2021_Kesan Parameter Plat Elektrod Terhadap Kelajuan Enjin dan Pelepasan Ekzos Bagi Enjin Petrol Empat Lejang

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798030658142208
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3
copyright Copyright©PWB2025
country Malaysia
date 2021-06-13
format General Document
id 15559
institution UniSZA
originalfilename 15559_a5d4bbad81a1db6.pdf
person Mat Sazilin bin Ayub
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15559
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 15559 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15559 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Innovative Design & Technology Malay application/pdf 1.5 Server storage Scanned document UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) 135 Copyright©PWB2025 2021-06-13 15559_a5d4bbad81a1db6.pdf Parameter Plat elektrod Kelajuan Engine parameters Electrode plates in engines Automobile engines 2021_Kesan Parameter Plat Elektrod Terhadap Kelajuan Enjin dan Pelepasan Ekzos Bagi Enjin Petrol Empat Lejang Tahap pencemaran udara yang membimbangkan dan peningkatan harga petrol adalah dua faktor utama dalam sektor industri pengangkutan yang menarik perhatian penyelidik untuk mencari penyelesaian. Penggunaan gas hidrogen dan oksigen (HHO) dilihat menjadi penyelesaian tenaga alternatif terbaik yang boleh dihasilkan melalui teknik elektrolisis. Keberkesanan penghasilan gas HHO ini bergantung kepada parameter plat elektrod. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan parameter plat elektrod terhadap kelajuan enjin dan pelepasan gas ekzos. Projek penyelidikan ini mempunyai tiga objektif. Pertama, membangunkan unit sel bahan bakar untuk menghasilkan gas HHO berdasarkan teknik elektrolisis. Kedua, menjalankan kaedah reka bentuk eksperimen untuk mengumpul data kelajuan enjin dan pelepasan gas ekzos terhadap tiga parameter plat elektrod. Ketiga, menganalisa kesan ketara parameter plat elektrod terhadap prestasi enjin dan pelepasan gas ekzos iaitu karbon monoksida (CO) dan Hirdrokarbon (HC). Projek penyelidikan ini terbahagi kepada beberapa tugasan. Tugasan 1 melibatkan kajian reka bentuk dan teknik pengeluaran gas HHO. Ini juga meliputi kaedah semasa, batasan dan kelebihan terkini penggunaan gas HHO dalam cetusan pembakaran enjin petrol. Jangkaan awal, kaedah penggunaan bahan api yang lebih rendah dan pelepasan pencemaran gas ekzos yang minima boleh dicapai tanpa perlu pengubahsuaian besar reka bentuk enjin kenderaan dapat dirumuskan. Akhirnya, set lengkap peranti yang mampu menghasilkan gas HHO dibangunkan. Penggunaan keluli tahan karat ketebalan 1 mm yang ditenggelamkan didalam air telah dipilih sebagai bahan plat elektrod. Ini disebabkan kos, kesesuaian dan faktor ketersediaan berbanding dengan bahan lain seperti zink dan tembaga. Luas permukaan, bilangan dan jurang antara plat elektrod adalah parameter terkawal yang digunakan dalam kajian ini bagi melihat kesan terhadap prestasi enjin. Tugasan 2 melibatkan pengumpulan data kajian secara eksperimen terancang melalui penggunaan set peranti yang dibina dengan sebuah enjin petrol empat lejang satu silinder. Enjin ini disejukkan oleh udara serta menggunakan karburator yang dibekalkan oleh GUNT Hamburg, Jerman. Lubang kecil bergaris pusat 6 mm ditebuk pada liang masukan enjin untuk membolehkan gas HHO secara semulajadi bercampur dengan petrol dan akhirnya dimampat seterusnya dibakar dalam kebuk pembakaran. Peranti elektronik khas yang dibangunkan bertujuan membekalkan elektrik arus terus berkadar tetap sebanyak 10-Amp 18-Volt ke setiap plat elektrod bagi menghasilkan fenomena elektrolisis. Enjin diuji-lari pada 16 situasi yang berbeza dengan merekodkan kelajuan enjin, pembebasan gas CO dan gas HO. Tugasan ke 3 melibatkan penggunaan perisian Design Expert sebagai alat analisa data berasaskan pendekatan dua peringkat reka bentuk faktorial penuh. Signifikasi statistik terhadap parameter terkawal yang menyumbang kepada kelajuan enjin dan pelepasan ekzos telah dikenal pasti dan ditentukan oleh analisis variasi. Didapati bahawa bilangan plat berinteraksi dengan luas permukaan plat elektrod yang besar adalah faktor signifikan terhadap peningkatan kelajuan enjin pada purata 26%, pengurangan purata CO sebanyak 53% dan pengurangan HC sebanyak 57%. Sebagai kesimpulan, bilangan plat elektrod yang lebih banyak dan permukaan plat elektrod yang lebih luas, akan menghasilkan lebih banyak kandungan gas HHO yang menyebabkan pembakaran bahan bakar berlaku dengan lebih sempurna. Ini memberi kesan terhadap putaran enjin yang lebih tinggi dan pengurangan CO dan kandungan HC dalam pelepasan ekzos gas. Mat Sazilin bin Ayub Dissertations, Academic Thesis
spellingShingle 2021_Kesan Parameter Plat Elektrod Terhadap Kelajuan Enjin dan Pelepasan Ekzos Bagi Enjin Petrol Empat Lejang
state Terengganu
subject Engine parameters
Electrode plates in engines
Automobile engines
Dissertations, Academic
summary Tahap pencemaran udara yang membimbangkan dan peningkatan harga petrol adalah dua faktor utama dalam sektor industri pengangkutan yang menarik perhatian penyelidik untuk mencari penyelesaian. Penggunaan gas hidrogen dan oksigen (HHO) dilihat menjadi penyelesaian tenaga alternatif terbaik yang boleh dihasilkan melalui teknik elektrolisis. Keberkesanan penghasilan gas HHO ini bergantung kepada parameter plat elektrod. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan parameter plat elektrod terhadap kelajuan enjin dan pelepasan gas ekzos. Projek penyelidikan ini mempunyai tiga objektif. Pertama, membangunkan unit sel bahan bakar untuk menghasilkan gas HHO berdasarkan teknik elektrolisis. Kedua, menjalankan kaedah reka bentuk eksperimen untuk mengumpul data kelajuan enjin dan pelepasan gas ekzos terhadap tiga parameter plat elektrod. Ketiga, menganalisa kesan ketara parameter plat elektrod terhadap prestasi enjin dan pelepasan gas ekzos iaitu karbon monoksida (CO) dan Hirdrokarbon (HC). Projek penyelidikan ini terbahagi kepada beberapa tugasan. Tugasan 1 melibatkan kajian reka bentuk dan teknik pengeluaran gas HHO. Ini juga meliputi kaedah semasa, batasan dan kelebihan terkini penggunaan gas HHO dalam cetusan pembakaran enjin petrol. Jangkaan awal, kaedah penggunaan bahan api yang lebih rendah dan pelepasan pencemaran gas ekzos yang minima boleh dicapai tanpa perlu pengubahsuaian besar reka bentuk enjin kenderaan dapat dirumuskan. Akhirnya, set lengkap peranti yang mampu menghasilkan gas HHO dibangunkan. Penggunaan keluli tahan karat ketebalan 1 mm yang ditenggelamkan didalam air telah dipilih sebagai bahan plat elektrod. Ini disebabkan kos, kesesuaian dan faktor ketersediaan berbanding dengan bahan lain seperti zink dan tembaga. Luas permukaan, bilangan dan jurang antara plat elektrod adalah parameter terkawal yang digunakan dalam kajian ini bagi melihat kesan terhadap prestasi enjin. Tugasan 2 melibatkan pengumpulan data kajian secara eksperimen terancang melalui penggunaan set peranti yang dibina dengan sebuah enjin petrol empat lejang satu silinder. Enjin ini disejukkan oleh udara serta menggunakan karburator yang dibekalkan oleh GUNT Hamburg, Jerman. Lubang kecil bergaris pusat 6 mm ditebuk pada liang masukan enjin untuk membolehkan gas HHO secara semulajadi bercampur dengan petrol dan akhirnya dimampat seterusnya dibakar dalam kebuk pembakaran. Peranti elektronik khas yang dibangunkan bertujuan membekalkan elektrik arus terus berkadar tetap sebanyak 10-Amp 18-Volt ke setiap plat elektrod bagi menghasilkan fenomena elektrolisis. Enjin diuji-lari pada 16 situasi yang berbeza dengan merekodkan kelajuan enjin, pembebasan gas CO dan gas HO. Tugasan ke 3 melibatkan penggunaan perisian Design Expert sebagai alat analisa data berasaskan pendekatan dua peringkat reka bentuk faktorial penuh. Signifikasi statistik terhadap parameter terkawal yang menyumbang kepada kelajuan enjin dan pelepasan ekzos telah dikenal pasti dan ditentukan oleh analisis variasi. Didapati bahawa bilangan plat berinteraksi dengan luas permukaan plat elektrod yang besar adalah faktor signifikan terhadap peningkatan kelajuan enjin pada purata 26%, pengurangan purata CO sebanyak 53% dan pengurangan HC sebanyak 57%. Sebagai kesimpulan, bilangan plat elektrod yang lebih banyak dan permukaan plat elektrod yang lebih luas, akan menghasilkan lebih banyak kandungan gas HHO yang menyebabkan pembakaran bahan bakar berlaku dengan lebih sempurna. Ini memberi kesan terhadap putaran enjin yang lebih tinggi dan pengurangan CO dan kandungan HC dalam pelepasan ekzos gas.
title 2021_Kesan Parameter Plat Elektrod Terhadap Kelajuan Enjin dan Pelepasan Ekzos Bagi Enjin Petrol Empat Lejang
title_full 2021_Kesan Parameter Plat Elektrod Terhadap Kelajuan Enjin dan Pelepasan Ekzos Bagi Enjin Petrol Empat Lejang
title_fullStr 2021_Kesan Parameter Plat Elektrod Terhadap Kelajuan Enjin dan Pelepasan Ekzos Bagi Enjin Petrol Empat Lejang
title_full_unstemmed 2021_Kesan Parameter Plat Elektrod Terhadap Kelajuan Enjin dan Pelepasan Ekzos Bagi Enjin Petrol Empat Lejang
title_short 2021_Kesan Parameter Plat Elektrod Terhadap Kelajuan Enjin dan Pelepasan Ekzos Bagi Enjin Petrol Empat Lejang
title_sort 2021_kesan parameter plat elektrod terhadap kelajuan enjin dan pelepasan ekzos bagi enjin petrol empat lejang