2022_Reka Bentuk, Pembangunan dan Penilaian Aplikasi Mtasheel Bahasa Arab Peringkat Asas di Universiti Sultan Zainal Abidin
| Format: | General Document |
|---|
| _version_ | 1860798122465165312 |
|---|---|
| building | INTELEK Repository |
| collection | Online Access |
| collectionurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 |
| copyright | Copyright©PWB2025 |
| country | Malaysia |
| date | 2022-06-28 |
| format | General Document |
| id | 16033 |
| institution | UniSZA |
| originalfilename | 16033_0de4a515fab3780.pdf |
| person | Mohd Firdaus Bin Yahaya |
| recordtype | oai_dc |
| resourceurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16033 |
| sourcemedia | Server storage Scanned document |
| spelling | 16033 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=16033 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Languages & Communication Malay application/pdf 1.5 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) Copyright©PWB2025 360 16033_0de4a515fab3780.pdf 2022_Reka Bentuk, Pembangunan dan Penilaian Aplikasi Mtasheel Bahasa Arab Peringkat Asas di Universiti Sultan Zainal Abidin Mohd Firdaus Bin Yahaya 2022-06-28 Arabic language—Study and teaching—Computer-assisted instruction Arabic language learning app development Mtasheel mobile application for Arabic Digital tools in language education Penggunaan bahan konvensional berasaskan buku teks yang tidak selari dengan kecenderungan pelajar menjadi cabaran dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan efektif bagi pensyarah dan pelajar. Memandangkan para pelajar lebih cenderung menggunakan teknologi mudah alih, para pengajar bahasa sewajarnya memanfaatkan penggunaan teknologi mudah alih bagi membangunkan bahan pembelajaran bahasa yang lebih menarik dan interaktif khususnya dalam pembelajaran bahasa Arab peringkat asas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan bahan sokongan m-pembelajaran bahasa Arab peringkat asas (mTasheel). Kandungan m-pembelajaran ini mempersembahkan kandungan pembelajaran yang menggabungkan elemen multimedia seperti teks, imej, audio, video dan permainan bahasa. Kajian ini menggunakan pendekatan Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan bersandarkan kepada Model Pembinaan Modul Sidek (2001) dan model Instructional System Design (ISD) serta teori pembelajaran bahasa untuk pembangunan mTasheel. Kajian ini melalui tiga fasa utama, iaitu; fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan, dan fasa penilaian kebolehgunaan. Setiap fasa menggunakan kaedah pengumpulan data yang berbeza. Fasa analisis keperluan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik melibatkan 108 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), manakala fasa reka bentuk dan pembangunan pula menggunakan kaedah Fuzzy Delphi melibatkan 14 orang pakar. Bagi fasa penilaian kebolehgunaan, kaedah tinjauan melalui soal selidik melibatkan 147 orang pelajar UniSZA, kaedah temu bual separa berstruktur bersama lima orang pelajar dan analisis dokumen digunakan untuk mendapatkan data berkaitan pengaplikasian mTasheel. Data kuantitatif fasa pertama dan fasa ketiga dianalisis untuk memperoleh skor min dan peratus. Fasa kedua pula dianalisis menggunakan kaedah Fuzzy Delphi untuk mendapatkan kesepakatan pakar dalam menentukan elemen serta komponen mTasheel. Seterusnya, data kualitatif fasa ketiga dianalisis mengikut tema berdasarkan model Technology, Usability, Pedagogy (TUP) yang dilaporkan secara deskriptif dan interpretif. Dapatan fasa analisis keperluan menunjukkan wujud keperluan membangunkan bahan sokongan pembelajaran bahasa Arab dalam bentuk mudah alih. Dapatan fasa reka bentuk dan pembangunan pula menunjukkan para pakar mencapai kesepakatan terhadap komponen bagi pembangunan mTasheel. Antara komponen utama yang disepakati termasuklah kandungan, pemilihan media dan penilaian. Dapatan fasa penilaian kebolehgunaan pula menunjukkan tahap kepuasan tinggi dalam kalangan pelajar terhadap elemen yang diterapkan menerusi mTasheel, khususnya bagi aspek penggunaan teknologi mudah alih, kepenggunaan dan pedagogi. Kajian ini memperkukuhkan kebolehgunaan teknologi mudah alih dalam pembelajaran bahasa Arab peringkat asas. Selain itu, kajian ini turut memberi sumbangan terhadap pembelajaran bahasa Arab peringkat asas di UniSZA melalui penghasilan aplikasi pembelajaran bahasa Arab secara mudah alih. Hal ini yang menjadikan pembelajaran bahasa Arab peringkat asas lebih mudah, menarik dan efektif. Dissertations, Academic Thesis |
| spellingShingle | 2022_Reka Bentuk, Pembangunan dan Penilaian Aplikasi Mtasheel Bahasa Arab Peringkat Asas di Universiti Sultan Zainal Abidin |
| state | Terengganu |
| subject | Arabic language—Study and teaching—Computer-assisted instruction Dissertations, Academic |
| summary | Penggunaan bahan konvensional berasaskan buku teks yang tidak selari dengan kecenderungan pelajar menjadi cabaran dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan efektif bagi pensyarah dan pelajar. Memandangkan para pelajar lebih cenderung menggunakan teknologi mudah alih, para pengajar bahasa sewajarnya memanfaatkan penggunaan teknologi mudah alih bagi membangunkan bahan pembelajaran bahasa yang lebih menarik dan interaktif khususnya dalam pembelajaran bahasa Arab peringkat asas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan bahan sokongan m-pembelajaran bahasa Arab peringkat asas (mTasheel). Kandungan m-pembelajaran ini mempersembahkan kandungan pembelajaran yang menggabungkan elemen multimedia seperti teks, imej, audio, video dan permainan bahasa. Kajian ini menggunakan pendekatan Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan bersandarkan kepada Model Pembinaan Modul Sidek (2001) dan model Instructional System Design (ISD) serta teori pembelajaran bahasa untuk pembangunan mTasheel. Kajian ini melalui tiga fasa utama, iaitu; fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan, dan fasa penilaian kebolehgunaan. Setiap fasa menggunakan kaedah pengumpulan data yang berbeza. Fasa analisis keperluan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik melibatkan 108 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), manakala fasa reka bentuk dan pembangunan pula menggunakan kaedah Fuzzy Delphi melibatkan 14 orang pakar. Bagi fasa penilaian kebolehgunaan, kaedah tinjauan melalui soal selidik melibatkan 147 orang pelajar UniSZA, kaedah temu bual separa berstruktur bersama lima orang pelajar dan analisis dokumen digunakan untuk mendapatkan data berkaitan pengaplikasian mTasheel. Data kuantitatif fasa pertama dan fasa ketiga dianalisis untuk memperoleh skor min dan peratus. Fasa kedua pula dianalisis menggunakan kaedah Fuzzy Delphi untuk mendapatkan kesepakatan pakar dalam menentukan elemen serta komponen mTasheel. Seterusnya, data kualitatif fasa ketiga dianalisis mengikut tema berdasarkan model Technology, Usability, Pedagogy (TUP) yang dilaporkan secara deskriptif dan interpretif. Dapatan fasa analisis keperluan menunjukkan wujud keperluan membangunkan bahan sokongan pembelajaran bahasa Arab dalam bentuk mudah alih. Dapatan fasa reka bentuk dan pembangunan pula menunjukkan para pakar mencapai kesepakatan terhadap komponen bagi pembangunan mTasheel. Antara komponen utama yang disepakati termasuklah kandungan, pemilihan media dan penilaian. Dapatan fasa penilaian kebolehgunaan pula menunjukkan tahap kepuasan tinggi dalam kalangan pelajar terhadap elemen yang diterapkan menerusi mTasheel, khususnya bagi aspek penggunaan teknologi mudah alih, kepenggunaan dan pedagogi. Kajian ini memperkukuhkan kebolehgunaan teknologi mudah alih dalam pembelajaran bahasa Arab peringkat asas. Selain itu, kajian ini turut memberi sumbangan terhadap pembelajaran bahasa Arab peringkat asas di UniSZA melalui penghasilan aplikasi pembelajaran bahasa Arab secara mudah alih. Hal ini yang menjadikan pembelajaran bahasa Arab peringkat asas lebih mudah, menarik dan efektif. |
| title | 2022_Reka Bentuk, Pembangunan dan Penilaian Aplikasi Mtasheel Bahasa Arab Peringkat Asas di Universiti Sultan Zainal Abidin |
| title_full | 2022_Reka Bentuk, Pembangunan dan Penilaian Aplikasi Mtasheel Bahasa Arab Peringkat Asas di Universiti Sultan Zainal Abidin |
| title_fullStr | 2022_Reka Bentuk, Pembangunan dan Penilaian Aplikasi Mtasheel Bahasa Arab Peringkat Asas di Universiti Sultan Zainal Abidin |
| title_full_unstemmed | 2022_Reka Bentuk, Pembangunan dan Penilaian Aplikasi Mtasheel Bahasa Arab Peringkat Asas di Universiti Sultan Zainal Abidin |
| title_short | 2022_Reka Bentuk, Pembangunan dan Penilaian Aplikasi Mtasheel Bahasa Arab Peringkat Asas di Universiti Sultan Zainal Abidin |
| title_sort | 2022_reka bentuk, pembangunan dan penilaian aplikasi mtasheel bahasa arab peringkat asas di universiti sultan zainal abidin |