2020_Pengaruh Kemahiran Berfikir Kritis Terhadap Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Serta Kompetensi Pengajaran Dalam Kalangan Siswa Guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798106780565504
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3
copyright Copyright©PWB2025
country Malaysia
date 2020-10-18
format General Document
id 15946
institution UniSZA
originalfilename PENGAR~3.PDF
person Badruddin bin Hassan
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15946
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 15946 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15946 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Applied Social Sciences Malay application/pdf 1.5 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) Copyright©PWB2025 2020-10-18 361 PENGAR~3.PDF Badruddin bin Hassan Critical Thinking Skills Teaching Competencies Teacher Education 2020_Pengaruh Kemahiran Berfikir Kritis Terhadap Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Serta Kompetensi Pengajaran Dalam Kalangan Siswa Guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia Usaha melatih siswa guru untuk mencapai tahap standard kompetensi yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan komitmen yang perlu direalisasikan oleh pensyarah. Siswa guru perlu mencapai tahap kompetensi bagi memastikan kemahiran berfikir kritis (KBK) dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan struktur latihan pra perkhidmatan yang berkesan perlu bagi memastikan elemen KBK dilaksanakan oleh siswa guru. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengenal pasti tahap KBK, tahap Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (SPdP) dan tahap Kompetensi Pengajaran Guru (KPG). Terdapat sembilan objektif kajian dan sembilan hipotesis kajian dikemukakan untuk menjawab permasalahan kajian. Kajian secara tinjauan rentasan ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data yang melibatkan 473 orang responden. Pensampelan rawak mudah digunakan untuk memilih sampel kajian yang terdiri daripada siswa guru di IPGM. Analisis terhadap dapatan kajian dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS versi 22 untuk menghuraikan dapatan secara statistik deskriptif bagi memperoleh peratus, min dan sisihan piawai. Manakala dapatan kajian dianalisis secara statistik inferensi dengan menggunakan Ujian-T, Analysis of Varians (ANOVA), Korelasi Pearson dan Regresi Linear Pelbagai untuk menjelaskan perbezaan, hubungan dan pengaruh yang wujud antara tahap KBK dengan tahap SPdP dan tahap KPG. Dapatan kajian menunjukkan tahap yang tinggi bagi KBK, SPdP dan KPG. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi jantina, sijil kelayakan masuk ke IPG dan jumlah jam mengikuti kursus KBK. Namun terdapat perbezaan yang signifikan bagi bidang pengkhususan dan pencapaian akademik terhadap KBK, SPdP dan KPG. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap sederhana antara KBK dengan SPdP dan KPG. Namun, didapati terdapat hubungan yang kuat antara SPdP dengan KPG. Analisis dapatan kajian menunjukkan wujud pengaruh KBK pada tahap rendah terhadap SPdP dan pada tahap sederhana terhadap KPG. Kesimpulannya hasil kajian ini menunjukkan pemboleh ubah KBK, SPdP dan KPG mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pemikiran kritis siswa guru. Halangan-halangan yang dihadapi oleh siswa guru dalam mempraktikkan KBK di dalam kelas semasa menjalani latihan praktikum perlu diberi perhatian oleh pihak IPGM. IPGM selaku pelaksana latihan keguruan berperanan untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap kandungan latihan agar menitikberatkan elemen KBK dalam kalangan siswa guru. Siswa guru perlu merancang dan menggunakan SPdP seperti Strategi Penyoalan, Strategi Pembelajaran Aktif, Strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Strategi Pembelajaran Koperatif yang berupaya meningkatkan KBK. Tahap SPdP yang tinggi dapat menunjukkan siswa guru mempunyai keyakinan terhadap penyampaian elemen KBK semasa proses PdP. Tahap KPG siswa guru yang terdiri daripada nilai profesionalisme, kemahiran PdP dan komunikasi merupakan konstruk yang memberi kesan terhadap KBK siswa guru. Kajian ini berjaya mencadangkan Model KBK, SPdP dan KPG siswa guru sebagai panduan dalam melaksanakan KBK, SPdP dan KPG dengan menggunakan Model Lajur. Implikasi daripada kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pembangunan latihan di institusi latihan perguruan khususnya dalam meningkatkan kualiti siswa guru yang mempunyai KBK yang tinggi pada masa hadapan dan dapat memenuhi cabaran pendidikan abad ke 21. Dissertations, Academic Model Kompetensi Guru Pengajaran Berfokus Pemikiran Kritis Latihan Pra Perkhidmatan Guru Thesis
spellingShingle 2020_Pengaruh Kemahiran Berfikir Kritis Terhadap Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Serta Kompetensi Pengajaran Dalam Kalangan Siswa Guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia
state Terengganu
subject Critical Thinking Skills
Teaching Competencies
Teacher Education
Dissertations, Academic
summary Usaha melatih siswa guru untuk mencapai tahap standard kompetensi yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan komitmen yang perlu direalisasikan oleh pensyarah. Siswa guru perlu mencapai tahap kompetensi bagi memastikan kemahiran berfikir kritis (KBK) dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan struktur latihan pra perkhidmatan yang berkesan perlu bagi memastikan elemen KBK dilaksanakan oleh siswa guru. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengenal pasti tahap KBK, tahap Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (SPdP) dan tahap Kompetensi Pengajaran Guru (KPG). Terdapat sembilan objektif kajian dan sembilan hipotesis kajian dikemukakan untuk menjawab permasalahan kajian. Kajian secara tinjauan rentasan ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data yang melibatkan 473 orang responden. Pensampelan rawak mudah digunakan untuk memilih sampel kajian yang terdiri daripada siswa guru di IPGM. Analisis terhadap dapatan kajian dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS versi 22 untuk menghuraikan dapatan secara statistik deskriptif bagi memperoleh peratus, min dan sisihan piawai. Manakala dapatan kajian dianalisis secara statistik inferensi dengan menggunakan Ujian-T, Analysis of Varians (ANOVA), Korelasi Pearson dan Regresi Linear Pelbagai untuk menjelaskan perbezaan, hubungan dan pengaruh yang wujud antara tahap KBK dengan tahap SPdP dan tahap KPG. Dapatan kajian menunjukkan tahap yang tinggi bagi KBK, SPdP dan KPG. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi jantina, sijil kelayakan masuk ke IPG dan jumlah jam mengikuti kursus KBK. Namun terdapat perbezaan yang signifikan bagi bidang pengkhususan dan pencapaian akademik terhadap KBK, SPdP dan KPG. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap sederhana antara KBK dengan SPdP dan KPG. Namun, didapati terdapat hubungan yang kuat antara SPdP dengan KPG. Analisis dapatan kajian menunjukkan wujud pengaruh KBK pada tahap rendah terhadap SPdP dan pada tahap sederhana terhadap KPG. Kesimpulannya hasil kajian ini menunjukkan pemboleh ubah KBK, SPdP dan KPG mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pemikiran kritis siswa guru. Halangan-halangan yang dihadapi oleh siswa guru dalam mempraktikkan KBK di dalam kelas semasa menjalani latihan praktikum perlu diberi perhatian oleh pihak IPGM. IPGM selaku pelaksana latihan keguruan berperanan untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap kandungan latihan agar menitikberatkan elemen KBK dalam kalangan siswa guru. Siswa guru perlu merancang dan menggunakan SPdP seperti Strategi Penyoalan, Strategi Pembelajaran Aktif, Strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Strategi Pembelajaran Koperatif yang berupaya meningkatkan KBK. Tahap SPdP yang tinggi dapat menunjukkan siswa guru mempunyai keyakinan terhadap penyampaian elemen KBK semasa proses PdP. Tahap KPG siswa guru yang terdiri daripada nilai profesionalisme, kemahiran PdP dan komunikasi merupakan konstruk yang memberi kesan terhadap KBK siswa guru. Kajian ini berjaya mencadangkan Model KBK, SPdP dan KPG siswa guru sebagai panduan dalam melaksanakan KBK, SPdP dan KPG dengan menggunakan Model Lajur. Implikasi daripada kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pembangunan latihan di institusi latihan perguruan khususnya dalam meningkatkan kualiti siswa guru yang mempunyai KBK yang tinggi pada masa hadapan dan dapat memenuhi cabaran pendidikan abad ke 21.
title 2020_Pengaruh Kemahiran Berfikir Kritis Terhadap Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Serta Kompetensi Pengajaran Dalam Kalangan Siswa Guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia
title_full 2020_Pengaruh Kemahiran Berfikir Kritis Terhadap Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Serta Kompetensi Pengajaran Dalam Kalangan Siswa Guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia
title_fullStr 2020_Pengaruh Kemahiran Berfikir Kritis Terhadap Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Serta Kompetensi Pengajaran Dalam Kalangan Siswa Guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia
title_full_unstemmed 2020_Pengaruh Kemahiran Berfikir Kritis Terhadap Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Serta Kompetensi Pengajaran Dalam Kalangan Siswa Guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia
title_short 2020_Pengaruh Kemahiran Berfikir Kritis Terhadap Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Serta Kompetensi Pengajaran Dalam Kalangan Siswa Guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia
title_sort 2020_pengaruh kemahiran berfikir kritis terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran serta kompetensi pengajaran dalam kalangan siswa guru di institut pendidikan guru malaysia