2019_Penukilan Nilai Islam Pada Warisan Budaya-Benda Melayu-Kelantan
| Format: | General Document |
|---|
| _version_ | 1860798132604895232 |
|---|---|
| building | INTELEK Repository |
| collection | Online Access |
| collectionurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 |
| copyright | Copyright©PWB2025 |
| country | Malaysia |
| date | 2020-01-12 |
| format | General Document |
| id | 16102 |
| institution | UniSZA |
| originalfilename | PENUKILAN NILAI ISLAM PADA WARISAN BUDAYA-BENDA MELAYU-KELANTAN (PHD_2019).pdf |
| person | Zulayti binti Zakaria |
| recordtype | oai_dc |
| resourceurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16102 |
| sourcemedia | Server storage Scanned document |
| spelling | 16102 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16102 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Applied Social Sciences Malay application/pdf 1.5 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) Copyright©PWB2025 Islamic art Islamic culture 2020-01-12 448 PENUKILAN NILAI ISLAM PADA WARISAN BUDAYA-BENDA MELAYU-KELANTAN (PHD_2019).pdf Zulayti binti Zakaria Nilai Islam Malay culture 2019_Penukilan Nilai Islam Pada Warisan Budaya-Benda Melayu-Kelantan Warisan budaya merupakan salah satu unsur penting dalam kehidupan masyarakat bernegara, khususnya sebagai asas pembentukan jati diri. Walau bagaimanapun, sehingga kini aspek-aspek ini tidak berkembang pada kadar yang sepadan dengan kepentingannya itu kerana pelbagai pihak tidak begitu memahami ciri-cirinya yang sebenar secara mendalam. Berikutan dengan isu demikian, kajian dilakukan dengan objektif pertama, menjelaskan maksud warisan budaya-benda. Kedua, meneliti dan menilai tulisan-tulisan yang ada pada hari ini mengenai warisan Melayu-Kelantan khususnya dan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu amnya. Ketiga, mengkonsepsikan maksud "nilai Islam" dalam konteks warisan budaya-benda. Keempat, menggarapkan aspek-aspek warisan Melayu-Kelantan. Kelima, menukilkan nilai Islam pada seni bina dan ukiran Melayu-Kelantan dan keenam, menukilkan nilai Islam pada keris dan tekstil Melayu-Kelantan. Kajian ini dilakukan melalui satu kerja lapangan berasaskan pendekatan historiografi. Data yang dikumpul terdiri daripada dua kategori, iaitu; pertama, analisis kandungan bahan sejarah yang terdiri daripada catatan China abad ke-12 Masihi, catatan Jawa Majapahit iaitu Negaralwetagama abad ke-14, Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-Raja Pasai abad ke-14. Kedua, data primer yang dikumpul melalui temu bual intensif dengan 13 orang informan yang terdiri daripada pemegang pengaruh (stakeholders) seperti para pengkaji, advokator dan tokoh-tokoh dalam bidang warisan Melayu. Observasi dan partisipasi dengan masyarakat setempat turut dijalankan. Seterusnya, data tersebut dianalisis berasaskan prinsip penganalisisan data kualitatif dari perspektif strukturalisme. Kajian ini mendapati; pertama, warisan budaya-benda adalah objek-objek ketara meliputi tapak, struktur, bangunan dan artifak. Kedua, tulisan-tulisan yang ada pada hari ini menjadi salah satu punca yang menyebabkan pembentukan warisan Melayu-Kelantan tidak berkembang kerana dispekulasikan bahawa nenek moyang orang Melayu telah menganut kepercayaan Hindu-Buddha sebelum memeluk Islam. Seterusnya, ini menimbulkan tanggapan seolah-olah pembangunan warisan Melayu-Kelantan adalah langkah menghidupkan semula saki-baki peninggalan kepercayaan Hindu-Buddha. Ketiga, konsep "nilai Islam" adalah timbang tara yang dijadikan asas rujukan untuk membuat keputusan, justifikasi, penentuan dan pertimbangan sama ada sesuatu perkara itu berguna, penting, bermanfaat, dipersetujui, berharga, wajar, baik atau buruk. Keempat, aspek-aspek warisan Melayu-Kelantan adalah berakar dari dua zaman iaitu zaman sebelum menganuti agama Islam dan dari zaman sesudah menganuti agama Islam, tanpa wujudnya period Hindu-Buddha. Kelima, seni bina dan ukiran kayu Melayu-Kelantan merupakan warisan dari inovasi dalaman, bukannya saki-baki peninggalan Hindu-Buddha. Keenam, keris dan tekstil Melayu-Kelantan berkembang seiringan dengan kehendak Islam, dan unsur-unsur asasinya tidak membawa bentuk dan motif figuratif, dewa-dewi, binatang, jin, watak dalam wayang kulit dan makhluk-makhluk bernyawa. Aspek-aspek warisan budaya-benda Melayu-Kelantan merupakan unsur-unsur penting bagi pembentukan jati diri Melayu kerana ia menyiratkan warisan nilai Islam yang kental dalam pelbagai segi. Sehubungan itu, adalah sangat wajar nilai-nilai ini dinukilkan dan seterusnya dibangunkannya pada kadar yang sepadan dengan kepentingan tersebut dalam masyarakat negara-bangsa. Dissertations, Academic Warisan Budaya-Benda Melayu Kelantan Nilai Islam Dalam Seni Tradisional Identiti Dan Jati Diri Melayu Thesis |
| spellingShingle | 2019_Penukilan Nilai Islam Pada Warisan Budaya-Benda Melayu-Kelantan |
| state | Terengganu |
| subject | Islamic art Islamic culture Malay culture Dissertations, Academic |
| summary | Warisan budaya merupakan salah satu unsur penting dalam kehidupan masyarakat bernegara, khususnya sebagai asas pembentukan jati diri. Walau bagaimanapun, sehingga kini aspek-aspek ini tidak berkembang pada kadar yang sepadan dengan kepentingannya itu kerana pelbagai pihak tidak begitu memahami ciri-cirinya yang sebenar secara mendalam. Berikutan dengan isu demikian, kajian dilakukan dengan objektif pertama, menjelaskan maksud warisan budaya-benda. Kedua, meneliti dan menilai tulisan-tulisan yang ada pada hari ini mengenai warisan Melayu-Kelantan khususnya dan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu amnya. Ketiga, mengkonsepsikan maksud "nilai Islam" dalam konteks warisan budaya-benda. Keempat, menggarapkan aspek-aspek warisan Melayu-Kelantan. Kelima, menukilkan nilai Islam pada seni bina dan ukiran Melayu-Kelantan dan keenam, menukilkan nilai Islam pada keris dan tekstil Melayu-Kelantan. Kajian ini dilakukan melalui satu kerja lapangan berasaskan pendekatan historiografi. Data yang dikumpul terdiri daripada dua kategori, iaitu; pertama, analisis kandungan bahan sejarah yang terdiri daripada catatan China abad ke-12 Masihi, catatan Jawa Majapahit iaitu Negaralwetagama abad ke-14, Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-Raja Pasai abad ke-14. Kedua, data primer yang dikumpul melalui temu bual intensif dengan 13 orang informan yang terdiri daripada pemegang pengaruh (stakeholders) seperti para pengkaji, advokator dan tokoh-tokoh dalam bidang warisan Melayu. Observasi dan partisipasi dengan masyarakat setempat turut dijalankan. Seterusnya, data tersebut dianalisis berasaskan prinsip penganalisisan data kualitatif dari perspektif strukturalisme. Kajian ini mendapati; pertama, warisan budaya-benda adalah objek-objek ketara meliputi tapak, struktur, bangunan dan artifak. Kedua, tulisan-tulisan yang ada pada hari ini menjadi salah satu punca yang menyebabkan pembentukan warisan Melayu-Kelantan tidak berkembang kerana dispekulasikan bahawa nenek moyang orang Melayu telah menganut kepercayaan Hindu-Buddha sebelum memeluk Islam. Seterusnya, ini menimbulkan tanggapan seolah-olah pembangunan warisan Melayu-Kelantan adalah langkah menghidupkan semula saki-baki peninggalan kepercayaan Hindu-Buddha. Ketiga, konsep "nilai Islam" adalah timbang tara yang dijadikan asas rujukan untuk membuat keputusan, justifikasi, penentuan dan pertimbangan sama ada sesuatu perkara itu berguna, penting, bermanfaat, dipersetujui, berharga, wajar, baik atau buruk. Keempat, aspek-aspek warisan Melayu-Kelantan adalah berakar dari dua zaman iaitu zaman sebelum menganuti agama Islam dan dari zaman sesudah menganuti agama Islam, tanpa wujudnya period Hindu-Buddha. Kelima, seni bina dan ukiran kayu Melayu-Kelantan merupakan warisan dari inovasi dalaman, bukannya saki-baki peninggalan Hindu-Buddha. Keenam, keris dan tekstil Melayu-Kelantan berkembang seiringan dengan kehendak Islam, dan unsur-unsur asasinya tidak membawa bentuk dan motif figuratif, dewa-dewi, binatang, jin, watak dalam wayang kulit dan makhluk-makhluk bernyawa. Aspek-aspek warisan budaya-benda Melayu-Kelantan merupakan unsur-unsur penting bagi pembentukan jati diri Melayu kerana ia menyiratkan warisan nilai Islam yang kental dalam pelbagai segi. Sehubungan itu, adalah sangat wajar nilai-nilai ini dinukilkan dan seterusnya dibangunkannya pada kadar yang sepadan dengan kepentingan tersebut dalam masyarakat negara-bangsa. |
| title | 2019_Penukilan Nilai Islam Pada Warisan Budaya-Benda Melayu-Kelantan |
| title_full | 2019_Penukilan Nilai Islam Pada Warisan Budaya-Benda Melayu-Kelantan |
| title_fullStr | 2019_Penukilan Nilai Islam Pada Warisan Budaya-Benda Melayu-Kelantan |
| title_full_unstemmed | 2019_Penukilan Nilai Islam Pada Warisan Budaya-Benda Melayu-Kelantan |
| title_short | 2019_Penukilan Nilai Islam Pada Warisan Budaya-Benda Melayu-Kelantan |
| title_sort | 2019_penukilan nilai islam pada warisan budaya-benda melayu-kelantan |