2021_Pembinaan Instrumen Psikometrik Untuk Mengukur Tahap Tingkahlaku Hasrat Bunuh Diri Dalam Kalangan Penagih Dadah di Pusat Pemulihan

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798062759247872
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3
copyright Copyright©PWB2025
country Malaysia
date 2021-05-09
format General Document
id 15719
institution UniSZA
originalfilename 15719_3bc4ae6e5640890.pdf
person Norshahira binti Osman
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15719
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 15719 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15719 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Applied Social Sciences Malay application/pdf 1.5 208 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) Copyright©PWB2025 2021-05-09 15719_3bc4ae6e5640890.pdf Norshahira binti Osman Interpersonal Conflict Emotional Disorders Instrument Construction 2021_Pembinaan Instrumen Psikometrik Untuk Mengukur Tahap Tingkahlaku Hasrat Bunuh Diri Dalam Kalangan Penagih Dadah di Pusat Pemulihan Masalah ketagihan dadah telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor berisiko tinggi dan berkait rapat dengan tingkahlaku hasrat bunuh diri. Banyak kajian melaporkan bahawa tingkahlaku hasrat bunuh diri ini semakin meningkat dalam kalangan penagih dadah. Pengesanan awal hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih adalah penting untuk memastikan mereka tidak mengambil tindakan selanjutnya yang boleh menyebabkan kematian. Kajian ini dilakukan untuk membina satu instrumen tingkahlaku hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih dadah bagi mengesan tahap hasrat bunuh diri mereka. Instrumen psikometrik ini dibina berdasarkan situasi di Malaysia. Instrumen yang dibina untuk kajian ini dinamakan sebagai Ujian Tingkahlaku Hasrat Bunuh Diri (Suicidal Ideation Behaviour Assessment – SIBA). Pembinaan instrumen itu dibuat berdasarkan satu kerangka konseptual yang dibentuk secara hipotetikal dan hasil kajian pengkaji-pengkaji terdahulu yang telah membuat penelitian secara mendalam tentang hubungan penagihan dadah dengan tingkahlaku hasrat bunuh diri. Instrumen ini mengandungi empat komponen iaitu konflik interpersonal, kecelaruan emosi, kemurungan, dan putus harapan. Setiap komponen SIBA mengandungi 10 item dan jumlah keseluruhannya ialah 40 item. Analisis Faktor Eksploratori (Exploratory Factor Analysis – EFA) digunakan untuk menentukan keabsahan dan kebolehpercayaan setiap item dalam komponen-komponen tersebut. Dalam hal ini, seramai 123 penagih yang dirawat di Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) Besut, Terengganu dipilih sebagai responden kajian untuk pengujian instrumen ini. Kajian ini mendapati bahawa nilai Cronbach Alpha bagi komponen konflik interpersonal ialah 0.86, kecelaruan emosi ialah 0.86, kemurungan ialah 0.83, dan putus harapan ialah 0.90. Nilai-nilai Cronbach Alpha ini menunjukkan bahawa tahap kebolehpercayaan komponen-komponen tersebut adalah tinggi. Dari segi keabsahan item-item yang digunakan, nilai factor loading yang diperoleh ialah 0.45-0.87. Julat nilai ini menunjukkan bahawa item-item tersebut boleh diterima dan sesuai untuk instrumen ini. Analisis deskriptif mendapati bahawa 52.85% penagih di CCRC Besut mempunyai tahap hasrat bunuh diri yang rendah, 21.95% berada pada tahap sederhana, 0.31% pada tahap tinggi, dan 0.81% pada tahap sangat tinggi. Kesimpulannya, kajian ini dapat menunjukkan bahawa instrumen yang dibina ini boleh diguna pakai untuk mengukur tahap tingkahlaku hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih dadah yang sedang menjalani rawatan di pusat pemulihan tersebut. Pada masa akan datang, instrumen ini dicadangkan agar menjalani beberapa siri ujian lagi untuk memastikannya menjadi satu instrumen yang lebih berkesan dan berguna dengan keperluan semasa. Instrumen SIBA yang dibina ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada kerajaan terutamanya CCRC dalam usaha membantu penagih yang mempunyai tingkahlaku hasrat bunuh diri untuk diberikan perhatian dan perkhidmatan sokongan psikososial yang lebih baik. Dissertations, Academic Penagih Dadah Tingkalaku Hasrat Bunuh Diri Instrumen Psikometrik Thesis
spellingShingle 2021_Pembinaan Instrumen Psikometrik Untuk Mengukur Tahap Tingkahlaku Hasrat Bunuh Diri Dalam Kalangan Penagih Dadah di Pusat Pemulihan
state Terengganu
subject Interpersonal Conflict
Emotional Disorders
Instrument Construction
Dissertations, Academic
summary Masalah ketagihan dadah telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor berisiko tinggi dan berkait rapat dengan tingkahlaku hasrat bunuh diri. Banyak kajian melaporkan bahawa tingkahlaku hasrat bunuh diri ini semakin meningkat dalam kalangan penagih dadah. Pengesanan awal hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih adalah penting untuk memastikan mereka tidak mengambil tindakan selanjutnya yang boleh menyebabkan kematian. Kajian ini dilakukan untuk membina satu instrumen tingkahlaku hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih dadah bagi mengesan tahap hasrat bunuh diri mereka. Instrumen psikometrik ini dibina berdasarkan situasi di Malaysia. Instrumen yang dibina untuk kajian ini dinamakan sebagai Ujian Tingkahlaku Hasrat Bunuh Diri (Suicidal Ideation Behaviour Assessment – SIBA). Pembinaan instrumen itu dibuat berdasarkan satu kerangka konseptual yang dibentuk secara hipotetikal dan hasil kajian pengkaji-pengkaji terdahulu yang telah membuat penelitian secara mendalam tentang hubungan penagihan dadah dengan tingkahlaku hasrat bunuh diri. Instrumen ini mengandungi empat komponen iaitu konflik interpersonal, kecelaruan emosi, kemurungan, dan putus harapan. Setiap komponen SIBA mengandungi 10 item dan jumlah keseluruhannya ialah 40 item. Analisis Faktor Eksploratori (Exploratory Factor Analysis – EFA) digunakan untuk menentukan keabsahan dan kebolehpercayaan setiap item dalam komponen-komponen tersebut. Dalam hal ini, seramai 123 penagih yang dirawat di Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) Besut, Terengganu dipilih sebagai responden kajian untuk pengujian instrumen ini. Kajian ini mendapati bahawa nilai Cronbach Alpha bagi komponen konflik interpersonal ialah 0.86, kecelaruan emosi ialah 0.86, kemurungan ialah 0.83, dan putus harapan ialah 0.90. Nilai-nilai Cronbach Alpha ini menunjukkan bahawa tahap kebolehpercayaan komponen-komponen tersebut adalah tinggi. Dari segi keabsahan item-item yang digunakan, nilai factor loading yang diperoleh ialah 0.45-0.87. Julat nilai ini menunjukkan bahawa item-item tersebut boleh diterima dan sesuai untuk instrumen ini. Analisis deskriptif mendapati bahawa 52.85% penagih di CCRC Besut mempunyai tahap hasrat bunuh diri yang rendah, 21.95% berada pada tahap sederhana, 0.31% pada tahap tinggi, dan 0.81% pada tahap sangat tinggi. Kesimpulannya, kajian ini dapat menunjukkan bahawa instrumen yang dibina ini boleh diguna pakai untuk mengukur tahap tingkahlaku hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih dadah yang sedang menjalani rawatan di pusat pemulihan tersebut. Pada masa akan datang, instrumen ini dicadangkan agar menjalani beberapa siri ujian lagi untuk memastikannya menjadi satu instrumen yang lebih berkesan dan berguna dengan keperluan semasa. Instrumen SIBA yang dibina ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada kerajaan terutamanya CCRC dalam usaha membantu penagih yang mempunyai tingkahlaku hasrat bunuh diri untuk diberikan perhatian dan perkhidmatan sokongan psikososial yang lebih baik.
title 2021_Pembinaan Instrumen Psikometrik Untuk Mengukur Tahap Tingkahlaku Hasrat Bunuh Diri Dalam Kalangan Penagih Dadah di Pusat Pemulihan
title_full 2021_Pembinaan Instrumen Psikometrik Untuk Mengukur Tahap Tingkahlaku Hasrat Bunuh Diri Dalam Kalangan Penagih Dadah di Pusat Pemulihan
title_fullStr 2021_Pembinaan Instrumen Psikometrik Untuk Mengukur Tahap Tingkahlaku Hasrat Bunuh Diri Dalam Kalangan Penagih Dadah di Pusat Pemulihan
title_full_unstemmed 2021_Pembinaan Instrumen Psikometrik Untuk Mengukur Tahap Tingkahlaku Hasrat Bunuh Diri Dalam Kalangan Penagih Dadah di Pusat Pemulihan
title_short 2021_Pembinaan Instrumen Psikometrik Untuk Mengukur Tahap Tingkahlaku Hasrat Bunuh Diri Dalam Kalangan Penagih Dadah di Pusat Pemulihan
title_sort 2021_pembinaan instrumen psikometrik untuk mengukur tahap tingkahlaku hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih dadah di pusat pemulihan