2018_Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagi Kampung Terpilih di Negeri Terengganu

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798094271053824
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3
copyright Copyright©PWB2025
country Malaysia
date 2018-05-06
format General Document
id 15896
institution UniSZA
originalfilename KEPIMPINAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) BAGI KAMPUNG TERPILIH DI NEGERI TERENGGANU (PHD_2018).pdf
person Ahmad Aizuddin bin Md Rami
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15896
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 15896 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15896 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Applied Social Sciences Malay application/pdf 1.5 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) Copyright©PWB2025 Community development 2018-05-06 346 KEPIMPINAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) BAGI KAMPUNG TERPILIH DI NEGERI TERENGGANU (PHD_2018).pdf Ahmad Aizuddin bin Md Rami Village Security Village Development 2018_Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagi Kampung Terpilih di Negeri Terengganu Komuniti luar bandar kini berdepan dengan cabaran yang memerlukan kepimpinan komuniti yang peka dalam menangani setiap cabaran dan isu-isu dalam pembangunan luar bandar. Usaha kerajaan bagi memastikan komuniti luar bandar seiring dengan pembangunan negara telah menjadi cabaran terbesar dan memerlukan pemimpin komuniti yang berwibawa bagi mencapai hasrat pembangunan negara. Kajian telah dijalankan di empat buah komuniti luar bandar di negeri Terengganu bagi menilai sejauh mana kepimpinan JKKK mempengaruhi pencapaian komuniti setempat dalam melaksanakan agenda pembangunan komuniti luar bandar. Komuniti tersebut dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang yang telah diraih dalam program-program pertandingan pembangunan komuniti selain menunjukkan perubahan yang positif hasil perlaksanaan agenda pembangunan yang telah dirancang oleh pihak kerajaan. Objektif kajian ini adalah (i) mengenal pasti ciri dan peranan pemimpin komuniti luar bandar, (ii) mengenal pasti cabaran yang dihadapi pemimpin komuniti untuk memajukan komuniti, (iii) menilai keberkesanan gaya kepimpinan yang dipraktikkan serta (iv) membina model kepimpinan yang boleh memberi impak yang lebih berkesan kepada komuniti luar bandar. Kajian ini telah menggunakan penelitian kualitatif dengan pendekatan fenomenologi yang dilihat bersesuaian dengan objektif kajian ini. Data kajian diperoleh melalui teknik temu bual, pemerhatian dan juga analisis dokumen. Seramai 45 orang responden telah terlibat secara langsung yang terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ahli Jawatankuasa JKKK, pegawai dari agensi kerajaan dan juga penduduk setempat. Data kajian dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan komuniti yang berwibawa akan menunjukkan ciri dan peranan signifikan kepada komuniti dan mampu memberi impak yang positif kepada pembangunan komuniti luar bandar, malahan pemimpin yang berwibawa dapat menguruskan cabaran dengan baik dan terus fokus ke arah kejayaan. Malahan, gaya kepimpinan yang efektif dipraktikkan oleh pemimpin komuniti ini dilihat lebih dinamik serta berupaya membawa perubahan kepada komuniti dari aspek pembangunan sosial, ekonomi, infrastruktur, pendidikan, budaya dan perubahan pemikiran komuniti luar bandar. Bagi memantapkan aspek kepimpinan, kajian ini turut mencadangkan satu model kepimpinan yang lebih efektif untuk diterapkan dalam konteks komuniti, terutamanya di kawasan luar bandar, dengan memberi penekanan terhadap elemen modal sosial. Pengaruh kepimpinan di empat buah komuniti ini dilihat sebagai manifestasi perubahan kepada kepimpinan yang lebih baik yang mampu menjadi contoh kepada pemimpin komuniti yang lain. Dissertations, Academic Model Kepimpinan Berwibawa Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pembangunan Luar Bandar Kepimpinan Komuniti Thesis
spellingShingle 2018_Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagi Kampung Terpilih di Negeri Terengganu
state Terengganu
subject Community development
Village Security
Village Development
Dissertations, Academic
summary Komuniti luar bandar kini berdepan dengan cabaran yang memerlukan kepimpinan komuniti yang peka dalam menangani setiap cabaran dan isu-isu dalam pembangunan luar bandar. Usaha kerajaan bagi memastikan komuniti luar bandar seiring dengan pembangunan negara telah menjadi cabaran terbesar dan memerlukan pemimpin komuniti yang berwibawa bagi mencapai hasrat pembangunan negara. Kajian telah dijalankan di empat buah komuniti luar bandar di negeri Terengganu bagi menilai sejauh mana kepimpinan JKKK mempengaruhi pencapaian komuniti setempat dalam melaksanakan agenda pembangunan komuniti luar bandar. Komuniti tersebut dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang yang telah diraih dalam program-program pertandingan pembangunan komuniti selain menunjukkan perubahan yang positif hasil perlaksanaan agenda pembangunan yang telah dirancang oleh pihak kerajaan. Objektif kajian ini adalah (i) mengenal pasti ciri dan peranan pemimpin komuniti luar bandar, (ii) mengenal pasti cabaran yang dihadapi pemimpin komuniti untuk memajukan komuniti, (iii) menilai keberkesanan gaya kepimpinan yang dipraktikkan serta (iv) membina model kepimpinan yang boleh memberi impak yang lebih berkesan kepada komuniti luar bandar. Kajian ini telah menggunakan penelitian kualitatif dengan pendekatan fenomenologi yang dilihat bersesuaian dengan objektif kajian ini. Data kajian diperoleh melalui teknik temu bual, pemerhatian dan juga analisis dokumen. Seramai 45 orang responden telah terlibat secara langsung yang terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ahli Jawatankuasa JKKK, pegawai dari agensi kerajaan dan juga penduduk setempat. Data kajian dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan komuniti yang berwibawa akan menunjukkan ciri dan peranan signifikan kepada komuniti dan mampu memberi impak yang positif kepada pembangunan komuniti luar bandar, malahan pemimpin yang berwibawa dapat menguruskan cabaran dengan baik dan terus fokus ke arah kejayaan. Malahan, gaya kepimpinan yang efektif dipraktikkan oleh pemimpin komuniti ini dilihat lebih dinamik serta berupaya membawa perubahan kepada komuniti dari aspek pembangunan sosial, ekonomi, infrastruktur, pendidikan, budaya dan perubahan pemikiran komuniti luar bandar. Bagi memantapkan aspek kepimpinan, kajian ini turut mencadangkan satu model kepimpinan yang lebih efektif untuk diterapkan dalam konteks komuniti, terutamanya di kawasan luar bandar, dengan memberi penekanan terhadap elemen modal sosial. Pengaruh kepimpinan di empat buah komuniti ini dilihat sebagai manifestasi perubahan kepada kepimpinan yang lebih baik yang mampu menjadi contoh kepada pemimpin komuniti yang lain.
title 2018_Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagi Kampung Terpilih di Negeri Terengganu
title_full 2018_Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagi Kampung Terpilih di Negeri Terengganu
title_fullStr 2018_Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagi Kampung Terpilih di Negeri Terengganu
title_full_unstemmed 2018_Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagi Kampung Terpilih di Negeri Terengganu
title_short 2018_Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagi Kampung Terpilih di Negeri Terengganu
title_sort 2018_kepimpinan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (jkkk) bagi kampung terpilih di negeri terengganu