2018_Perbandingan Doktrin Aliran Syiah dan Tarekat Kesufian di Malaysia

Bibliographic Details
Format: General Document
_version_ 1860797981181083648
building INTELEK Repository
collection Online Access
collectionurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3
copyright Copyright©PWB2025
country Malaysia
date 2018-07-19 12:15
format General Document
id 15258
institution UniSZA
originalfilename PERBANDINGAN DOKTRIN ALIRAN SYIAH DAN TAREKAT KESUFIAN DI MALAYSIA (MASTER_2018).pdf
person PDFsam Basic v4.2.10
Muhamad Farhan bin Samsuddin
recordtype oai_dc
resourceurl https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15258
sourcemedia Server storage
Scanned document
spelling 15258 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/view.php?ref=15258 https://intelek.unisza.edu.my/intelek/pages/search.php?search=!collection3 General Document Malaysia Library Staff (Top Management) Library Staff (Management) Library Staff (Support) Terengganu Malay Islamic Malay Product and Civilization Research Institute application/pdf 1.5 PDFsam Basic v4.2.10 Server storage Scanned document Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Private Access Universiti Sultan Zainal Abidin 161 SAMBox 2.3.4; modified using iTextSharp™ 5.5.10 ©2000-2016 iText Group NV (AGPL-version) PERBANDINGAN DOKTRIN ALIRAN SYIAH DAN TAREKAT KESUFIAN DI MALAYSIA (MASTER_2018).pdf 2018-07-19 12:15 2018_Perbandingan Doktrin Aliran Syiah dan Tarekat Kesufian di Malaysia Copyright©PWB2025 Muhamad Farhan bin Samsuddin Syiah Tarekat Sufi Shīʻah Sufism Islamic sects Comparative religion Islam—Doctrines Syiah merupakan salah satu kumpulan yang termasuk dalam pecahan aliran pemikiran Islam. Kumpulan ini sekian lama bertapak dalam sejarah Islam dengan membawa slogan mencintai Ahli Bait Rasulullah SAW dan mula berkembang di Malaysia selepas berlakunya revolusi Iran 1979. Namun begitu, aliran Syiah sering kali dikaitkan dengan kumpulan tarekat tasawuf. Perkaitan ini disabitkan dengan beberapa konsep yang wujud dalam tarekat dilihat turut dipercayai dalam aliran Syiah. Sebahagian sarjana berpendapat fahaman Syiah di nusantara tersebar melalui kumpulan Syiah yang bertaqiyyah dalam kumpulan sufi yang datang ke Perlak dan Pasai untuk berdakwah dan berdagang. Kajian ini merupakan kajian perbandingan antara Syiah dengan tasawuf Sunni yang bertujuan mengenal pasti penglibatan Syiah dan sufi dalam sejarah kemasukan Islam ke Nusantara, rantaian para guru tarekat tasawuf dengan silsilah para imam Syiah, konsep „Iṣmah para imam dengan maksum para wali serta membandingkan konsep Nur Panjtan dengan Nur Muhammad. Kajian kualitatif ini menggunakan instrumen temu bual pendokong kedua-dua aliran sebagai sumber primer perolehan data dan dokumentasi sebagai sumber sekunder. Data dianalisis dengan bantuan perisian berkomputer ATLAS. Ti, analisis perbandingan dan analisis kandungan dokumen. Kajian mendapati tidak wujud persamaan yang jelas terhadap dua aliran ini. Sejarah kemasukan Islam ke Tanah Melayu melalui aliran Syiah kurang tepat kerana aliran sufi Sunni yang sampai terlebih dahulu ke Tanah Melayu. Dalam konsep „Iṣmah pula aliran Syiah secara total mempercayai Imam mereka adalah maksum. Namun, berbeza dengan aliran tasawuf yang menganggap tiada siapa yang maksum kecuali Nabi dan Rasul. Perbincangan silsilah pula dilihat sama antara aliran Syiah dengan tasawuf kerana kedua-dua aliran ini membuat pengakuan bahawa keturunan Ahli Bait itu Imam dan guru mereka. Berbeza pula dengan konsep Nur Muhammad dan Nur Panjtan kerana dari sudut dalil awal sahaja dilihat wujud persamaan, tetapi dari sudut penghuraian kedua-dua aliran ini dilihat jauh berbeza. Konsep Nur Muhammad yang dipegang oleh Sufi Sunni khusus kepada Nur Nabi Muhammad SAW sebagai makhluk ciptaan terawal dan kemudian terpecah kepada beberapa bahagian sebagai penciptaan makhluk lain termasuklah para sahabat r.a. Pegangan ini berbeza dengan Syiah yang mengkhususkan Nur Panjtan kepada para Ahli Bait terdekat Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan kajian yang dijalankan masyarakat Malaysia akan lebih berhati-hati dalam mendepani pelbagai aliran yang wujud di Malaysia dan dapat mengenal pasti aliran tarekat tasawuf yang muktabar. Thesis
spellingShingle 2018_Perbandingan Doktrin Aliran Syiah dan Tarekat Kesufian di Malaysia
state Terengganu
subject Shīʻah
Sufism
Islamic sects
Comparative religion
Islam—Doctrines
summary Syiah merupakan salah satu kumpulan yang termasuk dalam pecahan aliran pemikiran Islam. Kumpulan ini sekian lama bertapak dalam sejarah Islam dengan membawa slogan mencintai Ahli Bait Rasulullah SAW dan mula berkembang di Malaysia selepas berlakunya revolusi Iran 1979. Namun begitu, aliran Syiah sering kali dikaitkan dengan kumpulan tarekat tasawuf. Perkaitan ini disabitkan dengan beberapa konsep yang wujud dalam tarekat dilihat turut dipercayai dalam aliran Syiah. Sebahagian sarjana berpendapat fahaman Syiah di nusantara tersebar melalui kumpulan Syiah yang bertaqiyyah dalam kumpulan sufi yang datang ke Perlak dan Pasai untuk berdakwah dan berdagang. Kajian ini merupakan kajian perbandingan antara Syiah dengan tasawuf Sunni yang bertujuan mengenal pasti penglibatan Syiah dan sufi dalam sejarah kemasukan Islam ke Nusantara, rantaian para guru tarekat tasawuf dengan silsilah para imam Syiah, konsep „Iṣmah para imam dengan maksum para wali serta membandingkan konsep Nur Panjtan dengan Nur Muhammad. Kajian kualitatif ini menggunakan instrumen temu bual pendokong kedua-dua aliran sebagai sumber primer perolehan data dan dokumentasi sebagai sumber sekunder. Data dianalisis dengan bantuan perisian berkomputer ATLAS. Ti, analisis perbandingan dan analisis kandungan dokumen. Kajian mendapati tidak wujud persamaan yang jelas terhadap dua aliran ini. Sejarah kemasukan Islam ke Tanah Melayu melalui aliran Syiah kurang tepat kerana aliran sufi Sunni yang sampai terlebih dahulu ke Tanah Melayu. Dalam konsep „Iṣmah pula aliran Syiah secara total mempercayai Imam mereka adalah maksum. Namun, berbeza dengan aliran tasawuf yang menganggap tiada siapa yang maksum kecuali Nabi dan Rasul. Perbincangan silsilah pula dilihat sama antara aliran Syiah dengan tasawuf kerana kedua-dua aliran ini membuat pengakuan bahawa keturunan Ahli Bait itu Imam dan guru mereka. Berbeza pula dengan konsep Nur Muhammad dan Nur Panjtan kerana dari sudut dalil awal sahaja dilihat wujud persamaan, tetapi dari sudut penghuraian kedua-dua aliran ini dilihat jauh berbeza. Konsep Nur Muhammad yang dipegang oleh Sufi Sunni khusus kepada Nur Nabi Muhammad SAW sebagai makhluk ciptaan terawal dan kemudian terpecah kepada beberapa bahagian sebagai penciptaan makhluk lain termasuklah para sahabat r.a. Pegangan ini berbeza dengan Syiah yang mengkhususkan Nur Panjtan kepada para Ahli Bait terdekat Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan kajian yang dijalankan masyarakat Malaysia akan lebih berhati-hati dalam mendepani pelbagai aliran yang wujud di Malaysia dan dapat mengenal pasti aliran tarekat tasawuf yang muktabar.
title 2018_Perbandingan Doktrin Aliran Syiah dan Tarekat Kesufian di Malaysia
title_full 2018_Perbandingan Doktrin Aliran Syiah dan Tarekat Kesufian di Malaysia
title_fullStr 2018_Perbandingan Doktrin Aliran Syiah dan Tarekat Kesufian di Malaysia
title_full_unstemmed 2018_Perbandingan Doktrin Aliran Syiah dan Tarekat Kesufian di Malaysia
title_short 2018_Perbandingan Doktrin Aliran Syiah dan Tarekat Kesufian di Malaysia
title_sort 2018_perbandingan doktrin aliran syiah dan tarekat kesufian di malaysia