2020_Keberkesanan Modul Psikospiritual (i-Qalbu) Bagi Penagihan Opiat Dalam Kalangan Klien Terapi Gantian Metadon (TGM)

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860798003270385664
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3
copyright Copyright©PWB2025
country Malaysia
date 2020-07-01
format General Document
id 15380
institution UniSZA
internalnotes Sila masukkan subject wajib Dissertations, Academic. Terima kasih...
originalfilename KEBERKESANAN MODUL PSIKOSPIRITUAL (i-QALBU) BAGI PENAGIHAN OPIAT DALAM KALANGAN KLIEN TERAPI GANTIAN METADON (TGM) (PHD_2020).pdf
person Zulfa Izza Binti Mohamed @ Hashim
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15380
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 15380 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15380 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Faculty of Medicine Malay application/pdf 1.5 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) 450 KEBERKESANAN MODUL PSIKOSPIRITUAL (i-QALBU) BAGI PENAGIHAN OPIAT DALAM KALANGAN KLIEN TERAPI GANTIAN METADON (TGM) (PHD_2020).pdf 2020_Keberkesanan Modul Psikospiritual (i-Qalbu) Bagi Penagihan Opiat Dalam Kalangan Klien Terapi Gantian Metadon (TGM) Copyright©PWB2025 2020-07-01 Jumlah kes penagihan dadah di Malaysia semakin meningkat saban tahun dan majoriti penagih dadah adalah di kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Salah satu rawatan yang berjaya adalah Terapi Gantian Metadon (TGM). Walau bagaimanapun, sehingga kini didapati rawatan TGM tidak meliputi aspek psikospiritual secara sistematik. Tambahan pula, kebanyakan klien TGM menyatakan tahap spiritual mereka semakin rendah selepas terlibat dengan ketagihan. Oleh itu, satu modul intervensi yang lebih komprehensif diperlukan. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti komponen psikologi dan spiritual yang diperlukan dalam rawatan penagihan opiat, membina modul psikospiritual, menguji kesahan dan kebolehpercayaan modul serta menguji keberkesanan modul bagi rawatan penagihan opiat. Kaedah temubual dan kajian lapangan telah dijalankan untuk mengenalpasti elemen psikologi dan spiritual yang diperlukan dalam rawatan pemulihan penagihan opiat untuk diterapkan sebagai kandungan modul selari dengan teori pemikiran tasawuf al-Ghazali. Modul ini telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Seterusnya intervensi terapi kumpulan telah dijalankan dengan menggunakan modul ini selama 6 bulan melalui teknik kaunseling kelompok, observasi dan praktikal. Seramai 70 orang klien TGM terlibat dalam kajian ini. Keberkesanan modul diukur melalui penilaian parameter psikologi dan spiritual sebelum dan selepas intervensi ke atas kumpulan intervensi (n=35) dan kumpulan kawalan (n=35) dengan menggunakan analisa pengukuran berulangan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan komponen yang dikenalpasti dalam rawatan adalah psikologi (kesan penagihan opiat, pengurusan tekanan, cara membuat keputusan dan motivasi diri) dan spiritual (kepercayaan/ pergantungan kepada Allah, solat, membaca al-Qur‘an, amalan berzikir dan pengamalan akhlak mulia). Dapatan ini telah diterapkan sebagai kandungan modul selari dengan teori pemikiran tasawuf al-Ghazali. Komponen spiritual adalah terapi taubat, sabar, syukur, khauf dan raja‘. Nilai kesahan kandungan modul adalah sebanyak 96%. Nilai konsistensi dalaman pula menunjukkan nilai pekali alfa cronbach sebanyak 0.85. Analisa keberkesanan terapi menggunakan modul ini menunjukkan terdapat interaksi yang signifikan bagi masa (sebelum dan selepas intervensi) dan kumpulan (intervensi dan kawalan) bagi parameter psikologi iaitu kemurungan (p<0.0001), kerisauan (p=0.002), kualiti hidup (p<0.0001) dan harga diri (p<0.0001) serta parameter spiritual iaitu kepatuhan diri kepada agama (p=0.03), amalan ibadat (p<0.001) dan pengamalan akhlak mulia (p=0.026). Kesimpulannya, modul psikospiritual telah dibina dengan menerapkan konsep penyucian jiwa dengan elemen taubat, sabar, syukur, khauf dan raja‘ yang merupakan antara teori pemikiran tasawuf al-Ghazali. Modul ini mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Intervensi menggunakan modul psikospiritual ini berkesan meningkatkan tahap amalan ibadat, kepatuhan diri kepada agama, pengamalan akhlak mulia, tahap kualiti hidup dan harga diri klien. Selain itu, modul ini dapat mengurangkan tahap kemurungan dan kerisauan klien. Zulfa Izza Binti Mohamed @ Hashim Dissertations, Academic Sila masukkan subject wajib Dissertations, Academic. Terima kasih... Drug addiction—Treatment—Psychological aspects Psychospiritual Therapy For Addiction Islamic Approach To Drug Rehabilitation Methadone Maintenance Therapy (MMT) Thesis
spellingShingle 2020_Keberkesanan Modul Psikospiritual (i-Qalbu) Bagi Penagihan Opiat Dalam Kalangan Klien Terapi Gantian Metadon (TGM)
state Terengganu
subject Dissertations, Academic
Drug addiction—Treatment—Psychological aspects
summary Jumlah kes penagihan dadah di Malaysia semakin meningkat saban tahun dan majoriti penagih dadah adalah di kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Salah satu rawatan yang berjaya adalah Terapi Gantian Metadon (TGM). Walau bagaimanapun, sehingga kini didapati rawatan TGM tidak meliputi aspek psikospiritual secara sistematik. Tambahan pula, kebanyakan klien TGM menyatakan tahap spiritual mereka semakin rendah selepas terlibat dengan ketagihan. Oleh itu, satu modul intervensi yang lebih komprehensif diperlukan. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti komponen psikologi dan spiritual yang diperlukan dalam rawatan penagihan opiat, membina modul psikospiritual, menguji kesahan dan kebolehpercayaan modul serta menguji keberkesanan modul bagi rawatan penagihan opiat. Kaedah temubual dan kajian lapangan telah dijalankan untuk mengenalpasti elemen psikologi dan spiritual yang diperlukan dalam rawatan pemulihan penagihan opiat untuk diterapkan sebagai kandungan modul selari dengan teori pemikiran tasawuf al-Ghazali. Modul ini telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Seterusnya intervensi terapi kumpulan telah dijalankan dengan menggunakan modul ini selama 6 bulan melalui teknik kaunseling kelompok, observasi dan praktikal. Seramai 70 orang klien TGM terlibat dalam kajian ini. Keberkesanan modul diukur melalui penilaian parameter psikologi dan spiritual sebelum dan selepas intervensi ke atas kumpulan intervensi (n=35) dan kumpulan kawalan (n=35) dengan menggunakan analisa pengukuran berulangan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan komponen yang dikenalpasti dalam rawatan adalah psikologi (kesan penagihan opiat, pengurusan tekanan, cara membuat keputusan dan motivasi diri) dan spiritual (kepercayaan/ pergantungan kepada Allah, solat, membaca al-Qur‘an, amalan berzikir dan pengamalan akhlak mulia). Dapatan ini telah diterapkan sebagai kandungan modul selari dengan teori pemikiran tasawuf al-Ghazali. Komponen spiritual adalah terapi taubat, sabar, syukur, khauf dan raja‘. Nilai kesahan kandungan modul adalah sebanyak 96%. Nilai konsistensi dalaman pula menunjukkan nilai pekali alfa cronbach sebanyak 0.85. Analisa keberkesanan terapi menggunakan modul ini menunjukkan terdapat interaksi yang signifikan bagi masa (sebelum dan selepas intervensi) dan kumpulan (intervensi dan kawalan) bagi parameter psikologi iaitu kemurungan (p<0.0001), kerisauan (p=0.002), kualiti hidup (p<0.0001) dan harga diri (p<0.0001) serta parameter spiritual iaitu kepatuhan diri kepada agama (p=0.03), amalan ibadat (p<0.001) dan pengamalan akhlak mulia (p=0.026). Kesimpulannya, modul psikospiritual telah dibina dengan menerapkan konsep penyucian jiwa dengan elemen taubat, sabar, syukur, khauf dan raja‘ yang merupakan antara teori pemikiran tasawuf al-Ghazali. Modul ini mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Intervensi menggunakan modul psikospiritual ini berkesan meningkatkan tahap amalan ibadat, kepatuhan diri kepada agama, pengamalan akhlak mulia, tahap kualiti hidup dan harga diri klien. Selain itu, modul ini dapat mengurangkan tahap kemurungan dan kerisauan klien.
title 2020_Keberkesanan Modul Psikospiritual (i-Qalbu) Bagi Penagihan Opiat Dalam Kalangan Klien Terapi Gantian Metadon (TGM)
title_full 2020_Keberkesanan Modul Psikospiritual (i-Qalbu) Bagi Penagihan Opiat Dalam Kalangan Klien Terapi Gantian Metadon (TGM)
title_fullStr 2020_Keberkesanan Modul Psikospiritual (i-Qalbu) Bagi Penagihan Opiat Dalam Kalangan Klien Terapi Gantian Metadon (TGM)
title_full_unstemmed 2020_Keberkesanan Modul Psikospiritual (i-Qalbu) Bagi Penagihan Opiat Dalam Kalangan Klien Terapi Gantian Metadon (TGM)
title_short 2020_Keberkesanan Modul Psikospiritual (i-Qalbu) Bagi Penagihan Opiat Dalam Kalangan Klien Terapi Gantian Metadon (TGM)
title_sort 2020_keberkesanan modul psikospiritual (i-qalbu) bagi penagihan opiat dalam kalangan klien terapi gantian metadon (tgm)