2018_Pengaruh Faktor Penentu Individu dan Sikap Terhadap Tahap Penglibatan Komuniti Dalam Program Inap Desa
| Format: | General Document |
|---|
| _version_ | 1860798064280731648 |
|---|---|
| building | INTELEK Repository |
| collection | Online Access |
| collectionurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 |
| copyright | Copyright©PWB2025 |
| country | Malaysia |
| date | 2018-08-02 |
| format | General Document |
| id | 15726 |
| institution | UniSZA |
| originalfilename | 15726_eb3d3871e5d5632.pdf |
| person | Nor Baizura binti Harun |
| recordtype | oai_dc |
| resourceurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15726 |
| sourcemedia | Server storage Scanned document |
| spelling | 15726 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15726 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Applied Social Sciences Malay application/pdf 1.5 community participation Server storage Scanned document UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) 315 Copyright©PWB2025 Community development 2018-08-02 15726_eb3d3871e5d5632.pdf Nor Baizura binti Harun Rural tourism 2018_Pengaruh Faktor Penentu Individu dan Sikap Terhadap Tahap Penglibatan Komuniti Dalam Program Inap Desa Program inap desa di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia diwujudkan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap ekonomi penduduk khususnya di luar bandar. Antara faktor kejayaan program ini adalah penglibatan pengusaha inap desa dalam kalangan komuniti setempat itu sendiri. Walau bagaimanapun, isu yang sering membelenggu pengusaha inap desa ialah kurang penglibatan komuniti dalam mengusahakan kegiatan ekonomi yang berasaskan produk komuniti pelancongan ini. Oleh sebab itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penglibatan komuniti dalam mengusahakan inap desa dan mengenal pasti faktor penentu individu yang mempengaruhi penglibatan komuniti dalam program tersebut. Dalam kajian ini, faktor penentu individu berperanan sebagai pemboleh ubah bebas manakala tahap penglibatan komuniti berperanan sebagai pemboleh ubah bersandar. Faktor sikap dikenal pasti sebagai faktor penyederhana (moderator) ke atas hubungan antara faktor penentu individu dengan tahap penglibatan komuniti. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Seramai 296 orang pengusaha inap desa di seluruh pantai timur semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang terpilih sebagai responden dalam kajian ini. Sampel dipilih menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian menerusi prosedur persampelan kelompok berperingkat dan rawak mudah. Data dianalisis dengan menggunakan Perisian IBM-SPSS versi 22 dan diolah menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Ujian statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian-T, ANOVA, analisis faktor, korelasi dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan komuniti pengusaha inap desa adalah tinggi. Empat faktor penentu individu dikenal pasti berdasarkan analisis faktor iaitu keperibadian, keprihatinan, peranan kerajaan dan masalah kewangan peribadi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tiga faktor individu mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap penglibatan komuniti iaitu faktor penentu keperibadian, keprihatinan dan peranan kerajaan. Manakala faktor sikap pula berperanan sebagai moderator dalam meningkatkan tahap penglibatan komuniti pengusaha inap desa. Kesimpulannya, kajian ini telah menggambarkan penglibatan komuniti dalam pembangunan program inap desa yang dipengaruhi oleh faktor individu dalam diri mereka. Kajian ini penting sebagai langkah penambahbaikan terhadap penstrukturan semula faktor penentu individu untuk memastikan keberkesanan penganjuran program ini kepada komuniti. Hal ini penting bagi membangunkan aktiviti pelancongan desa khususnya yang memberi impak dalam meningkatkan taraf hidup kepada komuniti tempatan supaya program ini terus memperoleh kerjasama, sokongan dan kepercayaan daripada masyarakat. Ia juga dilihat sebagai salah satu usaha meningkatkan ekonomi melalui penjanaan pendapatan tambahan kepada masyarakat. Seterusnya, kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pihak yang berkenaan dalam merancang pembangunan program inap desa pada masa hadapan. Dissertations, Academic Penentu Individu Dan Sikap Tahap Penglibatan Komuniti Pengaruh Penentu Individu Dan Sikap Thesis |
| spellingShingle | 2018_Pengaruh Faktor Penentu Individu dan Sikap Terhadap Tahap Penglibatan Komuniti Dalam Program Inap Desa |
| state | Terengganu |
| subject | community participation Community development Rural tourism Dissertations, Academic |
| summary | Program inap desa di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia diwujudkan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap ekonomi penduduk khususnya di luar bandar. Antara faktor kejayaan program ini adalah penglibatan pengusaha inap desa dalam kalangan komuniti setempat itu sendiri. Walau bagaimanapun, isu yang sering membelenggu pengusaha inap desa ialah kurang penglibatan komuniti dalam mengusahakan kegiatan ekonomi yang berasaskan produk komuniti pelancongan ini. Oleh sebab itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penglibatan komuniti dalam mengusahakan inap desa dan mengenal pasti faktor penentu individu yang mempengaruhi penglibatan komuniti dalam program tersebut. Dalam kajian ini, faktor penentu individu berperanan sebagai pemboleh ubah bebas manakala tahap penglibatan komuniti berperanan sebagai pemboleh ubah bersandar. Faktor sikap dikenal pasti sebagai faktor penyederhana (moderator) ke atas hubungan antara faktor penentu individu dengan tahap penglibatan komuniti. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Seramai 296 orang pengusaha inap desa di seluruh pantai timur semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang terpilih sebagai responden dalam kajian ini. Sampel dipilih menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian menerusi prosedur persampelan kelompok berperingkat dan rawak mudah. Data dianalisis dengan menggunakan Perisian IBM-SPSS versi 22 dan diolah menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Ujian statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian-T, ANOVA, analisis faktor, korelasi dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan komuniti pengusaha inap desa adalah tinggi. Empat faktor penentu individu dikenal pasti berdasarkan analisis faktor iaitu keperibadian, keprihatinan, peranan kerajaan dan masalah kewangan peribadi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tiga faktor individu mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap penglibatan komuniti iaitu faktor penentu keperibadian, keprihatinan dan peranan kerajaan. Manakala faktor sikap pula berperanan sebagai moderator dalam meningkatkan tahap penglibatan komuniti pengusaha inap desa. Kesimpulannya, kajian ini telah menggambarkan penglibatan komuniti dalam pembangunan program inap desa yang dipengaruhi oleh faktor individu dalam diri mereka. Kajian ini penting sebagai langkah penambahbaikan terhadap penstrukturan semula faktor penentu individu untuk memastikan keberkesanan penganjuran program ini kepada komuniti. Hal ini penting bagi membangunkan aktiviti pelancongan desa khususnya yang memberi impak dalam meningkatkan taraf hidup kepada komuniti tempatan supaya program ini terus memperoleh kerjasama, sokongan dan kepercayaan daripada masyarakat. Ia juga dilihat sebagai salah satu usaha meningkatkan ekonomi melalui penjanaan pendapatan tambahan kepada masyarakat. Seterusnya, kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pihak yang berkenaan dalam merancang pembangunan program inap desa pada masa hadapan. |
| title | 2018_Pengaruh Faktor Penentu Individu dan Sikap Terhadap Tahap Penglibatan Komuniti Dalam Program Inap Desa |
| title_full | 2018_Pengaruh Faktor Penentu Individu dan Sikap Terhadap Tahap Penglibatan Komuniti Dalam Program Inap Desa |
| title_fullStr | 2018_Pengaruh Faktor Penentu Individu dan Sikap Terhadap Tahap Penglibatan Komuniti Dalam Program Inap Desa |
| title_full_unstemmed | 2018_Pengaruh Faktor Penentu Individu dan Sikap Terhadap Tahap Penglibatan Komuniti Dalam Program Inap Desa |
| title_short | 2018_Pengaruh Faktor Penentu Individu dan Sikap Terhadap Tahap Penglibatan Komuniti Dalam Program Inap Desa |
| title_sort | 2018_pengaruh faktor penentu individu dan sikap terhadap tahap penglibatan komuniti dalam program inap desa |