2017_Dimensi Sentuhan Kemanusiaan Dalam Sistem Pengurusan Kualiti

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798160277864448
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3
copyright Copyright©PWB2025
country Malaysia
date 2018-12-05
format General Document
id 16231
institution UniSZA
originalfilename DIMENSI SENTUHAN KEMANUSIAAN DALAM.pdf
person Zambi Bin Zakaria
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16231
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 16231 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16231 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Business and Management Malay application/pdf 1.5 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 3.0.18; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) Copyright©PWB2025 Social responsibility of business Organizational behavior 2018-12-05 203 DIMENSI SENTUHAN KEMANUSIAAN DALAM.pdf Zambi Bin Zakaria Dimensi Sentuhan Kemanusiaan Sistem Pengurusan Kualiti Humanitarianism Quality Control Management – Human Resources 2017_Dimensi Sentuhan Kemanusiaan Dalam Sistem Pengurusan Kualiti Kebanyakan universiti awam menghadapi cabaran yang besar untuk meningkatkan pendekatan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dengan menggunakan elemen-elemen sentuhan kemanusiaan dalam mempengaruhi prestasi kakitangan. Kajian ini bertujuan untuk mempertimbangkan dimensi 'sentuhan kemanusiaan' bagi mempertingkatkan prestasi keseluruhan kakitangan. Terdapat empat konstruk seperti komitmen pengurusan, gaya kepimpinan, kerja berpasukan serta kreativiti dan daya usaha yang mempengaruhi prestasi kakitangan di UPNM. Penyelidik ingin menentukan bahawa konstruk-konstruk dimensi sentuhan kemanusiaan di bawah SPK mempengaruhi keseluruhan tahap prestasi kakitangan. UPNM merupakan satu unit analisis, melibatkan kakitangan akademik dan bukan akademik sebagai responden bagi kaji selidik. Kerangka persampelan ditentukan menerusi senarai responden daripada enam Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian (FPJB) di UPNM. Tumpuan kajian adalah ke atas pengukuran sumbangan dimensi 'sentuhan kemanusiaan' dalam SPK yang akan mempengaruhi prestasi kakitangan di UPNM. Pengutipan data bagi tempoh tiga bulan, bermula pada 14 September 2015 hingga 27 November 2015. Borang soal selidik telah diagihkan secara rawak dan sesi temu bual secara sistematik dengan empat responden yang dipilih. Sejumlah 415 borang soal selidik yang lengkap telah diagihkan dan hanya sejumlah 213 yang telah memberi maklum balas sepenuhnya. Reka bentuk penyelidikan keratan rentas dan teknik reka bentuk persampelan berstrata telah digunakan dalam kajian ini, yang mana merupakan salah satu kaedah persampelan rawak. Data yang dikutip dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 22.0. Dapatan kajian menunjukkan seramai 181 responden (85 peratus) menyatakan bahawa pelaksanaan SPK di UPNM boleh dipertingkatkan dengan mengambil kira elemen sentuhan kemanusiaan. Ujian Korelasi Pearson dan Regresi Berganda telah digunakan dan mendapati wujud hubungan yang signifikan bagi dimensi sentuhan kemanusiaan terhadap aspek komitmen pengurusan (p=102.551), gaya kepimpinan (B=62.230), kerja berpasukan (B=95.445) serta kreativiti dan daya usaha (B=94.521) pada tahap keertian 95 peratus dalam mempengaruhi prestasi kakitangan di UPNM. Hasil kajian ini memberikan gambaran yang menyeluruh dari aspek implikasi teori dan praktikal kepada pihak pengurusan bahawa prestasi kerja kakitangan UPNM dapat dipertingkatkan menerusi pendekatan sentuhan kemanusiaan dalam SPK. Kajian telah membuktikan bahawa prestasi kerja kakitangan berkait rapat dengan dimensi sentuhan kemanusiaan dalam SPK. Kajian ini menyumbang dengan memberikan gambaran menyeluruh tentang keberkesanan pelaksanaan SPK dan tahap prestasi kakitangan di UPNM. Kajian ini juga mencadangkan pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang kepada pihak eksekutif atau pengurusan tertinggi universiti untuk mengambil kira elemen sentuhan kemanusiaan sebagai konstruk teras bagi meningkatkan pengurusan kualiti di UPNM secara khususnya dan IPTA secara amnya. Dissertations, Academic Thesis
spellingShingle 2017_Dimensi Sentuhan Kemanusiaan Dalam Sistem Pengurusan Kualiti
state Terengganu
subject Social responsibility of business
Organizational behavior
Humanitarianism
Quality Control
Management – Human Resources
Dissertations, Academic
summary Kebanyakan universiti awam menghadapi cabaran yang besar untuk meningkatkan pendekatan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dengan menggunakan elemen-elemen sentuhan kemanusiaan dalam mempengaruhi prestasi kakitangan. Kajian ini bertujuan untuk mempertimbangkan dimensi 'sentuhan kemanusiaan' bagi mempertingkatkan prestasi keseluruhan kakitangan. Terdapat empat konstruk seperti komitmen pengurusan, gaya kepimpinan, kerja berpasukan serta kreativiti dan daya usaha yang mempengaruhi prestasi kakitangan di UPNM. Penyelidik ingin menentukan bahawa konstruk-konstruk dimensi sentuhan kemanusiaan di bawah SPK mempengaruhi keseluruhan tahap prestasi kakitangan. UPNM merupakan satu unit analisis, melibatkan kakitangan akademik dan bukan akademik sebagai responden bagi kaji selidik. Kerangka persampelan ditentukan menerusi senarai responden daripada enam Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian (FPJB) di UPNM. Tumpuan kajian adalah ke atas pengukuran sumbangan dimensi 'sentuhan kemanusiaan' dalam SPK yang akan mempengaruhi prestasi kakitangan di UPNM. Pengutipan data bagi tempoh tiga bulan, bermula pada 14 September 2015 hingga 27 November 2015. Borang soal selidik telah diagihkan secara rawak dan sesi temu bual secara sistematik dengan empat responden yang dipilih. Sejumlah 415 borang soal selidik yang lengkap telah diagihkan dan hanya sejumlah 213 yang telah memberi maklum balas sepenuhnya. Reka bentuk penyelidikan keratan rentas dan teknik reka bentuk persampelan berstrata telah digunakan dalam kajian ini, yang mana merupakan salah satu kaedah persampelan rawak. Data yang dikutip dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 22.0. Dapatan kajian menunjukkan seramai 181 responden (85 peratus) menyatakan bahawa pelaksanaan SPK di UPNM boleh dipertingkatkan dengan mengambil kira elemen sentuhan kemanusiaan. Ujian Korelasi Pearson dan Regresi Berganda telah digunakan dan mendapati wujud hubungan yang signifikan bagi dimensi sentuhan kemanusiaan terhadap aspek komitmen pengurusan (p=102.551), gaya kepimpinan (B=62.230), kerja berpasukan (B=95.445) serta kreativiti dan daya usaha (B=94.521) pada tahap keertian 95 peratus dalam mempengaruhi prestasi kakitangan di UPNM. Hasil kajian ini memberikan gambaran yang menyeluruh dari aspek implikasi teori dan praktikal kepada pihak pengurusan bahawa prestasi kerja kakitangan UPNM dapat dipertingkatkan menerusi pendekatan sentuhan kemanusiaan dalam SPK. Kajian telah membuktikan bahawa prestasi kerja kakitangan berkait rapat dengan dimensi sentuhan kemanusiaan dalam SPK. Kajian ini menyumbang dengan memberikan gambaran menyeluruh tentang keberkesanan pelaksanaan SPK dan tahap prestasi kakitangan di UPNM. Kajian ini juga mencadangkan pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang kepada pihak eksekutif atau pengurusan tertinggi universiti untuk mengambil kira elemen sentuhan kemanusiaan sebagai konstruk teras bagi meningkatkan pengurusan kualiti di UPNM secara khususnya dan IPTA secara amnya.
title 2017_Dimensi Sentuhan Kemanusiaan Dalam Sistem Pengurusan Kualiti
title_full 2017_Dimensi Sentuhan Kemanusiaan Dalam Sistem Pengurusan Kualiti
title_fullStr 2017_Dimensi Sentuhan Kemanusiaan Dalam Sistem Pengurusan Kualiti
title_full_unstemmed 2017_Dimensi Sentuhan Kemanusiaan Dalam Sistem Pengurusan Kualiti
title_short 2017_Dimensi Sentuhan Kemanusiaan Dalam Sistem Pengurusan Kualiti
title_sort 2017_dimensi sentuhan kemanusiaan dalam sistem pengurusan kualiti