidah Islam Dalam Kalangan Mualaf Cina di Melaka |
| title_full | 2019_Kefahaman Asas Akidah Islam Dalam Kalangan Mualaf Cina di Melaka |
| title_fullStr | 2019_Kefahaman Asas Akidah Islam Dalam Kalangan Mualaf Cina di Melaka |
| title_full_unstemmed | 2019_Kefahaman Asas Akidah Islam Dalam Kalangan Mualaf Cina di Melaka |
| title_short | 2019_Kefahaman Asas Akidah Islam Dalam Kalangan Mualaf Cina di Melaka |
| title_sort | 2019_kefahaman asas akidah islam dalam kalangan mualaf cina di melaka |