2019_Pencirian dan Prestasi Membran Polivinilidin Fluorida (PVDF) Ultraturasan Tidak Simetri yang Dipertingkatkan dengan Aditif Surfaktan
| Format: | General Document |
|---|
| _version_ | 1860797984010141696 |
|---|---|
| building | INTELEK Repository |
| collection | Online Access |
| collectionurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 |
| copyright | Copyright©PWB2025 |
| country | Malaysia |
| date | 2019-09-25 15:24 |
| format | General Document |
| id | 15273 |
| institution | UniSZA |
| originalfilename | PENCIRIAN DAN PRESTASI MEMBRAN POLIVINILIDIN FLUORIDA (PVDF) ULTRATURASAN TIDAK SIMETRI YANG DIPERTINGKATKAN DENGAN ADITIF SURFAKTAN (MASTER_2019).pdf |
| person | PDFsam Basic v4.2.10 Nurul Hannan Mohd Safari |
| recordtype | oai_dc |
| resourceurl | https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15273 |
| sourcemedia | Server storage Scanned document |
| spelling | 15273 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15273 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Malay UniSZA East Coast Environmental Research Institute application/pdf 1.5 PDFsam Basic v4.2.10 23 Chemometrics Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) 2019-09-25 15:24 PENCIRIAN DAN PRESTASI MEMBRAN POLIVINILIDIN FLUORIDA (PVDF) ULTRATURASAN TIDAK SIMETRI YANG DIPERTINGKATKAN DENGAN ADITIF SURFAKTAN (MASTER_2019).pdf 2019_Pencirian dan Prestasi Membran Polivinilidin Fluorida (PVDF) Ultraturasan Tidak Simetri yang Dipertingkatkan dengan Aditif Surfaktan Copyright©PWB2025 Nurul Hannan Mohd Safari Membran Polivinilidin Fluorida (PVDF) Ultraturasan Aditif Surfaktan Membran teknologi merupakan salah satu teknologi yang paling banyak digunakan dalam industri pemisahan cecair. Umumnya, keupayaan pemisahan bermembran ditentukan oleh keliangan dan ciri-ciri struktur membran. Bahan-bahan aditif seperti polivinilpirolidona (PVP) dan polietilena glikol (PEG) biasanya digunakan sebagai agen pengawal keliangan dan pendorong prestasi membran. Namun, kebergantungan yang terlalu tinggi terhadap penambahan aditif sahaja masih tidak mencukupi untuk menghasilkan membran yang optimum. Oleh itu, kajian ini memfokuskan tentang kesan aditif surfaktan terhadap peningkatan struktur keliangan, pencirian dan prestasi membran. Dalam kajian ini, membran ultraturasan (UF) tidak simetri berasaskan polivinilidin fluorida (PVDF)-surfaktan yang baharu telah dihasilkan melalui teknik fasa balikan kering/basah. Kesan kepekatan PVDF, jenis aditif, sistem surfaktan yang tunggal dan dual telah dikaji dari segi ketelapan air tulen (PWP), penyingkiran zat larut dan sifat-sifat membran. Ujian kebolehtelapan dijalankan menggunakan air tulen manakala penyingkiran zat larut pula menggunakan larutan Bovin Serum Albumin (BSA) dan Albumin Telur (EA). Tambahan pula, penampakan kesan surfaktan yang ketara terhadap sifat-sifat keliangan, orientasi molekul dan analisis termal telah dicirikan menggunakan Mikroskopi Elektron Pengimbasan (SEM), Spektroskopi Transformasian Fourier Inframerah (FTIR) dan Analisis Termogravimetri (TGA). Data eksperimen mendedahkan bahawa kepekatan PVDF seberat 17% telah menghasilkan membran UF dengan prestasi tertinggi iaitu 455.82 L/m2 j dalam PWP dan penyingkiran zat larut pula mencapai sehingga 84% BSA dan 73% EA yang disebabkan oleh pembentukan struktur jejari yang kecil berbanding kepekatan polimer yang lain. Bagi mengawal struktur dan keliangan membran, gabungan khas PVP, PEG dan surfaktan (Natrium Dodesil Sulfat (SDS), Triton X-100 dan Tween 80) yang terdiri daripada sistem bersurfaktan tunggal dan dual telah dirumuskan. Pada kepekatan Tween 80 sebanyak 2%, membran UF PVDF-surfaktan gabungan PVP yang baharu telah menunjukkan peningkatan yang jelas dalam PWP iaitu kira-kira 811.92 L/m2 j dan penyingkiran BSA sebanyak 90%. Memandangkan membran PVDF/NMP/PVP campuran surfaktan tunggal telah mencapai hasil yang sangat baik, kesan surfaktan dual pula dikaji pada membran ini bagi mendapatkan prestasi membran yang lebih tinggi. Didapati bahawa 2% atau nisbah SDS kepada Tween 80 (1:1), telah mendorong pembentukan struktur serta sifat keliangan yang berbeza, justeru telah menghasilkan PWP (838.11 L/m2 j) dan penyingkiran BSA (93%) dan EA (79%) yang tertinggi. Berdasarkan analisis keliangan, membran UF surfaktan menggunakan sistem surfaktan tunggal yang terbaik telah menghasilkan panjang dan lebar liang antara 0.64-1.13 μm dan 0.57-0.94 μm, serta 0.49-1.4 μm dan 0.5-1.2 μm pula untuk sistem surfaktan yang dual. Kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan aditif surfaktan telah memperbaiki prestasi membran serta meningkatkan ciri-ciri membran dari aspek struktur keliangan, orientasi molekul dan kestabilan termal yang secara teknikalnya juga boleh digunakan dan efektif dalam aplikasi lain seperti rawatan sisa air dan industri pemprosesan makanan. Pollution—Measurement Multivariate analysis Environmental chemistry—Statistical methods Water quality—Mathematical models Water quality—Measurement Environmental monitoring—Statistical methods Hydrology—Statistical methods Water—Pollution—Analysis Geochemical modeling Dissertations, Academic Thesis |
| spellingShingle | 2019_Pencirian dan Prestasi Membran Polivinilidin Fluorida (PVDF) Ultraturasan Tidak Simetri yang Dipertingkatkan dengan Aditif Surfaktan |
| state | Terengganu |
| subject | Chemometrics Pollution—Measurement Multivariate analysis Environmental chemistry—Statistical methods Water quality—Mathematical models Water quality—Measurement Environmental monitoring—Statistical methods Hydrology—Statistical methods Water—Pollution—Analysis Geochemical modeling Dissertations, Academic |
| summary | Membran teknologi merupakan salah satu teknologi yang paling banyak digunakan dalam industri pemisahan cecair. Umumnya, keupayaan pemisahan bermembran ditentukan oleh keliangan dan ciri-ciri struktur membran. Bahan-bahan aditif seperti polivinilpirolidona (PVP) dan polietilena glikol (PEG) biasanya digunakan sebagai agen pengawal keliangan dan pendorong prestasi membran. Namun, kebergantungan yang terlalu tinggi terhadap penambahan aditif sahaja masih tidak mencukupi untuk menghasilkan membran yang optimum. Oleh itu, kajian ini memfokuskan tentang kesan aditif surfaktan terhadap peningkatan struktur keliangan, pencirian dan prestasi membran. Dalam kajian ini, membran ultraturasan (UF) tidak simetri berasaskan polivinilidin fluorida (PVDF)-surfaktan yang baharu telah dihasilkan melalui teknik fasa balikan kering/basah. Kesan kepekatan PVDF, jenis aditif, sistem surfaktan yang tunggal dan dual telah dikaji dari segi ketelapan air tulen (PWP), penyingkiran zat larut dan sifat-sifat membran. Ujian kebolehtelapan dijalankan menggunakan air tulen manakala penyingkiran zat larut pula menggunakan larutan Bovin Serum Albumin (BSA) dan Albumin Telur (EA). Tambahan pula, penampakan kesan surfaktan yang ketara terhadap sifat-sifat keliangan, orientasi molekul dan analisis termal telah dicirikan menggunakan Mikroskopi Elektron Pengimbasan (SEM), Spektroskopi Transformasian Fourier Inframerah (FTIR) dan Analisis Termogravimetri (TGA). Data eksperimen mendedahkan bahawa kepekatan PVDF seberat 17% telah menghasilkan membran UF dengan prestasi tertinggi iaitu 455.82 L/m2 j dalam PWP dan penyingkiran zat larut pula mencapai sehingga 84% BSA dan 73% EA yang disebabkan oleh pembentukan struktur jejari yang kecil berbanding kepekatan polimer yang lain. Bagi mengawal struktur dan keliangan membran, gabungan khas PVP, PEG dan surfaktan (Natrium Dodesil Sulfat (SDS), Triton X-100 dan Tween 80) yang terdiri daripada sistem bersurfaktan tunggal dan dual telah dirumuskan. Pada kepekatan Tween 80 sebanyak 2%, membran UF PVDF-surfaktan gabungan PVP yang baharu telah menunjukkan peningkatan yang jelas dalam PWP iaitu kira-kira 811.92 L/m2 j dan penyingkiran BSA sebanyak 90%. Memandangkan membran PVDF/NMP/PVP campuran surfaktan tunggal telah mencapai hasil yang sangat baik, kesan surfaktan dual pula dikaji pada membran ini bagi mendapatkan prestasi membran yang lebih tinggi. Didapati bahawa 2% atau nisbah SDS kepada Tween 80 (1:1), telah mendorong pembentukan struktur serta sifat keliangan yang berbeza, justeru telah menghasilkan PWP (838.11 L/m2 j) dan penyingkiran BSA (93%) dan EA (79%) yang tertinggi. Berdasarkan analisis keliangan, membran UF surfaktan menggunakan sistem surfaktan tunggal yang terbaik telah menghasilkan panjang dan lebar liang antara 0.64-1.13 μm dan 0.57-0.94 μm, serta 0.49-1.4 μm dan 0.5-1.2 μm pula untuk sistem surfaktan yang dual. Kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan aditif surfaktan telah memperbaiki prestasi membran serta meningkatkan ciri-ciri membran dari aspek struktur keliangan, orientasi molekul dan kestabilan termal yang secara teknikalnya juga boleh digunakan dan efektif dalam aplikasi lain seperti rawatan sisa air dan industri pemprosesan makanan. |
| title | 2019_Pencirian dan Prestasi Membran Polivinilidin Fluorida (PVDF) Ultraturasan Tidak Simetri yang Dipertingkatkan dengan Aditif Surfaktan |
| title_full | 2019_Pencirian dan Prestasi Membran Polivinilidin Fluorida (PVDF) Ultraturasan Tidak Simetri yang Dipertingkatkan dengan Aditif Surfaktan |
| title_fullStr | 2019_Pencirian dan Prestasi Membran Polivinilidin Fluorida (PVDF) Ultraturasan Tidak Simetri yang Dipertingkatkan dengan Aditif Surfaktan |
| title_full_unstemmed | 2019_Pencirian dan Prestasi Membran Polivinilidin Fluorida (PVDF) Ultraturasan Tidak Simetri yang Dipertingkatkan dengan Aditif Surfaktan |
| title_short | 2019_Pencirian dan Prestasi Membran Polivinilidin Fluorida (PVDF) Ultraturasan Tidak Simetri yang Dipertingkatkan dengan Aditif Surfaktan |
| title_sort | 2019_pencirian dan prestasi membran polivinilidin fluorida (pvdf) ultraturasan tidak simetri yang dipertingkatkan dengan aditif surfaktan |