2023_Kesejahteraan Sosial di Malaysia Berasaskan Maqasid Shariah
| Format: | General Document |
|---|
| _version_ | 1860798060187090944 |
|---|---|
| building | INTELEK Repository |
| collection | Online Access |
| collectionurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 |
| copyright | Copyright©PWB2025 |
| country | Malaysia |
| date | 2023-10-30 |
| format | General Document |
| id | 15708 |
| institution | UniSZA |
| originalfilename | KESEJAHTERAAN SOSIAL DI MALAYSIA BERASASKAN MAQASID SHARIAH (MASTER_2023).pdf |
| person | Muhammad Ammar bin Abd Wahab |
| recordtype | oai_dc |
| resourceurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15708 |
| sourcemedia | Server storage Scanned document |
| spelling | 15708 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15708 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Applied Social Sciences Malay application/pdf 1.5 Maqasid Shariah Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 3.0.10; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) 212 Copyright©PWB2025 Islamic law 2023-10-30 KESEJAHTERAAN SOSIAL DI MALAYSIA BERASASKAN MAQASID SHARIAH (MASTER_2023).pdf Muhammad Ammar bin Abd Wahab Islamic Social Welfare Shariah Compliance 2023_Kesejahteraan Sosial di Malaysia Berasaskan Maqasid Shariah Kesejahteraan sosial adalah elemen penting dalam pembangunan sesebuah negara. Ia dapat menjadikan masyarakat hidup dengan persekitaran yang aman, kepuasan terhadap keperluan dan memaksimumkan peluang mobiliti sosial mereka. Dari sudut ekonomi, pelbagai inisiatif dirangka sebagai usaha bagi membentuk masa depan Malaysia dalam tempoh 2020 hingga 2050, dengan mensasarkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu negara yang berada pada tangga teratas dunia di bidang ekonomi, aspek kesejahteraan rakyat dan inovasi. Dari sudut sosial pula, Malaysia belum lagi mencapai tahap perpaduan bagi sebuah negara. Hal ini kerana kepercayaan rakyat terhadap pemimpin politik berada pada aras yang cukup rendah serta masalah tekanan atau depresi merupakan masalah serius yang kian berlaku di Malaysia. Kesejahteraan Sosial berasaskan Maqasid Syariah perlu ditekankan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan sosial rakyat. Kajian ini bertujuan mengklasifikasikan tema kesejahteraan sosial berasaskan maqasid syariah, mengenal pasti faktor yang mempengaruhi indikator kesejahteraan sosial berasaskan maqasid syariah dan menganalisis indikator kesejahteraan sosial berasaskan maqasid syariah mengikut faktor demografi. Penyelidikan ini melibatkan kaedah campuran, iaitu gabungan kualitatif dan kuantitatif. Bagi kaedah kualitatif, seramai 17 orang informan telah ditemu bual, manakala seramai 419 orang responden telah menjawab soal selidik bagi pengumpulan data kuantitatif. Responden dan informan kajian adalah terdiri daripada rakyat Malaysia yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah, pertengahan dan tinggi. Data kualitatif dianalisis bagi membentuk tema jawapan daripada temu bual. Data kuantitatif dianalisis menggunakan analisis faktor, analisis desktriptif, ujian t dan ANOVA. Terdapat 22 tema yang terhasil daripada analisis kualitatif. Manakala, analisis faktor yang dijalankan telah menyusun semula 113 item soal selidik menjadi 102 item mengikut konstruk baharu. Kelima-lima indikator kesejahteraan sosial berada pada tahap yang tinggi, iaitu peluang sosial (6.54), penjagaan agama (6.49), politik dan kestabilan (6.14), keperluan hidup (6.11) dan isu sosial (5.80). Selain itu, daripada 22 faktor, hanya faktor keberkesanan pengurusan sahaja berada pada tahap sederhana (4.762) manakala faktor lain berada pada tahap tinggi. Hasil ujian t menunjukkan hanya indikator isu sosial terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan (p=0.050). Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor umur dan negeri dengan indikator kesejahteraan sosial. Faktor tahap pendidikan merupakan satu-satunya faktor yang tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan dengan indikator kesejahteraan sosial. Kesejahteraan sosial penting bagi mengetahui keadaan kesejahteraan rakyat semasa. Kesejahteraan sosial berasaskan maqasid syariah boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kerajaan dalam membangunkan dasar kesejahteraan rakyat, terutamanya melalui penerapan maqasid syariah. Hasil kajian juga dapat memberi sumbangan kepada pengukuhan dasar dan kebajikan rakyat Malaysia. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mendalami lebih banyak isu baharu kesejahteraan sosial terutamanya yang berkaitan maqasid syariah. Dissertations, Academic Kesejahteraan Sosial Social Well-Being Thesis |
| spellingShingle | 2023_Kesejahteraan Sosial di Malaysia Berasaskan Maqasid Shariah |
| state | Terengganu |
| subject | Islamic law Islamic Social Welfare Shariah Compliance Dissertations, Academic |
| summary | Kesejahteraan sosial adalah elemen penting dalam pembangunan sesebuah negara. Ia dapat menjadikan masyarakat hidup dengan persekitaran yang aman, kepuasan terhadap keperluan dan memaksimumkan peluang mobiliti sosial mereka. Dari sudut ekonomi, pelbagai inisiatif dirangka sebagai usaha bagi membentuk masa depan Malaysia dalam tempoh 2020 hingga 2050, dengan mensasarkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu negara yang berada pada tangga teratas dunia di bidang ekonomi, aspek kesejahteraan rakyat dan inovasi. Dari sudut sosial pula, Malaysia belum lagi mencapai tahap perpaduan bagi sebuah negara. Hal ini kerana kepercayaan rakyat terhadap pemimpin politik berada pada aras yang cukup rendah serta masalah tekanan atau depresi merupakan masalah serius yang kian berlaku di Malaysia. Kesejahteraan Sosial berasaskan Maqasid Syariah perlu ditekankan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan sosial rakyat. Kajian ini bertujuan mengklasifikasikan tema kesejahteraan sosial berasaskan maqasid syariah, mengenal pasti faktor yang mempengaruhi indikator kesejahteraan sosial berasaskan maqasid syariah dan menganalisis indikator kesejahteraan sosial berasaskan maqasid syariah mengikut faktor demografi. Penyelidikan ini melibatkan kaedah campuran, iaitu gabungan kualitatif dan kuantitatif. Bagi kaedah kualitatif, seramai 17 orang informan telah ditemu bual, manakala seramai 419 orang responden telah menjawab soal selidik bagi pengumpulan data kuantitatif. Responden dan informan kajian adalah terdiri daripada rakyat Malaysia yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah, pertengahan dan tinggi. Data kualitatif dianalisis bagi membentuk tema jawapan daripada temu bual. Data kuantitatif dianalisis menggunakan analisis faktor, analisis desktriptif, ujian t dan ANOVA. Terdapat 22 tema yang terhasil daripada analisis kualitatif. Manakala, analisis faktor yang dijalankan telah menyusun semula 113 item soal selidik menjadi 102 item mengikut konstruk baharu. Kelima-lima indikator kesejahteraan sosial berada pada tahap yang tinggi, iaitu peluang sosial (6.54), penjagaan agama (6.49), politik dan kestabilan (6.14), keperluan hidup (6.11) dan isu sosial (5.80). Selain itu, daripada 22 faktor, hanya faktor keberkesanan pengurusan sahaja berada pada tahap sederhana (4.762) manakala faktor lain berada pada tahap tinggi. Hasil ujian t menunjukkan hanya indikator isu sosial terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan (p=0.050). Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor umur dan negeri dengan indikator kesejahteraan sosial. Faktor tahap pendidikan merupakan satu-satunya faktor yang tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan dengan indikator kesejahteraan sosial. Kesejahteraan sosial penting bagi mengetahui keadaan kesejahteraan rakyat semasa. Kesejahteraan sosial berasaskan maqasid syariah boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kerajaan dalam membangunkan dasar kesejahteraan rakyat, terutamanya melalui penerapan maqasid syariah. Hasil kajian juga dapat memberi sumbangan kepada pengukuhan dasar dan kebajikan rakyat Malaysia. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mendalami lebih banyak isu baharu kesejahteraan sosial terutamanya yang berkaitan maqasid syariah. |
| title | 2023_Kesejahteraan Sosial di Malaysia Berasaskan Maqasid Shariah |
| title_full | 2023_Kesejahteraan Sosial di Malaysia Berasaskan Maqasid Shariah |
| title_fullStr | 2023_Kesejahteraan Sosial di Malaysia Berasaskan Maqasid Shariah |
| title_full_unstemmed | 2023_Kesejahteraan Sosial di Malaysia Berasaskan Maqasid Shariah |
| title_short | 2023_Kesejahteraan Sosial di Malaysia Berasaskan Maqasid Shariah |
| title_sort | 2023_kesejahteraan sosial di malaysia berasaskan maqasid shariah |